Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

7 Negeri Diramal Hujan Lebat, Ribut Petir Petang Ini

7 Negeri Diramal Hujan Lebat
Kredit: AI/Flow

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tujuh negeri sehingga jam 5 petang ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran itu melibatkan negeri Perak iaitu di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Di Kelantan pula, hujan lebat diramal di Kuala Krai dan Jeli.

Manakala, di Terengganu pula hanya daerah Besut dan Hulu Terengganu terlibat.

Amaran turut membabitkan daerah Cameron Highlands, Jerantut, Kuantan dan Lipis di Pahang.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat itu juga dijangka berlaku di Hulu Selangor.

Beralih ke Sarawak, amaran melibatkan Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong, Limbang, Bintulu, Mukah (Mukah, Dalat dan Matu), Sibu, Sarikei, Miri, Sri Aman (Lubok Antu), Kapit (Song).

Begitu juga di daerah Pedalaman (Pensiangan, Sipitang, Tenom, Membakut, Keningau, Sook, Beaufort dan Tambunan), Sandakan (Tongod, Telupid, Paitan dan Labuk & Sugut), Tawau (Lahad Datu, Kunak dan Semporna), Pantai Barat (Ranau) di Sabah.

7 Negeri Diramal Hujan Lebat

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Sumber:Facebook
Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga 5 petang.
  • Amaran melibatkan kawasan tertentu di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.
  • Amaran dikeluarkan apabila ribut petir berintensiti hujan melebihi 20 mm sejam dijangka berlaku.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan