Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 4 petang ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran itu melibatkan seluruh negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Hujan lebat juga diramal berlaku di Perak iaitu di daerah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Di Kelantan pula, ia membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.
Manakala di Terengganu, hujan lebat dijangka berlaku di kawasan Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
Selain itu, daerah Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang turut terlibat.
Beralih ke Sabah, amaran membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.