Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

9 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Adib Haiqal
Hujan lebat
Kredit: Bernama

9 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 6 petang ini.

Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri yang diramal hujan ialah Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah termasuk seluruh negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

"Di Perak, kawasan yang diramal hujan adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kinta, kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

"Manakala di Terengganu pula seperti Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

"Sementara itu, di Pahang pula melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Bera dan Rompin.

"Selain beberapa kawasan di Johor seperti Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian dan Kulai juga diramal hujan.

"Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Mukah), Kapit dan Bintulu pula antara daerah dijangka hujan di Sarawak petang ini.

"Beralih ke Sabah, kawasan yang diramal hujan adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau dan Sandakan (Telupid dan Beluran)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia via Facebook