Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

9 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Iqbal Yasir
Hujan Lebat Hingga Malam
Kredit: Bernama

9 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya.

Hujan Lebat Hingga Malam

"Di Perak, negeri yang terlibat adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar. Manakala di Kelantan pula melibatkan Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

"Bagi Terengganu, beberapa daerah diramal hujan seperti Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. Sementara di Pahang pula termasuk Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

"Di Selangor pula, daerah yang dijangka hujan adalah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

"Selain di Negeri Sembilan pula termasuk Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin. Di Johor, melibatkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sibu, Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis).

"Di Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.