Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

6 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini

Iqbal Yasir
Hujan Lebat Malam
Kredit; Bernama

6 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 10 malam ini.

Menurut kenyataan negeri yang terlibat adalah Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah termasuk seluruh WP Kuala Lumpur.

Beberapa Negeri Hujan Lebat Malam Ini

"Di Perak, kawasan yang terlibat adalah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Pahang pula seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.

"Beralih ke Selangor daerah yang diramal hujan adalah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat. Sementara di Negeri Sembilan di Jelebu dan Jempol.

"Selain itu di Sarawak kawasan yang diramal hujan adalah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

"Bagi Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.