Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penyanyi rap terkenal, 50 Cent bakal menggegarkan pentas di Stadium Sultan Ibrahim sempena sambutan kejuaraan Liga Super ke-12 pada Sabtu.
Menerusi satu perkongsian video di Facebook Johor Southern Tigers pada Jumaat, 50 Cent dilihat sudah berada di Johor dan melakukan souncheck.
"Hai JDT, saya 50 Cent, jumpa anda esok (Sabtu). Kita akan berparti macam hari jadi anda," katanya dalam video ringkas.
Selain 50 Cent, persembahan di JDT Realm of 12 juga turut dibarisi oleh Big Ben, One Four, kumpulan tarian Jabbawockeez dan The Royal Family.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut menanti orang ramai seperti Karnival "FanFest", "E-Games", Pameran Kereta, "Fan Painting", "Face Painting", "Foot Golf", "Snookball" dan aktiviti kanak-kanak.
"JDT Realm of 12 adalah bagi meraikan bersama penyokong Harimau Selatan selaku pemain ke-12 kami dalam kejayaan JDT di musim 2025-26," kata JDT di Facebook.
Terdahulu, JDT mencatat rekod kemenangan terbesar dalam sejarah Liga Super apabila menewaskan Kelantan The Real Warrior (TRW) 14-1.
Kemenangan itu sekaligus menjadikan kejuaraan Liga Super 2025-2026 bagi pasukan itu lebih bermakna.
Pasukan itu juga berjaya menyamai rekod dunia dengan 108 perlawanan liga tanpa kalah.