Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

5 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Pagi Ini

Hujan Lebat Pagi
Kredit: Bernama

5 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 10 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan seluruh kawasan Pulau Pinang, WP Kuala Lumpur serta WP Putrajaya.

"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

"Selain itu di Selangor, beberapa kawasan dijangka hujan seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang. Sementara di Negeri Sembilan hanya daerah Port Dickson yang diramal hujan.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.