Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

5 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Pagi Ini

Iqbal Yasir
Hujan Lebat Pagi
Kredit: Bernama

5 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 9 pagi ini.

Menurut kenyataan negeri yang terlibat ialah beberapa daerah di Perak, Selangor selain, seluruh kawasan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan WP Putrajaya.

Hujan Lebat Pagi Ini

"Di Perak, kawasan yang diramal hujan adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim.

"Manakala di Selangor pula Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.