Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

5 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) hingga jam 9 malam ini.
Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Labuan.
"Di Terengganu, beberapa daerah diramal hujan seperti Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. Manakala di Pahang pula seperti Jerantut dan Kuantan.
"Sementara itu, di Johor hanya daerah Kluang diramal hujan malam ini.
"Beralih ke Sarawak pula, beberapa kawasan terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Kapit, Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
"Bagi Sabah pula, kawasan yang diramal hujan adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.