Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

5 Checklist Kewangan Kena Semak Sebelum Tahun Baru, Bimbang Amaun Jadi Berganda Tanpa Sedar

syafiq halim

Bila dah tiba ambang hujung tahun, rutin kebanyakan orang adalah hampir sama, yakni menyemak semula kewangan yang dah berlaku sepanjang tahun. Langkah ini dibuat kerana untuk mengenal pasti adakah pada tahun tersebut sudah terlebih berbelanja dan boleh dijadikan sebagai iktibar untuk dibawa ke tahun yang baru.

Selain itu, langkah ini juga boleh dijadikan panduan untuk mengatur strategi kewangan yang lebih sistematik untuk tahun yang mendatang. Jadi, penulisan artikel ini akan cenderung kepada ‘checklist’ kewangan yang perlu disemak, supaya boleh mengelakkan amaun terus jadi berganda jika terlepas pandang.

Checklist Kewangan Kena Semak Sebelum Tahun Baru.

  1. Hutang & Ansuran Yang Masih Aktif

  • Sekiranya menggunakan kad kredit, Beli Dulu Bayar Kemudian ataupun mempunyai pinjaman peribadi, pastikan tiada ansuran yang tertunggak kerana dibimbangi amaun akan terus berganda tanpa kita sedari.

2. Langganan & Auto-Debit Yang Masih Berjalan

  • Ada orang yang mempunyai komitmen terhadap langganan beberapa platform seperti penstriman, aplikasi dan juga insuran tambahan. Jadi pastikan urusan tersebut sudah pun dibatalkan sekiranya sudah tidak digunakan lagi.

3. Saman, Kompaun & Bayaran Tertunggak

  • Kalau dah pernah ‘kantoi’ dengan kesalahan trafik, cukai dan juga lesen, sebaiknya dibayar awal dan pada tahun saman tersebut dikeluarkan.

4. Pelaburan & Simpanan

  • Semak juga simpanan seperti ASB, unit trust dan juga fixed deposit supaya bayaran tidak tertangguh dan juga memastikan pulangan tahun baru juga tidak terjejas.

5. Bajet & Perbelanjaan Hujung Tahun

  • Perbelanjaan untuk menghabiskan hujung tahun juga perlu diasingkan kerana pada ketika inilah perbelanjaan mungkin lebih tinggi berbanding

6. Bayar Zakat Sebelum Tamat Tahun

  • Salah satu perkara yang tidak boleh dilupakan adalah berkongsi rezeki kepada orang lain terutama melalui bayaran zakat.

Perbuatan menyemak semula perbelanjaan tahunan dapat mengenal pasti status cashflow sama ada terlebih guna ataupun terkurang guna. Apabila angka sudah jelas terpampang, barulah tahu sama ada ia di dalam bajet tahunan ataupun tidak.

Dalam keenam-enam perkara yang perlu disemak seperti di atas, bayaran zakat perlu juga ditekankan kerana boleh menjadi salah satu cara untuk ‘reset’ kewangan sebelum memasuki tahun baharu. Bayaran zakat membawa pelbagai faedah kepada pembayarnya. Di samping menikmati pahala dan juga sudah menyelesaikan tanggungjawabnya, pembayar zakat juga dapat menikmati potongan cukai. Formulanya mudah sahaja, sekiranya zakat yang dibayar sama atau lebih daripada cukai, jadi pembayar zakat bakal menikmat sifar cukai dan tak perlu lagi membayarnya.

Tapi, kenapa ada orang yang gemar menunggu pada hujung tahun barulah nak bayar zakat?

Kenapa Ramai Bayar Zakat Pada Hujung Tahun

Bukan saja-saja tidak mahu buat bayaran secara bulanan, tapi ada juga orang yang membuat bayaran zakat pendapatan secara tahunan terutamanya pada hujung tahun. Antara alasannya adalah jumlah pendapatannya sudah jelas kerana boleh dikira selama 12 bulan dengan amaun yang lebih tepat. Selain itu, ada juga yang menanti simpanan dan bonus untuk dikira sekali di dalam bayaran zakat.

Selain itu dan antara sebab utama kenapa ramai tunggu hujung tahun nak bayar zakat adalah kerana promosi yang ditawarkan kepada pembayar. Antara contohnya adalah seperti kempen yang dijalankan yang sedang berjalan sekarang oleh PPZ-MAIWP.

PPZ-MAIWP telah melancarkan Kempen (YEZ) Year End Zakat sebagaikan seruan dan galakan untuk menunaikan zakat sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 Disember bagi menikmati 100% rebat cukai pendapatan dan juga peluang untuk memenangi lebih 1,300 hadiah menarik yang menanti pembayar bertuah. Caranya mudah, hanya bayar zakat di mana-mana saluran bayaran zakat seperti kaunter, portal rasmi zakat.com.my , aplikasi MyZakat dan banyak lagi.

5 Checklist Kewangan

Year End Zakat bukanlah sekadar kempen atau tentang diskaun, tapi masa untuk muhasabah diri yang mana apabila kita bersihkan harta dengan zakat, kita sebenarnya telah ‘reset’ rezeki untuk tahun baru yang lebih berkat. Dengan berzakat, kita bukan saja menunaikan tuntutan agama dan menjaga hubungan dengan Allah, tetapi kita juga menunaikan tanggungjawab dan menjaga hubungan sesama manusia, barulah akhirnya sempurna..

Tinggal beberapa hari saja lagi menjelang 31 Disember 2025, jadi sama-sama kita akhiri tahun ini dengan zakat untuk permulaan tahun baru yang lebih berkat. Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen YEZ, layari pautan di bawah:-

Kempen YEZ