Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

5 Barang Ini Jangan Tinggal Dalam Kereta

Azmil
5 BARANG TINGGAL KERETA

5 Barang Ini Jangan Tinggal Dalam Kereta

Cuaca di Malaysia sekarang memang lain macam panasnya, kalau tak duduk tempat yang ada pendingin hawa memang berpeluh walaupun tak buat apa.

Bila musim panas ni, kereta pun akan berjemur di bawah terik matahari.

5 Barang Ini Jangan Tinggal Dalam Kereta

Hari ini SK nak kongsikan 5 barang yang bahaya ditinggalkan dalam kereta ketika kereta berjemur tengah panas.

Pemetik Api

Walaupun saiznya kecil tapi elak tinggalkan di dalam kereta.

Ia kerana bahan api yang ada di dalamnya berisiko menyebabkan letupan berlaku jika berada dalam ruangan yang panas dalam tempoh yang lama.

Jadi, abang abang yang merokok pastikan pemetik api anda dibawa keluar bersama selepas memandu.

Bank Kuasa

Bank kuasa atau power bank juga antara alat yang sering ditinggalkan di dalam kereta kerana keperluan nak mengecas segala peranti yang ada.

Tapi, meninggalkan dalam kereta dengan suhu yang tinggi boleh menyebabkan bateri power bank terlebih panas dan berasap sebelum terbakar.

Jika kerap tinggalkan power bank dalam kereta, ubah kebiasaan itu untuk elak perkara yang tak diingini berlaku.

Botol Minyak Wangi

Adanya botol minyak wangi dalam kereta memudahkan kita guna jika nak jumpa orang atau baju dah berbau peluh.

Tapi botol minyak wangi juga bahaya ditinggalkan di dalam kereta.

Cuaca Malaysia yang panas ekstrem ini mampu menyebabkan botol minyak wangi pecah kerana kandungan alkohol yang menguap dan tekanan meningkat.

Jika botol minyak wangi pecah, kandungan minyak wangi boleh merosakkan ruang dalam kereta seperti kulit tempat duduk dan plastik papan pemuka.

Botol Air

Botol air plastik juga salah satu barang yang perlu dielak tinggal dalam kereta kerana cahaya matahari yang menembusi botol berisiko memulakan api kecil.

Ia juga boleh menyebabkan api merebak dengan segera jika api mula membakar tempat duduk atau plastik dashboard.

Buang botol air yang sudah habis diminum dari dalam kereta ya kawan-kawan.

Penyembur Aerosol

Penyembur aerosol boleh mewangikan kereta jika kereta mula berbau hapak tapi ia juga berisiko meletup jika ditinggal dalam kereta yang panas.

Aerosol spray seperti penyegar udara atau deodorant boleh meletup jika kereta panas dan suhu boleh meningkat tekanan bahan kimia dalam tin aerosol.

Itulah 5 barang yang perlu dielakkan tinggal dalam kereta ketika musim panas kerana ia mampu menyebabkan kebakaran, membahayakan nyawa anda dan orang sekeliling.

Semoga bermanfaat.

Sumber:BHPetrol