Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

35 Tahun Terajui Pasaran, Barry Callebaut Perkukuh Kedudukan Industri Coklat & Koko Di Malaysia

TAHUN

35 Tahun Terajui Pasaran, Barry Callebaut Perkukuh Kedudukan Industri Coklat & Koko Di Malaysia

Barry Callebaut, pengeluar coklat berkualiti tinggi dan penyelesaian koko terkemuka dunia, hari ini meraikan lebih daripada 35 tahun legasi coklat dan koko di Malaysia. Sempena sambutan tersebut, syarikat itu menghimpunkan hampir 1,000 pelanggan dan rakan industri bagi berkongsi visi 'Masters of Taste' mereka, sekali gus memperbaharui komitmen jangka panjangnya untuk menyokong pertumbuhan industri coklat dan koko negara.

Acara ini merupakan program libat urus pelanggan terbesar Barry Callebaut di Malaysia setakat ini, menghimpunkan pembuat roti, pakar coklat, cef pastri, pengeluar makanan dan rakan industri di The St. Regis Kuala Lumpur.

Menerusi lapan zon pengalaman imersif, hadirin berpeluang meneroka inovasi coklat dan koko terkini, yang menampilkan aplikasi berasaskan trend serta pelancaran produk baharu yang direka khusus bagi membantu perniagaan kekal kompetitif dalam memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah.

Berteraskan kepercayaan Barry Callebaut bahawa rasa kekal sebagai faktor utama yang mempengaruhi pilihan pengguna, pelancaran visi Masters of Taste di Malaysia pada acara ini turut menggabungkan pemahaman mendalam tentang pengguna dan kepakaran teknikal bagi membantu pelanggan mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk memikat hati penggemar coklat.

Pertumbuhan Berterusan di Malaysia

Malaysia merupakan bahagian penting dalam kisah pertumbuhan Barry Callebaut selama beberapa dekad. Perjalanan syarikat itu di Malaysia bermula pada tahun 2008 dengan pengambilalihan pegangan majoriti dalam KLK Cocoa, salah satu pengeluar koko dan coklat terkemuka di Asia yang berakar umbi sejak 1990.

Melalui pengambilalihan ini, Barry Callebaut Malaysia telah ditubuhkan sekali gus meletakkan asas bagi pertumbuhan dan peluasan pasaran syarikat yang seterusnya di negara ini.

Kini, Barry Callebaut mempunyai lebih daripada 400 kakitangan di Malaysia dan mengendalikan kilang pemprosesan koko di Pasir Gudang. Operasinya turut merangkumi salah sebuah gudang biji koko terbesar di Asia Pasifik yang diuruskan dengan kerjasama penyedia logistik global Maersk, serta Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) di Petaling Jaya.

"Barry Callebaut berbangga kerana dapat menyumbang kepada pertumbuhan industri koko dan coklat di Malaysia, menyokong pelanggan serta membina keupayaan industri. Perjalanan kami yang bermula dengan legasi pembuatan koko yang kukuh kemudiannya berkembang menjadi hab strategik yang menyokong operasi syarikat di seluruh rantau ini. Memandangkan permintaan pengguna terhadap coklat terus meningkat dan semakin pelbagai, kami kekal yakin terhadap potensi jangka panjang Malaysia," kata Pengarah Urusan Asia Tenggara, Ciptadi Sukono.

Trend Pengguna Coklat yang Kian Berkembang dalam Industri

Kini, perubahan cita rasa pengguna dalam pasaran coklat dan konfeksi di seluruh negara terus menyokong unjuran pertumbuhan positif di Malaysia. Walaupun kadar penggunaan tahunan konfeksi coklat hanya sekitar 0.4 kg bagi setiap orang¹ dan pasaran tersebut dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) melebihi 7% sehingga 2031², angka ini belum mencerminkan potensi sebenar pasaran. Selain konfeksi tradisional seperti bar coklat dan snek, coklat kini semakin dinikmati dalam pelbagai bentuk, termasuk minuman, pencuci mulut, produk bakeri, aiskrim, pemberian hadiah serta hidangan premium.

Peranan coklat yang semakin berkembang ini didorong oleh peningkatan permintaan pengguna terhadap produk yang lebih mewah, premium dan berasaskan pengalaman. Selaras dengan peningkatan permintaan dalam kategori berkaitan seperti bakeri, minuman, pencuci mulut dan aplikasi perkhidmatan makanan, potensi pertumbuhan produk berasaskan coklat turut berkembang melangkaui konfeksi tradisional.

Peluasan Jangkauan Melalui Produk dan Pengedaran

Justeru, Barry Callebaut terus memperluas portfolio produknya melangkaui produk coklat dan koko tradisional dengan menawarkan pelbagai penyelesaian, termasuk rangkaian Callebaut Signature, penyelesaian koko dan coklat Van Houten Professional, serta salutan, inti, dan hiasan.

Bagi memastikan penyelesaian ini dapat diakses dengan lebih mudah oleh pelanggan di seluruh Malaysia, syarikat turut memperbaharui strategi pemasarannya (go-to-market) bagi merapatkan hubungan dengan pelanggan dan memperkukuh jangkauan pasaran. Barry Callebaut telah memperluas model pengedarannya daripada satu pengedar kepada rangkaian tujuh rakan pengedaran di seluruh negara.

Langkah ini memperluas jangkauan syarikat dengan ketara sekali gus membolehkannya memberi perkhidmatan kepada kumpulan pelanggan yang lebih luas, termasuk jenama Malaysia yang terkenal seperti Texture by C3 Lab, Enchante dan Artigusto Gelato.

Berlandaskan kepakaran serta legasi pembuatan koko dan coklat selama lebih daripada 35 tahun di Malaysia, Barry Callebaut kekal komited untuk menyokong pertumbuhan pelanggan di samping memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama industri koko dan coklat di rantau ini.

¹ Sumber: Euromonitor, Chocolate Confectionery Consumption per capita, 2026
² Sumber: Euromonitor, Volume Growth, 2026 - 2031

Intipati
  • Barry Callebaut meraikan lebih 35 tahun legasi coklat dan koko di Malaysia.
  • Acara pelanggan terbesar syarikat menghimpunkan hampir 1,000 pemain industri di Kuala Lumpur.
  • Syarikat memperluas pengedaran kepada tujuh rakan bagi mengukuhkan jangkauan pasaran tempatan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan