Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 10 kawasan di seluruh negara mencatatkan kualiti udara tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan majoriti lokasi itu terletak di Sarawak.
Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) paling tinggi, iaitu 183, diikuti Kuching (171), Samarahan (171), Sri Aman (163), Sarikei (158), Mukah (152), dan Bintulu (147).
Di Semenanjung, tiga kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat, iaitu Cheras (153) Johan Setia (150) dan Shah Alam (103).
Sementara itu, sebanyak 56 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51 hingga 100), manakala dua kawasan lagi mencatatkan tahap kualiti udara baik (bawah 50).
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan