Top 10 Mata Wang Paling Bernilai Di Dunia 2025
Mata wang ialah alat pertukaran yang digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan.
Ia juga dikenali sebagai “wang” dan merupakan medium rasmi yang diiktiraf oleh kerajaan bagi menjalankan urusan jual beli dalam sesebuah negara.
Setiap negara mempunyai mata wangnya sendiri. Nilai mata wang yang kuat atau lemah sering dianggap mencerminkan kekuatan ekonomi sesebuah negara.
Apakah yang menjadikan sesuatu mata wang itu kuat?
Menurut Xe Consumer, kekuatan mata wang boleh diibaratkan seperti kad laporan kewangan sesebuah negara.
Ia mencerminkan tahap kesihatan ekonomi, kestabilan negara serta kekuatan dalam perdagangan antarabangsa.
Berikut ialah beberapa faktor utama yang menentukan kekuatan sesuatu mata wang:
1. Kestabilan ekonomi
Negara yang mempunyai ekonomi yang kukuh serta kadar inflasi yang rendah cenderung untuk memiliki mata wang yang lebih kuat.
Apabila harga barang kekal stabil dan pertumbuhan ekonomi berlaku secara berterusan, nilai mata wang negara tersebut biasanya akan turut meningkat.
2. Rizab mata wang asing
Negara yang menyimpan rizab mata wang asing dalam jumlah yang tinggi selalunya mempunyai mata wang yang lebih kukuh.
Rizab ini berfungsi sebagai ‘jaring keselamatan kewangan’ yang membantu menstabilkan mata wang ketika berlaku ketidaktentuan dalam pasaran.
3. Imbangan perdagangan
Apabila sesebuah negara mengeksport lebih banyak daripada yang diimport (surplus perdagangan), permintaan terhadap mata wang tempatan meningkat.
Ini kerana pembeli dari luar negara perlu menukarkan mata wang mereka kepada mata wang tempatan, sekali gus mendorong kenaikan nilainya.
Justeru, berikut pula adalah top 10 mata wang yang paling bernilai di dunia 2025.

BACA: Kafe Di Dubai Tarik Perhatian, Beri Peluang Golongan Sindrom Down Bekerja
BACA: Resipi Mi Kari Putih, Rasa Macam Makan Kat Kedai
BACA: Ramai Tanya, Mdno Kongsi Sebab Berhenti Kerja Tetap
Sumber: Xe Consumer