Gelagat Budak Lelaki Minta Tun M ‘Sign’ Hot Wheels, Curi Tumpuan
Hobi mengumpul kereta mainan Hot Wheels sudah lama bertapak dan kekal relevan di Malaysia, terutamanya dalam kalangan kaum lelaki.
Walaupun kecil saiz atau nilainya, Hot Wheels tetap ada aura tersendiri yang mampu membuat ramai orang, tanpa mengira umur, jadi ‘gila’ nak kumpul.
Menariknya, Hot Wheels bukan sahaja diminati kanak-kanak, malah ramai peminat dewasa turut ‘terpikat’ dengan koleksi ini.
Bahkan, ada yang sanggup habiskan masa mencari model tertentu dan berhabis duit, semata-mata nak lengkapkan koleksi peribadi.
“Sebagai collector hotwheels, hotwheels adik ni paling mahal dan bernilai”
Baru-baru ni, satu perkongsian menarik daripada pengguna TikTok, @farhankadir21, berjaya mencuri perhatian ramai.
Dalam video tersebut, seorang kanak-kanak lelaki dilihat membawa koleksi Hot Wheels Proton Saga miliknya untuk ditandatangani oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut mendekati Tun M yang ketika itu melawat Pekan Rabu di Alor Setar, Kedah.
Walaupun kelihatan ‘malu-malu kucing’, budak lelaki itu tetap berani meminta ‘sign’ Tun M pada koleksi Hot Wheels yang dimilikinya.
Lebih menarik, Tun M sempat berseloroh dengan kanak-kanak itu.
@farhankadir21 Alhamdulillah Terima Kasih Tun Dr Mahathir mai singgah jalan2 di Pekan Rabu. dapat juga Sign di Hotwheel Saga. #fyp #foryou #tundrmahathir #alhamdulillah❤️
Perkongsian video itu segera mendapat perhatian di ruangan komen, dengan pelbagai reaksi terutamanya daripada peminat tegar Hot Wheels.
Ada yang bergurau hendak membeli koleksi tersebut, ada juga yang menjangkakan nilai koleksi Hot Wheels Proton Saga itu akan melambung tinggi suatu hari nanti.
“Berapa jual tu dik? Abang nak beli,”
“Harga melambung Hot Wheels ni sebab ada sign Tun,”
“Hot Wheels Proton Saga autograf Tun Mahathir. Tunggu 10 tahun lagi, boleh buat duit tu dik,”
“Hot Wheels Saga kau paling rare dah. Simpan dik,”
“Pandai hang dik. 10 tahun lagi, puluh ribu value dia boleh pi,”
“Bertambah mahal la Hot Wheels tu dengan tandatangan Tun M. Silap-silap collector cari kau nak beli dengan harga tinggi. Simpan dik. Confirm jadi barang rare,”
BACA: Angkasawan NASA Berjaya Mendarat Di Bumi
BACA: Berbeza Daripada Planet Lain, Ini Sebab Zuhrah Berputar Songsang
BACA: Tip: 18 Penjagaan Sistem Brek Yang Ramai Terlepas Pandang