Trivia

Cara Tebus Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM)
Cara Tebus Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM) Pada Selasa lalu, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mengumumkan program Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM). Program dengan kerjasama antara Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia ini bertujuan untuk meringankan beban rakyat, terutamanya dalam aspek pendidikan dan akses kepada sumber […]

Cara Semak Kelayakan Program PLKN 3.0 Siri 2/2025
Cara Semak Kelayakan Program PLKN 3.0 Siri 2/2025 Seperti yang diketahui, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 2/2025 akan bermula dari 11 Mei hingga 24 Jun ini (45 hari). Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam kenyataan semalam, program latihan ini akan dilaksanakan di dua lokasi iaitu Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur […]

Pemuda Dakwa Dijangkiti Penyakit Kulit Akibat Baju “Thrifting”
Pemuda Dakwa Dijangkiti Penyakit Kulit Akibat Baju “Thrifting” Seorang pemuda menjadi tular di media sosial selepas berkongsi pengalaman dijangkiti penyakit kulit dikenali sebagai “moluskum kontagiosum” selepas memakai pakaian terpakai atau thrifting. Perkongsian pemilik akaun TikTok, @onenevertwhoo, telah meraih perhatian ramai apabila beliau menjelaskan bahawa benjolan kecil mula timbul di jarinya dan kemudiannya merebak ke wajah. […]

Rupanya “Baby Kangaroo” Bukan Lahir Dalam Kantung Perut Ibunya
Rupanya “Baby Kangaroo” Bukan Lahir Dalam Kantung Perut Ibunya Selama ini ramai antara kita beranggapan bahawa anak kanggaru, atau lebih dikenali sebagai “joey”, dilahirkan terus di dalam kantung perut ibunya. Namun, realitinya jauh berbeza. Sebenarnya, kita semua telah tertipu oleh tanggapan yang kurang tepat ini. Untuk info, kanggaru termasuk dalam kumpulan haiwan yang dikenali sebagai […]

Doktor Dakwa “Ini” Bantu Suami Hidup 5 Tahun Lebih Lama
Doktor Dakwa “Ini” Bantu Suami Hidup 5 Tahun Lebih Lama “Bagaimana jika saya katakan bahawa ada sesuatu yang mudah untuk anda lakukan setiap hari yang boleh menambah purata lima tahun kepada jangka hayat anda?” Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh seorang doktor yang baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial. Menerusi satu perkongsian, […]

Warga Maya ‘Heboh’, Ketebalan Asfalt Di China Cecah 40cm
Warga Maya ‘Heboh’, Ketebalan Asfalt Di China Cecah 40cm Baru-baru ini, satu video tular memaparkan kerja-kerja pengaspalan jalan raya di China yang luar biasa tebal. Ketebalan asfalt itu direkodkan setebal 40 sentimeter, iaitu dua hingga tiga kali ganda lebih tebal daripada standard biasa di kebanyakan negara. @gtid.news Jalanan di China jadi sorotan karena ketebalan aspalnya […]

Wujud Sejak Abad Ke-19, Ini Sejarah Disebalik Perkataan “OK”
Wujud Sejak Abad Ke-19, Ini Sejarah Disebalik Perkataan “OK” Seiring dengan peredaran zaman, penggunaan perkataan yang disingkat atau singkatan semakin meluas dalam komunikasi harian. Perkataan seperti “VIP”, “SMS”, “TV” dan sebagainya telah menjadi sebahagian daripada bahasa pertuturan dan penulisan masyarakat, termasuk dalam Bahasa Melayu. Dalam pada itu, penggunaan singkatan ini mencerminkan cara bahasa berkembang untuk […]

Tradisi Sejak Berkurun Lama, Ini Proses Pemilihan Paus Baharu
Tradisi Sejak Berkurun Lama, Ini Proses Pemilihan Paus Baharu Hari ini, Vatican City berduka apabila Paus Francis menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 88 tahun. Pemergian Paus Francis, atau nama sebenarnya Jorge Mario Bergoglio mencetuskan beberapa peringkat peristiwa tradisi yang telah berkurun dijalankan, iaitu pemilihan Paus baharu sebagai ganti. Biarpun proses pemilihan Paus ini mengikut tradisi […]

Tip Elak Lantai Tandas Berlendir & Hanyir
Tip Elak Lantai Tandas Berlendir & Hanyir Bila ada tetamu nak datang ke rumah, biasanya kita akan kalut kemas ruang tamu, siapkan air dan kudapan. Tapi kadang-kadang kita lupa satu tempat penting yang juga akan jadi ‘pusat perhatian’ tetamu – tandas. Tandas ni perlu dijaga rapi, bukan setakat bersih-bersih biasa, tapi biar berkilat, wangi dan […]

Pisang Mas Masuk Senarai 10 Pisang Terbaik Dunia
Pisang Mas Masuk Senarai 10 Pisang Terbaik Dunia Bagi rakyat Malaysia, pisang bukan sekadar sejenis buah. Ia adalah sebahagian daripada budaya kulinari yang kaya dan beraneka. Umum diketahui, pisang goreng rangup yang dijual di gerai tepi jalan sentiasa menjadi pilihan ramai. Selain itu, pengat pisang yang lemak manis berkuah santan turut menampilkan buah ini sebagai […]

Ini Sebab Kemboja Negara Penting Bagi China
Ini Sebab Kemboja Negara Penting Bagi China Presiden China, Xi Jinping kini berada di Kemboja bagi mengakhiri lawatan rasminya ke tiga negara ASEAN, yang turut melibatkan Vietnam dan Malaysia. Lawatan dua hari ke negara itu menandakan kunjungan pertama beliau ke Kemboja sejak 2016. Ini sekali gus mengukuhkan lagi hubungan mesra dua hala yang sedia terjalin […]

Cara Semak Keputusan SPM 2024
Cara Semak Keputusan SPM 2024 Gugup, gementar dan berdebar. Saat yang ditunggu telah tiba. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Tahun 2024. Untuk pengetahuan, keputusan tersebut akan mula dikeluarkan pada Khamis, 24 April 2025 jam 10 pagi. Perjuangan selama lima tahun di Sekolah Menengah, pagi petang bertungkus-lumus mengulang […]

Tak Perlu Pening, Ini Cara Mudah Isi E-Filing
Tak Perlu Pening, Ini Cara Mudah Isi E-Filing Setiap tahun, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan tarikh pembukaan pengisian borang e-Filing. Setiap kali pengumuman dibuat, pasti ada antara kita yang keliru dan pening dengan langkah-langkah pengisian borang ini. Antara yang menjadi cabaran buat orang awam mengisi borang e-Filing ialah tidak faham dengan istilah yang digunakan […]

Tak Sangka, Suhu Kilat 5 Kali Ganda Lebih Panas Dari Permukaan Matahari
Tak Sangka, Suhu Kilat 5 Kali Ganda Lebih Panas Dari Permukaan Matahari Kilat lazimnya kelihatan di depan mata apabila kawasan yang didiami berdepan dengan cuaca buruk seperti ribut. Ia turut menjadi fenomena alam yang paling menakjubkan dan menakutkan di bumi. Fenomena ini berlaku apabila cas elektrik antara awan dan tanah, atau antara awan dengan awan […]

Wanita Kongsi Nilai Semasa Gelang Emas Lama, Buat Ramai Tergamam
Wanita Kongsi Nilai Semasa Gelang Emas Lama, Buat Ramai Tergamam Emas bukan sekadar barang perhiasan yang digayakan di hari raya atau dijadikan hantaran masa kahwin. Ramai sebenarnya tak sedar tentang satu bentuk simpanan yang cukup hebat sejak zaman nenek moyang kita lagi — iaitu simpan emas. Baru-baru ni, satu perkongsian tular di media sosial berjaya […]

Senarai Tokoh Bersemadi Di Makam Pahlawan Masjid Negara
Senarai Tokoh Bersemadi Di Makam Pahlawan Masjid Negara Makam Pahlawan yang terletak di bahagian barat kompleks Masjid Negara merupakan tempat persemadian negarawan dan negarawati Malaysia. Kompleks ini telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 2007. Mempunyai dua bahagian, bahagian dalam makam ini dilindungi bumbung berbentuk bintang dengan tujuh bucu. Manakala bahagian luar makam ini merupakan kawasan […]

Digelar “Mr. Nice Guy”, Kenali Tun Abdullah Ahmad Badawi
Digelar “Mr. Nice Guy”, Kenali Tun Abdullah Ahmad Badawi Semalam negara digemparkan pemergian tokoh negarawan negara, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada usia 85 tahun. Allahyarham dilapor menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 7.10 malam tadi. Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Masjid Negara pada 8 pagi ini dan akan disembahyangkan selepas solat […]

Saintis Dakwa “Ini” Solusi Hadapi Cuaca Panas
Saintis Dakwa “Ini” Solusi Hadapi Cuaca Panas Memilih warna putih untuk mengecat dinding mungkin kedengaran mudah. Tetapi realitinya, pilihan warna putih datang dalam pelbagai nama seperti “Pure White”, “Alabaster”, “White Dove” dan beratus-ratus lagi variasi. Namun kini, saintis dari Universiti Purdue di Amerika Syarikat (AS) telah mencipta satu cat putih yang benar-benar berbeza. Difahamkan, ia […]

Tiga Penghidap Penyakit Mental Ini Layak Terima Bantuan MySalam
Tiga Penghidap Penyakit Mental Ini Layak Terima Bantuan MySalam Skim Perlindungan B40 MySalam merupakan manfaat bantuan yang kerajaan perkenalkan pada 2019 bagi membantu komuniti B40 di Malaysia. Pada awalnya, manfaat ini dirangka berakhir pada tahun 2023. Namun kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pemberian manfaat ini sehingga tahun 2025 berikutan sambutan menggalakkan daripada rakyat. Untuk pengetahuan anda, […]

‘Perisai’ Mewah Presiden China Bukan Biasa-Biasa
‘Perisai’ Mewah Presiden China Bukan Biasa-Biasa Kereta rasmi Presiden China, Xi Jinping, bukan calang-calang ‘perisai’. Ia adalah kereta perisai mewah buatan tempatan, Hongqi N701, yang kini menjadi perhatian dunia. Hongqi, yang bermaksud “Red Flag” dalam bahasa Inggeris, ialah jenama kereta mewah di bawah syarikat FAW Car Co, iaitu pengeluar kereta tertua di China sejak 1959. Sejak […]