Kerjaya

Berita
Kerajaan Akan Ambil Tindakan Ke Atas Majikan Tidak Salur Subsidi Upah – Zafrul
Kerajaan ada menerima maklumat terdapat majikan yang tidak menyalurkan subsidi upah kepada pekerja mereka dan ini telah melanggar syarat-syarat, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata bantuan rangsangan ekonomi tidak seharusnya disalah guna malah majikan perlu lebih bertanggungjawab dengan tidak mengambil kesempatan serta menganiaya pekerja mereka. “Saya ingin mengingatkan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap majikan-majikan […]
Berita
Gerbang Malam di Ipoh Dibuka Semula, Peniaga Bergilir Setiap Hari
IPOH, 17 Jun — Kerajaan negeri hanya membenarkan 60 daripada 128 peniaga menjalankan perniagaan secara bergilir setiap hari di Gerbang Malam yang merupakan antara tarikan di bandar raya ini, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, selain itu setiap gerai yang dibenarkan beroperasi perlu berjarak tiga meter antara […]
Gaya hidup
Individu Menganggur Termasuk Graduan & Lepasan Sekolah Boleh Daftar PenjanaKerjaya Sekarang
Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang akan bermula 15 Jun 2020 (Isnin) ini. Program ini yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk individu yang menganggur dan […]
Luar Negara
Pasar Di Beijing Diarah Tutup Serta Merta Setelah 2 Pekerja Pusat Penelitian Daging Positif Covid-19
BEIJING – Pihak berkuasa Beijing, China, menutup pasar borong pertanian utama setelah peningkatan jangkitan Covid-19 yang ditularkan di bandar ini sejak dua hari lalu. Pasar borong Xinfadi ditutup pada pukul 3:00 waktu tempatan pada hari Sabtu (13/6/2020), setelah dua lelaki yang bekerja di pusat penyelidikan daging dan baru-baru ini mengunjungi pasar tersebut, dilaporkan dijangkiti Covid-19. […]
Kerjaya
Harumanis Subur Di Terengganu, Bak Kata Orang Ganu Manis ‘Leting’
SETIU, 13 Jun — Percaya atau tidak, mangga harumanis sebenarnya sudah subur di Terengganu sejak 40 tahun lepas. Mungkin ramai yang beranggapan jika berbuah sekalipun, saiz dan rasanya tidak akan mampu mencapai kualiti yang sama sepertimana yang telah ada di pasaran serta tidak mampu di eksport ke pasaran luar negara. Jika itu tekaannya, ia sebenarnya meleset sama sekali, kerana […]
Berita
Hampir 3 Bulan Ditutup, Kompleks Kraf Langkawi Sedia Terima Pengunjung
LANGKAWI, 12 Jun – Selepas hampir tiga bulan ditutup berikutan pandemik COVID-19, Kompleks Kraf Langkawi yang menyediakan ruang niaga bagi usahawan menjual pelbagai produk kraf buatan Malaysia, kini bersedia menerima kehadiran pengunjung. Pengarah Kompleks Kraf Langkawi Rosman Manan berkata, ketika ini pihaknya bersama usahawan di kompleks tersebut sedang melakukan persiapan terakhir, sebelum premis niaga dan pameran […]
Berita
Syarikat Penerbangan Jerman Rancang Kurangkan 22,000 Pekerjaan
AMMAN, 12 Jun – Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa akan mengurangkan 22,000 pekerjaan dalam usaha menangani masalah penurunan jumlah penerbangan disebabkan COVID-19, lapor agensi berita Jordan (Petra) pada Khamis. Syarikat penerbangan itu meramalkan permintaan yang perlahan selepas krisis dan hanya akan menggunakan kira-kira 100 pesawat. Lufthansa berkata separuh pengurangan pekerjaan adalah di Jerman dan syarikat juga […]
Kerjaya
Pengusaha Kolam Mancing Tak Sabar Nak Mulakan Operasi, Kaki Pancing Apa Khabar?
BACHOK, 11 Jun — Pengusaha kolam memancing ikan yang turut menutup operasi mereka sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas kini membuat persiapan untuk membuka kembali operasi mereka. Pemilik Kolam Jati Solution, Rusli Hamat, 51, berkata kawasan kolam pancingnya yang berusia 11 tahun itu telah mula dibersihkan setelah tidak terurus sejak PKP dan fasa-fasa selepas PKP dilaksana sejak […]
Gaya hidup
UM Berada pada Kedudukan Ke-59 Dalam Senarai Universiti Terbaik Dunia
KUALA LUMPUR, 10 Jun – Universiti Malaya (UM) menduduki tempat ke-59 dalam Quacquarelli Symonds World University Rankings (QS-WUR) 2021, meningkat 11 tangga daripada kedudukan pada 2019. Universiti ini memperoleh skor keseluruhan 70.1, peningkatan 4.5 peratus daripada tahun lepas. UM terus menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kedudukannya di peringkat global selama beberapa tahun, daripada tangga 167 pada tahun 2014 ke kedudukannya hari […]
Berita
‘Abah Muhyiddin’ Perdana Menteri Pragmatik
KUALA LUMPUR, 10 Jun – ‘Abah Muhyiddin’. Gelaran sedemikian sebenarnya sudah cukup menunjukkan penerimaan rakyat terhadap kepimpinannya. Walaupun baru 100 hari menjadi perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang selalu tampil berucap dengan stail santai, selain sentiasa mengikuti perkembangan terkini isu-isu tular dalam kalangan rakyat, dilihat berjaya merobohkan ‘dinding’ antara pemimpin dan rakyat. Malah analogi ‘Makcik Kiah’ […]
Gaya hidup
Rezeki PKP, Suami Isteri Tak Sangka Jual Nasi Lemak Tepi Jalan Dari 18kg Beras ‘Licin’ Dalam Masa 3 Jam
Jika usaha, tidak mustahil untuk kita berjaya. Inilah ungkapan yang sesuai diberikan kepada pasangan suami isteri yang bertungkus lumus berniaga sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan. Seperti perkongsian daripada Natipah Abu ini, pasangan ini terpaksa berniaga di kawasan rumah disebabkan oleh punca pendapatan mereka terjejas akibat PKP. Namun dengan berkat kesabaran dan ketabahan, mereka berniaga nasi […]
Berita
Pasar Pagi, Pasar Malam Di Johor Beroperasi Semula Mulai 15 Jun 2020
JOHOR BAHRU, 8 Jun – Kerajaan Johor membenarkan pasar pagi dan malam beroperasi semula secara terkawal bermula 15 Jun ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Ayub Jamil berkata kebenaran itu akan dilaksanakan secara berperingkat di semua kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi melihat tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh peniaga dan pengunjung. […]
Gaya hidup
(Video) Usahawan Pertanian B40, Boleh Mohon Pembiayaan Mikro Hingga RM30,000 Untuk Kembangkan Perniagaan
Jika anda seorang usahawan kumpulan B40 berasaskan pertanian dan industri asas tani dan mahu mengembangkan perniagaan anda menjadi lebih maju, anda wajib membaca artikel ini sampai habis sebab Agrobank nak bantu anda mengembangkan perniagaan anda. Agrobank ada menyediakan pembiayaan mikro khusus untuk membantu usahawan mikro dari kumpulan B40 yang sedang mengusahakan aktiviti perniagaan pertanian dan […]
Berita
Sugu Pavithra Teruja, Tak Sangka PM Sebut Namanya Dan Suami Ketika Umum Pelan Jana Semula Ekonomi
IPOH, 5 Jun – Nasi beriani kambing, kuah dal dan ayam varuval adalah antara menu yang dijanjikan akan dimasak oleh pasangan YouTuber ‘Sugu Pavithra’ jika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkunjung ke rumah mereka. S. Pavithra, 28, berkata menu itu dipilih kerana nasi beriani merupakan antara sajian istimewa lebih-lebih lagi jika dimasak bersama kambing […]
Berita
Buat Aduan Jika Majikan Gagal Bayar PSU, ERP
KUALA LUMPUR, 4 Jun – Pekerja yang tidak menerima bayaran Program Subsidi Upah (PSU) dan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) daripada majikan boleh membuat aduan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed menegaskan tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap majikan yang tidak bertanggungjawab dan gagal menyalurkan bayaran tersebut kepada pekerja masing-masing. “PERKESO tidak akan […]
Gaya hidup
Kehilangan Pekerjaan Naik 42 Peratus Suku Pertama 2020 & Belia, Lelaki Paling Mudah Diberhentikan – PERKESO
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) — Berikutan pandemik COVID-19, kehilangan pekerjaan di negara ini meningkat sebanyak 42 peratus untuk suku pertama tahun ini (Q1 2020), menurut Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Dalam laporan bertajuk ‘Employment Outlook, the 1st Quarter of 2020, Volume 4/2020, The Impact of COVID-19 on Loss of Employment (LOE)’, […]
Gaya hidup
“Hantar 60 Hingga 100 Bungkusan Sehari”, Lelaki Kongsi Pengalaman Buat Sambilan Jadi Posmen
ALOR SETAR, 4 Jun (Bernama) — Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, golongan yang terjejas pendapatan rata-ratanya terdiri daripada mereka yang bekerja sendiri. Bagi jurugambar sukan bebas, Khairil Ajhar, 43, situasi itu bagaimanapun tidak memberi ‘lesen’ untuknya terus ‘goyang kaki’ dan menunggu bantuan daripada mana-mana pihak semata-mata. Sebaliknya […]
Berita
(Video)“Terima Kasih Ya Allah,” Peniaga Sebak Buat Sujud Syukur Lepas Terima Lesen Perniagaan
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hari ini menyerahkan lesen perniagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada salah seorang penjaja, Minah Awang atau lebih dikenali sebagai Che Nah yang berniaga di Jalan Medan Setia Bukit Damansara. Bersyukur kerana telah lama mengidamkan lesen tersebut, Che Nah tidak dapat menahan sebak serta bersujud syukur sambil ditenangkan […]
Kerjaya
109,617 Lepasan SPM Ditawar Lanjut Pengajian Bagi Sesi 2020/2021
PUTRAJAYA, 3 Jun — Seramai 109,617 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 ditawarkan ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi melanjutkan pengajian bagi sesi akademik 2020/2021, demikian menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Mereka ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sijil/asasi/matrikulasi/diploma dan Ijazah Sarjana Muda […]
Berita
(Video) Frontliner Lubnan Buat Kejutan Balik Rumah Selepas 2 Bulan ‘Terpisah’
Selepas berjauhan selama 2 bulan, seorang frontliners di negara Lubnan akhirnya membuat kejutan pulang ke pangkuan keluarganya. Ali Awerke ialah seorang jururawat lelaki yang bertugas di sebuah hospital awam yang terbesar di negara Lubnan iaitu Hospital Universiti Rafik Hariri. Selama 2 bulan, lelaki berusia 34 tahun itu telah bekerja di bilik kecemasan utama COVID-19 milik […]