Gaya hidup
Dari RM190 Diskaun Sampai RM95 Semalaman, PKPP Buka Peluang Orang Ramai Bercuti Di Hotel ‘Kayangan’ Dengan Harga Paling Murah
KUALA TERENGGANU, 16 Jun — Kelonggaran yang diberi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah masa yang tepat untuk bercuti dengan peluang merasai pakej pelancongan bertaraf ‘kayangan’ pada harga murah. Bukan itu sahaja, pelancong juga berpeluang mendapat pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong dalam negara sehingga 31 Dis 2021. Rata-Rata pelancong yang berkunjung ke […]
Perak Benar Solat Jemaah, Solat Jumaat Ikut Kapasiti Keluasan Dewan Solat
IPOH, 16 Jun (Bernama) — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan bilangan jemaah yang dibenarkan menghadiri solat fardu berjemaah dan solat Jumaat berasaskan kepada had kapasiti keluasan sebenar ruang utama dewan solat dengan menetapkan jarak satu meter sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak […]
3 Cara Untuk Hilangkan Bau Mulut Kurang Enak Selepas Makan Petai
Apabila sebut petai, mesti akan terlintas di kepala gambaran lauk-lauk yang menyelerakan, seperti sambal petai, tempoyak petai, petai ulam dan sebagainya. Kita pula dilahirkan dan membesar di Malaysia, jadi makanan berasaskan petai ini sudah kira sebagai menu wajib dalam pemakanan seharian. Ada yang suka makan sebagai ulam, malah ada pula suka buat lauk. Tapi, ada […]
Cegah COVID-19, Ini Sebab Anda Perlu Kerap Membasuh Tangan
Mencuci tangan merupakan salah satu cara yang terbaik dalam mencegah masalah kesihatan termasuklah menghentikan penularan virus COVID-19. Terdapat juga kajian mengatakan sabun dan hand sanitizer merupakan antara solusi menghilangkan virus daripada permukaan kulit. Menjaga kebersihan diri merupakan tanggungjawab diri yang wajib dijaga oleh semua orang. Bukan sahaja untuk menjaga kesihatan diri sendiri malah dapat memastikan […]
(Video) APMM Ingatkan Kaki Pancing & Nelayan Lebih Berhati-Hati Di Laut
Para kaki pancing atau nelayan dinasihatkan untuk memiliki alat pengesan lokasi individu atau Personal Locator Beacon (PLB) sebagai langkah keselamatan ketika berada jauh di tengah laut. Difahamkan, alat tersebut adalah sebagai inisiatif untuk pihak berkuasa mengesan kedudukan mereka sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang tidak dijangka, tambahan pula agak sukar untuk mendapat liputan rangkaian di sana. […]
Pemandangan Setanding Macam Eropah, Taman Ini Hanya Di Putrajaya & Ramai Tak Tahu
Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Khazanah alam di Malaysia juga mempunyai pesona tersendiri yang setanding dengan keindahan di luar negara. Salah satunya adalah Taman Saujana Hijau di Putrajaya. Menurut laman Taman-Taman Awam Putrajaya, taman ini mempunyai tiga jenis taman berkonsepkan Eropah, China dan Inggeris. Ia juga mempunyai tumbuhan gymnosperma yang […]
(Video) Gadis Sabah Ini Panjat & ‘Berkhemah’ Atas Pokok 24 Jam, Demi Cari ‘Line’ Internet Kuat Untuk Jawab Peperiksaan
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang gadis anak jati Pitas, Sabah yang tinggal di kawasan pedalaman membuat ‘challenge’ berada di atas pokok selama 24 jam. Rakaman video penuhnya disunting kembali dan telah dimuat naik ke channel Youtube miliknya; Veveonah M. pada 13 Jun lalu. Walaupun sebagai seorang wanita yang sinonim dengan sifat lemah lembut, […]
Lahir Tanpa Telinga, Raut Wajah Arnab Ini Disamakan Dengan Anak Singa
Seorang penternak arnab yang profesional terkejut ketika seekor arnab coklat yang comel dilahirkan tanpa telinga dan dianggap sebagai satu keajaiban. Dia telah menjadi penternak arnab yang profesional selama lebih dari satu tahun tetapi sangat kagum ketika seekor arnab kecil yang dilahirkan tanpa telinga. Dia mengatakan bahawa dia tahu ada sesuatu yang tidak kena semasa dia […]
Lepas 100 Tahun, Tular Gambar ‘Iceberg’ Dipercayai Diambil 40 Jam Sebelum Dirempuh Kapal Titanic
Satu gambar yang memaparkan iceberg yang dipercayai menyebabkan tenggelamnya kapal Titanic telah didedahkan selepas 100 tahun kejadian itu, lapor The Independent. Gambar itu dipercayai telah dirakam oleh kapten dari sebuah kapal penumpang lain yang melalui Atlantik iaitu dua hari sebelum Titanic tenggelam. Memetik laporan The Independent, gambar hitam putih itu telah diambil oleh W Wood […]
(Gambar) Ratusan Badak Air ‘Berhimpit’ Dalam Kolam Lumpur Ketika Musim Panas
Tular gambar memperlihatkan mamalia bertubuh besar memanfaatkan kolam kecil di dataran Tanzania yang kering kerana tidak mengalami hujan. Ratusan badak air berkenaan telah berhimpit antara satu sama lain untuk berendam dengan kepala mereka menghadap ke tengah. Seorang jurugambar telah merakam gambar ketika berada di wilayah Arusha di negara itu , hanya 71 batu dari Gunung […]
Suami Atur ‘Kejutan’ Buat Isteri, ’Scheduled’ Emel Minta Anak Uruskan ‘Wedding Anniversary’ Walau Dah Meninggal Dunia
Pemergian orang tersayang buat selama-lamanya menjadi satu momen yang sangat perit untuk dilalui namun ia perlu dihadapi dengan tabah. Dengan sekelip mata, seorang isteri kehilangan suami tercinta dan seorang anak kehilangan bapa sebagai tempat bermanja. Masih lagi merasai kehilangan insan tersayang, kisah yang dikongsikan oleh Aly Mendoza telah menyentuh hati ramai sehingga tular di laman […]
10 Tahun Kerah Kudrat, Lelaki Cekal Dari Perlis Ini Berjaya Ubah Hutan Jadi Taman Yang Cantik
PADANG BESAR, 15 Jun (Bernama) — Di sebalik rimbunan pokok serai berlatarbelakangkan pemandangan hijau Bukit Chabang, kelihatan seorang lelaki sedang sibuk membersihkan rumput liar. “Tam…tam… jangan datang sini, nanti kotor,” jerit Kassim Shahruddin, 39, sambil tersenyum melihat gelagat manja kucing kesayangannya berguling-guling atas rumput hijau bagaikan hamparan permaidani yang terletak di sebelah kebunnya. Kassim berkata […]
(Video) Macam Maldives, Tular Kejernihan Sungai Rambai Di Melaka ‘Pukau’ Perhatian Netizen
Kalau diberi peluang ke Maldives, pasti ramai teruja untuk ke sana. Tapi tahukah anda, di Malaysia juga ada tempat yang indah setanding tempat pelancongan di luar negara Di Sungai Rambai, Melaka misalnya, dilaporkan pengunjung dapat menikmati kejernihan air sungai yang kehijauan hingga nampak ke dasar. Terletak berhampiran Muar, ia mempunyai pusat rekreasi yang dilengkapi kemudahan […]
Cadangan Tadika, Taska Dan Pra Sekolah Dibuka Bermula 1 Julai Mengikut SOP- Ismail Sabri
Putrajaya, 15 Jun- Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Dr Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan tarikh pembukaan semula taska, tadika dan pra sekolah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini. Menurut BERNAMA, dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi, beliau berkata, pra sekolah, tadika dan taska dicadangkan beroperasi bermula 1 Julai 2020. “Mengenai pembukaan […]
“Paling Serius Boleh Sebabkan Sawan”, 5 Risiko Jika Bayi Bawah 6 Bulan Diberi Air Masak
Bagi mereka yang pertama kali menimang cahaya mata, pasti banyak perkara yang perlu dipelajari. Sebaiknya, rujuklah sumber yang tepat seperti doktor dan pakar kanak-kanak sendiri. Hal ini bagi mengelakkan tersilap maklumat yang akhirnya memudaratkan bayi di kemudian hari. Seperti contoh, tindakan memberi air masak kepada bayi berusia bawah enam bulan. Siapa sangka ia boleh mendatangkan […]
4 Perkara Kena Ambil Kira Masa Nak ‘Deco’ Bilik, Ruang Yang Sempit Boleh Nampak ‘Luas’
Siapa sahaja yang tak mahu bilik yang luas dan kemas. Bagi anda yang memiliki bilik kecil, pasti terfikir bagaimana ingin menyusun atur perabot dan menghias bilik agar ia kelihatan lebih luas. Kalau tersilap susun, silap hari bulan makin sempit dan semak jadinya. Sebagai salah satu ruangan terpenting dalam rumah, dekorasi bilik tidur memainkan peranan dalam […]
“Jangan Malu Naik Motor”, Baru Mula Kerja Kena Jujur Bergaya Ikut Kemampuan
Selalu orang kita kata, orang muda kalau nak nampak bergaya dan ‘macho’, wajib ada kereta. Lagi mahal kereta, lagi bertambah ‘macho’ jadinya. Maka disebabkan kata-kata ini, ramailah anak-anak muda di luar sana berbondong-bondong beratur di bank untuk buat permohonan beli kereta pertama mereka. Semuanya sudah terpengaruh dengan godaan ‘ada kereta barulah nampak kaya dan bergaya’. […]
Cikgu Ini Ajar Cara Nak Tanam Kunyit, 2 Minggu Lebih Dah Boleh ‘Tuai’ Daun Kunyit Untuk Masak
Pasti ramai yang sudah tahu bahawa kunyit mempunyai banyak manfaat kepada kita, bukan sahaja dijadikan sebagai bahan masakan bahkan kunyit juga mempunyai manfaatnya yang tersendiri untuk kesihatan dalaman kita. Memandangkan kunyit mempunyai banyak manfaat, jadi tidak salah jika kita menanamnya di kawasan rumah. Di samping, itu kita juga boleh berjimat daripada membeli kunyit atau daunnya […]

Malaysia Diiktiraf Sebagai Antara 5 Negara Terbaik Kawal Pandemik Covid-19 – Ismail Sabri
Dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri merangkap kepada Menteri Keselamatan Negara mengumumkan bahawa negara Malaysia antara 5 negara terbaik mengawal wabak pendemik Covid-19. Semua sedia maklum bahawa pada awal perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung wabak ini agak sukar apatah lagi pandemik ini terpahat dalam […]
Penderma Darah Wira Negara – Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 14 Jun — Penderma darah juga adalah wira negara kerana pengorbanan mereka untuk tampil menderma darah secara sukarela membantu menyelamatkan nyawa pesakit, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata pengorbanan masa dan tenaga penderma darah, yang tampil secara sukarela saban hari juga dapat dilihat semasa negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) […]