Gaya hidup
Penting Untuk Kaki ‘Camping’, Lima Perkara Perlu Ambil Tahu Sebelum Minum Air Sungai
Aktiviti berkhemah di hutan ataupun ‘camping’ adalah salah satu ‘kegilaan’ bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak. Dalam berkhemah, terdapat banyak cara untuk kita berikhtiar hidup dalam memerlukan sumber makanan atau minuman, jika kita memilih untuk berkhemah secara ‘hard core’. Pada waktu itu, kita mungkin akan bergantung sepenuhnya dengan buah-buahan di hutan, daun-daun ataupun binatang liar […]

(Video) Sangat Unik, Amira ‘Cover’ Lagu Kotak Hati Dari Kumpulan Hujan Dalam Bahasa Isyarat
Menyanyi semula lagu yang sedia ada atau ‘Cover’ mungkin sudah menjadi kebiasaan didengari di Youtube, Spotify, Joox dan sebagainya. Tapi pernahkah kita melihat orang menyanyi tapi menggunakan bahasa isyarat? Nur Amira dalam satu video yang dimuatnaik di laman Twitternya, ‘menyanyikan’ lagu Kotak Hati nyanyian asal dari kumpulan Hujan dalam bahasa isyarat. Ini adalah sesuatu yang […]

(Video) Marah Lepas Disergah, Ayam ‘Ligan’ Anjing Macam Dalam Cerita Kartun
Mungkin babak ini anda dapat lihat di dalam filem atau siri animasi di televisyen sahaja. Seekor anjing dikejar oleh seekor ayam selepas anjing tersebut menyergah ayam yang sedang termenung. Ayam itu seakan benar-benar marah selepas disergah sebegitu rupa. Anjing yang ketakutan berlari sekeliling timbunan kayu melarikan diri dari ayam tersebut. Video yang ditonton sebanyak lebih […]

Mungkin Korang Tak Percaya, Siri Komedi Mr.Bean Hanya Ada 15 Episod Sahaja
Tahukah anda, siri komedi Mr.Bean hanya ada 15 episod sahaja kesemuanya. Mungkin korang tak percayakan sebab sebelum ini rasa macam pernah tonton banyak siri Mr.Bean dan merasakan ia lebih dari 15 episod. Tapi hari ini, korang perlu percaya hanya ada 15 episod sahaja siri Mr.Bean sepanjang watak utamanya, Rowan Atkinson membawa watak sebagai Mr.Bean yang […]

Jangan Buang Resit Ketika Bercuti Dalam Malaysia, Boleh Dapat Pelepasan Cukai Pendapatan RM1,000
Mungkin ramai yang masih belum mengetahui bahawa terdapat beberapa bantuan yang diberikan oleh kerajaan di dalam Pakej Ransangan Ekonomi bagi membantu memulihkan semula ekonomi rakyat dan negara akibat wabak Covid-19. Salah satunya seperti yang dikongsikan oleh gadis ini mengenai pelepasan khas cukai pendapatan sehingga RM1,000 bagi individu pemastautin untuk perbelanjaan melancong dalam negara yang dilakukan […]
“Buatlah Pemeriksaan Selalu” Isteri Kongsi Suami Meninggal Dunia Selepas 26 Hari Demam Selepas Dikesan Hidap Kanser
Kanser sering dikaitkan dengan masalah berat badan berlebihan, kurang pengambilan buah-buahan dan sayuran, kurang melakukan aktiviti fizikal, dan pengambilan tembakau serta alkohol (KKM, 2020) Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 30 hingga 50 peratus kanser boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat. Pun begitu, kanser juga boleh terjadi atas faktor genetik di mana sekitar lima […]
“Ramai Tidak Memberus Permukaan Lidah,” Doktor Ini Perjelas Kesan Memberus Gigi Dalam Tempoh Yang Terlalu Singkat
Penjagaan gigi dan mulut sememangnya telah diterapkan dalam diri setiap orang sejak dari kecil lagi. Malah, tadika dan sekolah rendah juga sering mengadakan program bagi membantu anak-anak kecil menjaga gigi dan memberus gigi dengan betul. Pun begitu, memberus gigi sahaja tidak cukup. Anda perlu mengetahui mengenai masalah mulut berbau yang mungkin disebabkan oleh cara memberus […]
Rimas Ketuat Dibadan? Ini 7 Cara Mungkin Dapat Bantu Rawat Ketuat Kurang Serius, Mudah & Buat Sendiri Di Rumah
Ketuat merupakan sejenis ketumbuhan pada permukaan kulit yang berpunca daripada virus. Menurut laman Medical News Today, ia boleh tumbuh pada mana-mana bahagian tubuh seperti kaki dan tangan. Satu daripada tiga kanak-kanak dan remaja dilaporkan mempunyai ketuat, namun hanya 3 hingga 5 peratus orang dewasa mempunyai ketumbuhan ini, dipercayai berpunca daripada sistem imun yang semakin kuat. […]
“Nasib Baik Tak Terbakar,” Anak Kucing ‘Terselamat’ Walau ‘Tempuh’ Perjalanan 48km Di Bahagian Enjin Kereta
Seekor anak kucing yang telah berjaya diselamatkan dari bawah bonet sebuah kereta didapati masih hidup selepas mengharungi perjalanan sejauh 30 batu bersamaan 48 kilometer dan kelajuan sekitar 65 kmj. Kereta yang dipandu oleh seorang wanita itu dikatakan menuju ke rumah ibunya di Neston dari rumahnya di Winsford, Cheshire, lapor Daily Star. Dia mendengar kucing mengiau […]
“Cut Gula, Makanan Bergoreng…,” Dah Turun 39kg, Lelaki Ini Teruskan Usaha Menuju Berat Badan 80kg Dalam 5 Bulan
Setiap orang pasti mengimpikan berat badan yang ideal. Disebabkan itu, usaha yang berterusan perlu dilakukan bagi mendapatkan hasil yang diinginkan. Diakui bukan mudah namun segalanya boleh tercapai jika anda terus konsisten, bersemangat dan percaya pada diri sendiri. Seperti yang dikongsikan oleh Cazzrah di laman Twitter, beliau berjaya menurunkan berat badan iaitu dari 160kg ke 121kg. […]
“Dimana Serangga Ini Sekarang?”, Populasi Makin Berkurang, Dipercayai Beri Kesan Buruk Kepada Alam
Umum mengetahui, di sebalik arus kemodenan yang mendominasi kehidupan manusia, tidak dinafikan ia juga turut mengancam alam semulajadi. Hutan banyak ditarah untuk dibuka projek pembangunan, manakala laut pula berdepan ancaman pencemaran akibat aktiviti korek pasir yang tidak terkawal. Dalam masa sama tanpa kita sedar, semua ancaman ini memberi kesan besar yang buruk kepada satu lagi […]

Ramai Tak Tahu Maksud Di Sebalik Tujuh Patung Gangsa Tugu Negara, Ini Penjelasannya
Ramai yang sedar kewujudan Tugu Negara ini, tetapi sejauh mana kita menghayati dan megetahui cerita disebalik kemegahan Tugu tersebut di negara kita? Seperti mana yang kita tahu bahawa Tugu Negara atau Tugu Peringatan Negara ini dibina untuk memperingati dan memberi penghormatan kepada prajurit yang terkorban dalam perang dunia. Bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-63 tahun, SK […]

Lebih 300k Tontonan, Pemadam Bendera Negeri-Negeri di Malaysia Jadi Watak Utama Iklan Merdeka Petronas
Seperti semua tahu, Petroliam Nasional Berhad atau lebih mesra digelar PETRONAS sentiasa hadir dengan pelbagai iklan-iklan menarik. Tak kiralah iklan merdeka ke iklan raya ke iklan puasa ke semuanya datang dengan idea ‘luar kotak’ dan menarik. Kali ini, sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia 16 September nanti, PETRONAS datang lagi dengan sebuah iklan yang berkonsepkan […]
“Kita Je Yang Kerap Rasa Tawar,” Doktor Ini Jelaskan Untuk Elak Campur Garam Dalam Diet ‘Baby’ Selagi Belum Berusia 2 Tahun
Pasti ramai di antara ibu bapa yang mempunyai anak kecil pastinya akan memikirkan tentang kandungan bahan yang betul untuk diletakkan dalam makanan anak mereka. Ada juga yang berpendapat bahawa garam patut diletakkan kerana tidak mahu anak mereka merasa tawar atau kosong dalam sesuatu makanan yang dihidangkan itu. Justeru daripada itu, seorang doktor ada berkongsikan tentang […]
Harga Siling Pelitup Muka Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Persoalan sama ada kerajaan akan menurunkan lagi harga siling pelitup muka tiga lapis yang berkuat kuasa pada harga RM1 ketika ini, bakal dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu itu terkandung dalam sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri yang diajukan Cha Kee Chin […]

Dari Berat Badan 90kg Turun Hingga 69kg, Gadis Ini Amalkan Diet Suku-Suku Separuh
Macam tak percaya gadis ini berjaya turunkan berat badan sebanyak 20 kg dalam masa tiga bulan sahaja. Tak percaya? Cuba baca tips di bawah telah terbukti benar. Gadis ini berjaya turunkan berat badan dengan hanya mengamalkan makanan suku-suku separuh. Kalau dia boleh kenapa tidak kita? Jadi, jom teliti satu persatu gambar makanan yang dikongsikan oleh […]

Jangan ‘Try’ Sorang-Sorang, Ajak ‘Geng’ Pergi Marrybrown Cuba S.O.S BBQ Manis & ‘Smokey’ Yang Baru
Korang mesti gembira kan, kalau SK cakap Marrybrown keluar perisa baharu yang sememangnya kena dengan ‘tekak’ masyarakat di Malaysia. Ya, untuk memenuhi citarasa rakyat di Malaysia mereka telah mencipta satu hidangan resipi baharu iaitu rasa manis bergabung dengan rasa ‘smokey’. Terbaiklah baru kena dengan Sensasi Ohsem Smokey! S.O.S gabungan rasa manis dan ‘smokey’. Tawaran terbaharu […]

(Video) Setelah Dilaporkan Pupus 10 Tahun Yang Lalu, Pokok Damar Hitam Siput Daun Besar Ditemukan Semula
JERTEH, 24 Ogos – Spesies pokok Damar Hitam Siput Daun Besar atau nama saintifiknya Shorea kuantanensis yang dilaporkan pupus pada 2010, berjaya ditemukan semula di Taman Eko-Rimba Lata Tembakah yang terletak di Hutan Simpan Pelagat, Hulu Besut di sini. Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) Datuk Mohd Ridza Awang berkata tiga batang pokok dari kumpulan kayu keras sederhana itu […]

Raih Lebih 33 Ribu ‘Retweet’, Gelagat Lucu Adik Dikongsikan Gadis Ini Undang Tawa Ramai
Tidak dapat dinafikan bahawa sesetengah orang mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan adik-beradik namun ada juga di sebaliknya sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai pergaduhan. Pun begitu, air yang dicincang tidak akan pernah putus. Sama juga dengan hubungan di antara adik-beradik yang sememangnya akan kembali bertaut walau sejauh manapun pergi. Tidak lengkap rasanya sesebuah rumah jika tidak […]
Dipercayai Boleh ‘Meletup’ Jika Tidak Dirawat, Doktor Dilapor Berjaya Keluarkan Tumor Ovari Terbesar Dari Tubuh Wanita
Doktor di India dipercayai berjaya mengeluarkan tumor ovari terbesar di dunia yang seberat 54 kilogram dari seorang wanita berusia 52 tahun, lapor Daily Mail. Wanita yang tidak mahu dikenali itu sebelum ini pernah mengadu bahawa berat badannya mula naik mendadak dan dia tidak boleh berjalan kerana kakinya sudah mulai bengkak. Dia tidak tahu bahawa satu […]