Gaya hidup
Sering Digunapakai, Rupanya Ini Asal Usul Peribahasa “Jaga Tepi Kain Orang” Ramai Rakyat Malaysia Tak Tahu
Bahasa melambangkan bangsa. Kalau diperhatikan, setiap peribahasa, pepatah ataupun idiom mempunyai simbolik atau kaitan dengan budaya masing-masing. Begitu juga dengan pepatah Melayu lama yang diolah berdasarkan pemerhatian orang terdahulu terhadap alam dan budaya sekeliling. Baru-baru ini, seorang peminat, pengkaji dan penggiat seni warisan alam Melayu, Mohammad Faeez Harith berkongsi dari mana datangnya peribahasa “Menjaga tepi kain orang”. […]
Dari Saiz XXL Ke S, Wanita Tiga Anak Kongsi Tips Diet Jaga Kalori Hingga Berjaya Turun 26 Kg
Pastinya ramai yang menginginkan bentuk badan yang ideal dan cantik namun tidak mempunyai perancangan diet yang betul. Ya, bersenam dan bersukan sememangnya sangat bagus untuk tubuh badan. Pun begitu, penjagaan kalori dalam makanan juga sangat penting bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat. Menerusi kiriman yang dikongsikan oleh Mira Shaz di Facebook miliknya, beliau berjaya menurunkan […]

Kita Hanya Ada Peluang Kecil Untuk Ratakan Semula Lengkung – Tan Sri Noor Hisham
Hantaran Twitter milik Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham sebentar tadi memberi kata-kata semangat kepada ‘frontliner’ kita yang masih berjuang untuk menghapuskan wabak pandemik Covid-19 ini. Bukan itu sahaja, sebanyak tiga hantaran Twitter itu juga mengundang sebak ramai orang apabila dalam kata-kata semangat itu terselit ayat yang menyentuh perasaan. “Marilah kita bersatu […]

Rumah Bersepah Dengan Mainan Kecil, Lelaki Ini Buat Rak Ringkas Hanya Bermodal RM24
Mesti korang akan ada masalah tempat atau ruang yang terhad untuk meletak atau menyusun mainan kecil. Kadang-kadang ada yang terpaksa menggunakan bakul untuk menyimpan mainan tersebut. Namun, korang jangan risau sebab SK ada satu perkongsian menarik untuk menyelesaikan masalah korang semua. Seperti yang dikongsikan oleh Mohamed Saiful, beliau menunjukkan rak kereta ‘Hot Wheels’ yang paling […]

2 Beradik Ini Jadi Saksi Ibu Kemalangan Sebelum Meninggal Dunia, Menangis Ketika Ustaz Ebit Datang Melawat
Tidak dapat bayangkan perasaan seseorang yang kehilangan orang tercinta terutamanya ibu yang disayangi pergi buat selama-lamanya. Tambahan pula, anak-anak ini baru sahaja kehilangan ibu kerana terlibat dalam kemalangan semasa menuju ke tempat kerja. Sungguh berat ujian buat mereka. Disaat perlukan kasih sayang seorang ibu, Allah menjemput ibu mereka pulang kepada Sang Pencipta. Namun, mereka ini […]

(Video) PlayStation Muatnaik Video ‘Bedah’ PS5 Untuk Anda Lihat ‘Isi Perutnya’ Dengan Lebih Dekat
Sebentar tadi saluran Youtube PlayStation memuatnaik sebuah video yang bertajuk “PS5 Teardown: An up-close and personal look at the console hardware” di mana dalam video itu Yasuhiro Ootori selaku Naib Presiden, Bahagian Rekaan Mekanikal, Sony Interactive Entertainment telah ‘membedah’ konsol permainan terbaharu dari Sony iaitu PlayStation 5. Ini kali pertama PlayStation diperlihatkan dalam keadaan lebih […]
(Video) Lelaki Ajar Macam Mana Nak Cari Koordinat Kita Atas Peta Jika Tersesat Dalam Hutan
Dalam ekspedisi mengembara di hutan, salah satu risiko bahaya yang sering ‘menanti’ adalah tersesat dan hilang arah tuju. Mungkin ada antara kita yang sudah mahir dalam selok-belok hutan, amat senang untuk kenal pasti di mana titik-titik lokasi selamat atau jalan keluar. Tapi ada juga yang masih memerlukan bantuan-bantuan lain. Seperti yang dikongsikan oleh Rodzuan Ramli […]
(Video) “Saya Sedih Datuk Dr. Zulkifli Ada COVID…”, Menteri Agama Terharu Terima ‘Voice Note’ Daripada Kanak-kanak
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif COVID-19 pada 5 Oktober lalu. Makluman tersebut diumumkan sendiri melalui akaun laman Twitternya pada hari tersebut. Difahamkan, beliau telah menjalani rawatan dan keadaan kesihatannya agak baik ketika ini. Terkini, Dr. Zulkifli berkongsi satu ciapan Twitter mengenai satu mesej rakaman suara […]
Siap Sedia Jualan 10.10, Ini 4 Tips Dan Trik Padu Dapatkan Barang ‘Flash Sale’
Sale 10.10 datang lagi tuan dan puan. Kali ni tak macam tarikh genap bulan-bulan sebelum ni sebab nampaknya macam banyak sangat pulak yang buat promo dan diskaun kaw-kaw. Sesuai juga untuk mak ayah yang nak beli siap-siap barang keperluan sekolah anak sempena kesempatan bulan yang penuh diskaun ini. Haha. Sehubungan dengan fiesta membeli-belah atas talian […]
(Video) Rakaman Nelayan Kerjakan Solat Ketika Kapal ‘Digoncang’ Ombak Buat Ramai Tersentuh
Seperti yang diketahui, solat adalah asas yang penting dan ibadah utama bagi umat Islam. Pelbagai kemudahan telah diajar sehingga dapat dipenuhi dengan baik dan istiqamah. Solat juga boleh dilakukan di mana-mana jua asalkan tempat itu bersih. Satu video yang menyaksikan beberapa orang nelayan sedang bersolat di atas kapal telah tular di Indonesia. Apa yang mengagumkan […]
‘Laki Bini’ Sepakat Amal Diet Ini Sejak Februari, Kongsi Hasil Berjaya Turun 13 Kg
Perjalanan mendapatkan berat badan yang ideal lebih mudah dan menyeronokkan apabila ada teman untuk berdiet. Seperti pasangan Eka Harun dan suaminya, mereka bersama-sama berjaya menurunkan berat badan sekitar 13 kilogram sejak mula berdiet pada Februari. Kongsi Eka, dia mula berdiet kerana mengikuti jejak langkah suaminya di samping mengikut saranan doktor agar mendapat haid yang teratur. […]
Risau Kes COVID-19 Makin Naik, Doktor Ini Kongsikan 5 Perkara Perlu Dijaga Agar Imuniti Anak Kekal Kuat
Keadaan COVID-19 di Malaysia masih lagi berada pada tahap membimbangkan dengan rekod yang dicatatkan baru-baru ini sangat tinggi sejak virus tersebut melanda negara. Susulan itu, orang ramai mula risau terhadap kesihatan masing-masing. Paling menakutkan apabila memikirkan jika virus itu merebak kepada anak-anak kecil. Dalam keadaan ini, pastinya ramai ibu bapa yang risau untuk melepaskan anak […]
“Pakai Acrylic Glue, Bukan Contact Glue”, 9 Tips Penting Kena Tahu Kalau Pertama Kali Nak Pasang “Vinyl Flooring” Dekat Rumah
Pemasangan vinyl di lantai kediaman mahupun ruang pejabat adalah satu pilihan bahan dekorasi menarik yang sering digunakan kini. Ia berikutan rekaannya yang kemas, mudah dipasang, harga mampu milik, senang diselenggara, banyak pilihan dan bermacam-macam lagi. Namun begitu, ada beberapa ‘syarat’ dan tips yang perlu difahami terlebih dahulu sebelum kita buat keputusan untuk memasangnya di lantai […]

(Video) Ini Cara Nak Pasang ‘Smart Switch’, Boleh Kawal Suis-Suis Di Rumah Guna Telefon & Suara Je
Teringat lagi masa dulu, paling tak suka adalah bila dah baring atas katil, mesti rasa malas nak bangun tutup suis lampu kan? Ye, ada juga bila dah gelap, terpaksalah guna lampu pada skrin telefon untuk suluh cahaya kan? Tapi semua masalah itu akan selesai jika rumah korang ada ‘smart switch’. Ia merupakan satu inovasi yang […]

(Video) Sukar Berjalan Kuku Kaki Terlalu Panjang, Kuda Ini Terabai Sejak 10 Tahun Lalu Kini ‘Kacak’ Selepas Dibersihkan
Penjagaan haiwan sebenarnya menelan kos dan memerlukan komitmen yang tinggi. Selalunya, kita dengar haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing, tetapi kali ini SK nak kongsikan nasib seekor Kuda yang ‘disimpan’ sejak 10 tahun lalu. Ya, menerusi perkongsian daripada laman Facebook The Dodo memaparkan seekor Pony yang tidak pernah keluar dari rumah tuannya sejak 10 tahun lalu […]
Tak Mahu Pelajar Ketinggalan, Guru Ini Gigih Datang Rumah Pelajar Dan Mengajar Guna Dulang
Seorang guru dilaporkan telah menggunakan dulang aluminium sebagai pengganti papan hitam untuk mengajar anak muridnya, lapor Tribun News. Guru yang bernama Susilawati itu dikatakan melawat pelajarnya setiap hari dan mengakui bahawa anak muridnya sukar memahami sekiranya hanya dijelaskan secara lisan. Mangajar di SDN 131 Manyollong, Kecamatan Sinjai Tengah, Sulawesi Selatan, Susilawati aktif mengunjungi rumah pelajar […]
OPPO Lancarkan Peranti A93 Dengan 6 Kamera Portrait AI Dengan Harga Mampu Milik Yang Menjadi Kegemaran Ayda Jebat
OPPO secara rasminya telah mengumumkan bahawa siri model terbarunya iaitu OPPO A93 bakal menembusi dan dijual dalam pasaran Malaysia, dan yang paling bestnya, walaupun dengan harga mampu milik, OPPO A93 ni dilengkapi dengan pelbagai fungsi hebat yang memang setanding dengan telefon pintar berharga mahal! Ada 6 Kamera AI, design yang ultra-slim dan ultra-lightweight dan storage […]
“Pedal Brek Bergetar,” 7 Tanda Brek Kenderaan Perlu Diperiksa Yang Pemandu Mesti Tahu
Setiap pemandu pastinya sangat pakar dengan jalan raya yang dilalui setiap hari apatah lagi dengan ‘selok belok’ mengenai kenderaan yang dinaiki, ia perlulah sentiasa diperiksa dengan teliti. Kebiasaannya, pemeriksaan bahagian enjin selalu mendapat perhatian kerana terkadang ia akan menghadapi masalah yang tidak terjangka. Bukan itu sahaja, brek kereta juga sememangnya perlu dititikberatkan agar dapat mengelak […]
Hanya Jual Pekasam Daging, Wanita Ni Dah Buka Kilang Sendiri, Niat Nak Bantu Wanita Lain Berjaya
Setiap orang sudah pastinya dikurniakan dengan nikmat rezeki yang berbeza. Cepat atau lambat, setiap rezeki yang ditetapkan pasti akan diperolehi jua. Alangkah senangnya jika apa yang diinginkan terus datang bergolek tanpa kita perlu melakukan apa pun. Namun, rezeki tidak ‘berfungsi’ dengan cara itu, setiap orang diseru untuk sentiasa berusaha mendapatkannya dan mengubah kehidupan masing-masing. Ya, […]
“Mungkin Tabiat Itu Lucu, Tapi..,” Dikenali Sebagai ‘Head Pressing’, Ini Yang Pemilik Kucing Dan Anjing Perlu Tahu
Tak dapat dinafikan bahawa ramai yang mempunyai haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing. Manakan tidak, telatah haiwan tersebut pastinya akan menambat hati sesiapa sahaja yang melihat mereka. Kehadiran mereka di dalam rumah bagaikan menjadi penyeri. Namun, disebalik kenakalan dan kegirangan mereka, anda juga perlu sentiasa memerhati tahap kesihatan mereka. Terkadang, ada ‘tanda-tanda’ yang dianggap biasa […]