Gaya hidup
Ini 23 Barang Boleh Beli Di Shopee Untuk Mereka Yang Cari Idea Hias Bilik Tidur
Memiliki tempat tidur yang cantik dan selesa merupakan impian setiap orang. Tetapi ramai yang tak tahu cara menghias bilik supaya kelihatan cantik dan menarik. Susun atur dan perhiasan dalam bilik memainkan peranan penting dalam memberi suasana bilik tidur yang lebih tenang dan selesa sepanjang berada di dalam bilik. Bilik tidur yang cantik, menarik dan bersih […]

Berilhamkan Jam ‘Klasik’ 1989 Tapi Lebih Canggih, CASIO Keluarkan Enam Model G-SHOCK Dengan Rekaan Moden
Jenama CASIO sememangnya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia. Ia adalah antara jam tangan yang paling sinonim dengan ketahanan dan kelasakan dalam kalangan para pemakai jam tangan. Tak kisahlah anda nak gaya korporat, fesyen comel ala Korea ataupun sporty, CASIO ada semuanya. Paling penting, ia adalah jam tangan mampu milik yang ‘gagah’. Setakat […]
Awas, Ini Antara 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur Yang Perlu Dielakkan
Setiap orang sememangnya perlu tidur untuk merehatkan diri dan mengembalikan tenaga setelah seharian menjalankan aktiviti. Pun begitu, sekiranya tidur secara berlebihan akan mendatangkan bahaya kepada seseorang. Portal Hello Doktor ada menyenaraikan 7 bahaya sekiranya terlebih tidur, malah ada yang hingga boleh meragut nyawa. Berikut adalah perkongsiannya: Tidur malam berkualiti baik untuk proses pemulihan tubuh. Tapi […]

(Video) Kanak-Kanak Sedekah Jualan Buat Pakcik Tua, Tak Mahu Terima Bayaran Buat Warganet Tersentuh
Orang kata, tak perlu tunggu kaya untuk berbahagi rezeki. Kongsi sahaja apa yang kita ada kerana sebahagian daripada rezeki kita, ada hak orang lain. Seperti dilakukan seorang kanak-kanak bernama Fahry, 7 tahun di Bukit Tinggi, Padang, Indonesia ini. Dalam perkongsian video oleh seorang wanita, Nyna Chan, kelihatan dua orang kanak-kanak sedang membawa bakul dipercayai makanan […]
Boleh Ke Kita Buat Sebarang Aktiviti Di Tanah Pusaka Atau Pertanian Di Kawasan Kabel Voltan Tinggi? Ini Jawapannya
Pernah tak korang terjumpa kawasan yang lapang dan dipenuhi dengan pencawang eletrik bervoltan tinggi? Tidak dinafikan tempat sebegitu sangat berbahaya. Tetapi masih ada individu yang sering berada di kawasan seperti itu. Jadi, timbul persoalan bolehkah kita lakukan sebarang aktiviti di kawasan kabel voltan tinggi ini? Penjelasan yang dikongsikan ini akan memberi jawapan kepada pertanyaan anda. […]

Beli 14 Barang Ini Dari Shopee Untuk Hias Bilik Tidur Korang Jadi Cantik Dan Kemas
Mesti ada orang yang jenis suka tukar-tukar tema bilik tidur kan? Ye, tak dinafikan mesti akan rasa bosan dengan corak, warna dan susun atur dalam bilik. Tapi masalah sekarang adalah bajet. Mana taknya, setiap kali deko mesti menelan kos yang tinggi. Jadi, SK hari ini ingin kongsi beberapa barang ‘makeover’ bilik tidur yang tidak menggunakan […]
Rumah Apartment Atau ‘Landed’, Mana Lagi Best?
Korang kalau nak pilih rumah, mestilah cari yang selesa kan? Dalam masa sama, korang mesti akan pilih jenis rumah yang sesuai mengikut kepentingan semasa. Ada yang kerja kat bandar, tapi pilih nak tinggal kat luar bandar. Mungkin sebab diorang nak ‘larikan’ diri daripada hiruk-pikuk kota lepas tamat waktu kerja. Ada juga yang kerja kat bandar […]
5 Kesalahan Besar Kita Selalu Buat Bila Nak Cat Rumah Menurut Tukang Cat
Projek mengecat rumah atau tempat kerja bukan sahaja cantik bila dikongsikan di media sosial bahkan ia juga mempengaruhi ‘mood’ seseorang. Ye lah, kalau di rumah, dari pagi hingga ke malam kita akan lihat dinding yang sama kan. Tetapi, sebelum korang mula mengecat, korang kena juga tahu cara-caranya, bukan main redah je. Mana taknya, selalu tonton […]
Tabung Musa’adah COVID-19 Belanja RM4 Juta Bantu Golongan Memerlukan
PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) — Tabung Musa’adah COVID-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-Yayasan Waqaf Malaysia (Jakim-YWM) telah menyalurkan RM4 juta bagi membantu golongan memerlukan yang terkesan akibat pandemik itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata tabung itu secara keseluruhannya telah menerima sumbangan kira-kira RM6 juta daripada syarikat […]
Sambutan Istimewa Tahun Baru Cina Bersama Melinda Looi dan Sherson Lian
Kuala Lumpur – Sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga mungkin terhad bagi kali ini tetapi itu tidak bermakna kita tidak dapat meraikan bersama keluarga tersayang. Buat pertama kalinya, Airbnb bekerjasama dengan empat personaliti berbakat dari Malaysia untuk menganjurkan Pengalaman Atas Talian (Online Experience) yang istimewa. Pengalaman Atas Talian ini akan dihoskan oleh pereka fesyen terkemuka […]

‘UDA’ Serah Lebih 300 Buah Rumah Kepada Penduduk Tanjung Tokong
GEORGETOWN, Pulau Pinang – Seramai lebih 300 penduduk penempatan semula Tanjung Tokong Fasa 4A akan berpindah ke rumah baru mereka yang diberikan percuma oleh UDA Holdings Berhad (UDA), syarikat pemaju hartanah dan pengurusan aset, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC). Pangsapuri Warisan Tanjung Fasa 4A yang mula dibangunkan pada 27 Oktober 2014 adalah […]
Jangan Buang Sampah Korang, Jom Tukar Sampah-sampah Di Rumah Dengan Thrash4cash & Boleh Dapat Duit
Dulu-dulu kita mesti selalu dengar kempen kitar semula yang selalu diiklankan di kaca televisyen, kan? Jangan tak tahu, sebenarnya usaha kitar semula sampah terbuang ini masih lagi diteruskan, ianya semata-mata mahu menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar di sekeliling kita. Sebelum ini mungkin agak sukar kita nak cari tong sampah kitar semula yang ada tiga […]
(Video) “Dengan Bunyi Cicak Lagi…”, Reaksi Jurubahasa Pasrah “Green Screen” Tiba-tiba Tercabut Ketika Rekod Video Bikin Ramai Terhibur
Di kala pandemik ini, bermacam-macam cara kita usahakan demi memastikan sesuatu tugasan itu dilakukan dengan sempurna. Seperti golongan pendidik misalnya, waktu inilah untuk mereka memaksimumkan tahap kreativiti masing-masing dalam menyampaikan ilmu. Tidak kiralah apa yang jadi, yang penting ianya ‘sampai’ ke penerima. Baru-baru ini, warganet Hafiz Azhari berkongsi rakaman video ibunya sedang beraksi di depan […]
(Video) Lelaki Sewakan Diri Untuk Tak Buat Apa-apa, Terima Bayaran Lebih RM300 Untuk Setiap Pelanggan
Dalam keadaan ekonomi dunia yang dalam tempoh pemulihan pada ketika ini, ramai yang bergelut untuk mencari rezeki. Dengan penutupan beberapa sektor penting seperti pelancongan, pastinya sukar untuk mencari pekerjaan. Namun, tahukah anda bahawa tidak membuat apa-apa pun boleh menjadi sumber pendapatan. Pekerjaan ‘sewa orang yang tidak melakukan apa-apa’ itu dilakukan oleh seorang lelaki dari Jepun […]
(Video) Mak Ayah Meninggal Menjelang Hari Bahagia, Wanita Tahan Sebak Akad Nikah Sebelah Van Jenazah Bawa Jasad Orang Tuanya Ke Kubur
Menghadapi detik pemergian kedua-dua ibu bapa di depan mata adalah tempoh paling sukar bagi setiap insan bernama anak. Apatah lagi jika mereka pergi kerana diuji dengan sakit dan musibah yang tidak tidak diduga sama sekali. Begitulah seperti yang dirasai oleh seorang individu di negara jiran, Indonesia ini apabila kedua-dua orang tua pergi menghadap Ilahi kerana […]
(Video) Meluncur Lebih 240km Sejam, Arab Saudi Rancang Bina “Roller Coaster” Terpantas Di Dunia
Arab Saudi dilapor sedang membangunkan sebuah roller coaster terpanjang, tertinggi dan terpantas di dunia. Roller coaster tersebut, Falcon’s Flight yang dibangunkan syarikat pelaburan Qiddiya itu dilapor mampu meluncur laju sehingga lebih 244 kilometer sejam. Projek mega berkenaan bertempat di Six Flag Qiddiya, sebuah taman tema hiburan berkeluasan 79 ekar yang sedang dibina di Riyadh. Difahamkan, […]
(Video) Kecewa Pelanggan Lesap Batal “Order” Beratus, Abang Foodpanda Sedekah Makanan Dekat Orang Ramai
Beberapa hari lalu, tular mengenai seorang rider Foodpanda yang ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan tidak memunculkan diri untuk mengambil makanan. Makanan yang berharga lebih RM100 itu belum dibayar. Dalam keadaan panas terik, Anas Mansor dilihat kecewa dengan perkara tersebut. Ramai yang tertanya-tanya apakah yang berlaku pada makanan yang banyak itu, adakah ia dijual? […]
Hotel Empat Bintang Buka Gerai Nasi Bajet Untuk Kelangsungan Operasi
KUALA TERENGGANU, 6 Feb (Bernama) — Demi kebajikan 156 pekerja dan kelangsungan operasinya, Duyong Marina & Resort (DMR) mengambil inisiatif mewujudkan gerai nasi bajet RM3 untuk menjana pendapatan sampingan. Resort empat bintang milik kerajaan negeri Terengganu yang terletak di Pulau Duyong itu mula membuka operasi gerai itu berhampiran Jambatan Sultan Mahmud di sini pada Khamis […]
(Video) Siap Bertepuk-tampar, Gelagat Ayah Layan Anak Borak Dalam Bahasa “Baby” Sampai Ketawa Terkekek-kekek Bikin Ramai Terhibur
Hubungan ayah dengan anak kecil selalunya lebih rapat dengan cara bergurau senda, bergelak ketawa, bermain permainan bersama-sama dan sebagainya. Kadang-kadang golongan ayah-ayah ini perlu bertukar identitinya menjadi kanak-kanak semata-mata nak ‘masuk’ dalam jiwa anak kecil mereka. Bila kedua-duanya sudah ‘serasi’, maka barulah rasa seronok itu datang. Baru-baru ini seorang ayah, Mohamad Syafiq Mahpiz berkongsi video […]
“Jemaah Haji Jepun Ni Tak Ada…”, Mungkin Ada Yang Tertanya-tanya, Rakyat Malaysia Ini Kongsi Macam Mana Jepun Urus Jemaah Haji
Sebagai rakyat Malaysia, agak mudah untuk kita mengerjakan ibadah haji kerana negara kita ada institusi utama yang mengelolakannya iaitu Lembaga Tabung Haji. Tapi pernahkah kita terfikir, bagaimana pula dengan negara lain? Adakah mereka juga ada ‘Lembaga Tabung Haji’ sama seperti di Malaysia? Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun, Zunita Ramli ada berkongsi […]