Gaya hidup›Travel
Masjid Nabawi Didakwa Kosong, Pelajar Dedah Keadaan Sebenar
Sejak beberapa hari ini, tular beberapa foto yang menunjukkan suasana lengang di sekitar Masjid Nabawi susulan daripada tercetusnya kes virus Covid-19 di negara itu. Secara tidak langsung, wujud rasa kebimbangan dalam kalangan orang ramai termasuk para jemaah Haji dan Umrah. Walaupun begitu, seorang pelajar dari Islamic University of Madinah, Najmi Farisham menafikan cerita yang digembar-gemburkan […]
Dapat Selamatkan Nyawa, ‘Pilot’ Dedah ‘Seat’ Paling Selamat Dalam Kapal Terbang
Pasti ramai diantara kita yang mempunyai perasaan takut dan fobia untuk menaiki pesawat. Jika ada perkhidmatan awam lain yang boleh digunakan tanpa perlu menaiki pesawat, pastinya perkhidmatan itu yang akan diutamakan. Namun begitu, sebagai seorang yang mempunyai fobia menaiki pesawat, persoalan tentang tempat duduk yang paling selamat di dalam pesawat pasti pernah bermain-main di fikiran […]
“Jangan Terlalu Baik,” Foto Gadis ‘Belek’ Baju Di ‘Mall’ Selepas Dipercayai Minta Dana ‘Backpackers’
Melancong ke luar negara sememangnya termaktub dalam salah satu aktiviti impian yang sukar untuk direalisasikan kebanyakan daripada kita. Selain daripada menyeronokkan, melancong juga banyak memberi manfaat kepada kita. Bagi yang ingin melancong dengan kos yang agak kecil, kaedah melancong secara ‘backpacking’ adalah merupakan jalan penyelesaian bagi merealisasikan impian untuk melawat ke negara orang. Mereka yang […]
COVID-19: Tangguh Dulu Perjalanan Ke Korea Selatan, Itali Dan Jepun- KKM
Kuala Lumpur, 28 Feb – Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai agar menangguhkan perjalanan ke beberapa negara berikutan penularan wabak COVID-19. Dalam kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, beliau berkata terdapat peningkatan kes di empat negara. “Orang ramai dinasihatkan agar menangguhkan lawatan ke Korea Selatan, Itali, Jepun dan Iran berikutan peningkatan kes […]
Gantung Sementara Visa Umrah, Puluhan Ribu Jemaah Terjejas
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Kira-kira 15,000 hingga 20,000 jemaah Malaysia yang bakal berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah pada Mac dijangka terjejas berikutan pendaftaran visa dalam talian disekat sekitar tengah hari tadi. Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji, Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata setakat ini, tiga negara iaitu Malaysia, Brunei […]
(Video) Kerajaan Bakal Beri Baucer Digital RM100 Bagi Pelancongan Dalam Negara
Kuala Lumpur, 27 Feb – Kerajaan mengumumkan pemberian baucer bernilai RM100 seorang bagi pelancongan domestik. Hal ini bagi merangsang permintaan dalam industri pelancongan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara sejak penularan wabak COVID-19. “Bagi membantu aliran tunai dan mengurangkan kos perniagaan bagi syarikat yang terjejas oleh COVID-19, kerajaan mencadangkan bagi tempoh 6 bulan mulai April hingga […]

COVID-19: Syarikat Penerbangan Perlu Kurangkan Promosi Kekang Penularan – TPM Thai
BANGKOK, 26 Feb — Syarikat penerbangan disaran mengurangkan jualan dan promosi murah terutamanya ke negara-negara yang dilanda COVID-19 bagi mengekang penularan virus berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kesihatan Awam Thailand, Anutin Charnvirakul. Beliau juga menggesa warga Thailand agar mengelakkan perjalanan tidak perlu ke negara-negara yang dilanda virus itu, sebaliknya melancong di dalam negara […]
Covid-19: Singapura Bakal Sekat Pelancong Dari Dua Kawasan Di Korea Selatan
SINGAPURA, 25 Feb (Bernama) — Singapura bakal melarang kemasukan pelancong dari Daegu dan Cheongdo susulan peningkatan bilangan kes positif COVID-19 dari kedua-dua bandar Korea Selatan itu, kata Kementerian Kesihatan Singapura (MOH). Menurut satu kenyataan di sini hari ini, kementerian itu berkata semua pelancong baharu yang mempunyai sejarah perjalanan ke kedua-dua bandar dalam tempoh 14 hari […]
Timbalan Menteri Kesihatan Iran Disahkan Positif Covid-19
Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Iraj Harirchi, disahkan positif Covid-19, ketika situasi semasa wabak itu di negara Republik Islam dilaporkan semakin memburuk. Iraj telah dikuarantin sehari selepas mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah kematian Covid-19 di Iran sebenarnya masih rendah, tidak seperti yang dibimbangkan. Menurut Daily Mail, laporan berkenaan telah menimbulkan andaian bahawa Kementerian Kesihatan Iran gagal dalam […]

AirAsia X Tawar Tempat Duduk Promosi 1 Juta
KUALA LUMPUR, 23 Feb — Syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di Asia, AirAsia menawarkan pelanggan satu juta tempat duduk berharga sifar bagi perjalanan ke destinasi jarak jauh seperti Australia, Jepun, Korea, Taiwan dan India. Tambang promosi yang ditawarkan oleh syarikat sekutunya, AirAsia X adalah percuma, tidak termasuk cukai dan yuran, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari […]
Warga Jepun Disahkan Positif Covid-19 Selepas Pulang Dari Indonesia
Seorang lelaki warga Jepun telah disahkan positif dijangkiti wabak novel koronavirus (COVID-19) selepas dia pulang daripada Indonesia, lapor agensi berita NHK. Menurut NHK, majlis perbandaran Tokyo telah memaklumkan pada Sabtu bahawa seorang penduduk Tokyo yang berusia 60 tahun telah dijangkiti dengan virus Covid-19. Lelaki tersebut merupakan seorang pekerja di sebuah pusat jagaan orang tua-tua. Dia […]

“Tindakan Yang Menjijikkan,” Air Liur Meleleh Pada Butang Lif Cetus Kemarahan
Wabak COVID-19 tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih dalam jangka masa yang terdekat apabila 77,903 kes dan 2,360 kematian telah dicatatkan di seluruh dunia setakat ini. Pakar dan para doktor di seluruh dunia menasihatkan agar langkah penjagaan perlu dititikberatkan agar virus tersebut tidak berterusan merebak kepada individu yang lain termasuk tidak batuk dan bersin di tempat […]
“Perjalanan Rasa Seperti Selamanya,” Gadis Dedah Kisah Seram Tumpangkan Nenek ‘Diburu’ Jin
Selama ini kita sering ‘dihidangkan’ dengan pelbagai kisah menyayat hati mengenai individu tidak kira tua atau muda mengalami kesusahan dengan ada di antara mereka yang hanya mampu berjalan kaki untuk sampai ke destinasi yang ditujui. Mujurlah ada insan yang baik hati membantu menumpangkan mereka. Pun begitu, kita sendiri juga seharusnya lebih berwaspada agar tidak terjerat […]
KKM Sahkan Pasangan Suami Isteri Positif Covid-19 Atas Kapal Diamond Princess Stabil
Rakyat Malaysia yang disahkan positif Covid-19 atas kapal persiaran The Diamond Princess dilaporkan stabil, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu perkongsian di akaun Twitter rasminya. Sepasang suami isteri berumur 71 dan 66 tahun yang pernah disahkan positif Covid-19 sebelum ini telah dibawa ke Hospital Fujita Nagoya dan dilaporkan stabil. Perkembangan terkini 4 rakyat Malaysia […]

Tak Perlu Ke Luar Negara, Taman Bunga Matahari Dah Ada Di Perlis, Sesuai Untuk Kaki “Insta”
Pokok bunga matahari atau nama saintifiknya Helianthus annuus ialah sejenis pokok semusim dalam keluarga Asteraceae yang berasal dari benua Amerika, dengan kepalanya berkuntum besar. Ia merupakan bunga yang sangat cantik dan kelihatan segar, di mana penanamannya sangat pesat di beberapa buah negara seperti di eropah. Bagi rakyat negara ini, berkunjung ke negara jiran, Thailand, merupakan satu pilihan utama […]
Tempoh Kuarantin 14 Hari Tamat, Penumpang Diamond Princess Mula ‘Turun’ Kapal
Penumpang yang disahkan negatif Covid-19 mula dibenarkan meninggalkan kapal persiaran Diamond Princess itu pada Rabu. Ini merupakan pertama kali penumpang dibenarkan meninggalkan kapal itu berikutan dikuarantin selama 14 hari, tidak termasuk orang yang dirawat di bawah serta lebih 300 warga Amerika Syarikat (AS) yang dibawa pulang dan dikuarantinkan di AS. Terdapat sejumlah 545 kes Covid-19 […]
Wanita Di Arab Saudi Kini Bebas Merokok Di Khalayak Umum
Sebuah pemandangan yang tak biasa dilihat kini sedang terjadi di Arab Saudi. Dalam pemandangan tersebut, kelihatan kaum wanita di negara pengeluar minyak itu bebas merokok di khalayak umum. Perbuatan wanita Arab Saudi merokok di khalayak umum itu belum pernah lagi terjadi sebelum ini. Menurut akhbar Japan Times, perbuatan itu dibuat sebagai simbol kebebasan. Diketahui sebelumnya, […]

Netizen Teruja Tengok Papan Iklan McD Sangat Kreatif, Terkini Dengan Tulisan Jawi Pula
Perbadanan McDonald’s merupakan rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di dunia, melayan hampir 47 juta pelanggan setiap hari. Jenama McDonald’s boleh didapati di lebih 100 buah negara di seluruh dunia. Baru-baru ini, seorang lelaki iaitu Akhi Fairuz telah berkongsi sebuah posting di laman Twitter mengenai iklan billboard Mcdonald dalam tulisan jawi di Alor Setar. Namun, […]
(Video) Gua Lipas Terbesar Di Dunia Ada Di Sabah, Sedang Menanti ‘Tetamu’ Datang Melawat
Sebut nama pun orang dah geli, inikan pula bila menjejaki sebuah gua yang sangat terkenal dengan kehadiran beribu-ribu haiwan kecil, lipas ini di dalamnya. Lipas merupakan antara serangga yang menjadi ‘musuh’ kepada manusia. Tetapi jika ada rakan atau diri sendiri untuk mencabar diri mengatasi masalah takut pada serangga kecil ini, korang boleh berkunjung ke Gua […]
Covid-19: Senator AS Dakwa Virus Bermula Dari Makmal Dan Bukannya Dari Pasar
Senator Republikan Tom Cotton dari Arkansas pada Ahad telah ‘menuduh’ China menipu berkenaan dengan tahap keburukan wabak koronavirus yang berlaku dan berpendapat bahawa virus ini mungkin berasal daripada makmal bio-keselamatan di Wuhan. Dalam satu temu bual yang dilakukan di Sunday Morning Futures menerusi saluran Fox News, Cotton sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan China telah “menipu sejak dari awal […]