Gaya hidup›Kesihatan

Berita
Pemakaian ‘Face Mask’ Di Luar Rumah Tidak Diwajibkan Berkuatkuasa 29 Mac – PM Singapura
Pemakaian pelitup muka di Singapura kini dilonggarkan apabila orang ramai boleh memilih untuk tidak memakainya di luar rumah, lapor South China Morning Post. Pun begitu, orang ramai tetap perlu memakai pelitup muka di dalam ruangan yang tertutup. Kelonggaran itu merupakan salah satu daripada perubahan berkaitan sekatan COVID-19 yang telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Lee Hsien […]
Berita
Individu Lengkap Vaksin, Dos Penggalak Boleh Balik Kampung Sambut Aidilfitri – Jokowi
JAKARTA, 24 Mac (Bernama) — Memandangkan bulan Ramadan semakin hampir dan bilangan kes harian COVID-19 yang disahkan di Indonesia terus menurun, Indonesia mengumumkan menarik balik sekatan ke atas solat terawih dan kepulangan rakyatnya ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya. Masjid dibenarkan mengadakan solat terawih berjemaah pada bulan Ramadan dan individu lengkap divaksin dengan […]
Berita
Kes Baharu COVID-19 Catat Peningkatan, 99 Peratus Daripadanya Adalah Kategori 1 & 2
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman rasmi Twitter memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 22,491 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan semalam (23 Mac 2022). Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini bertambah kepada 3, 771, 463 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 22, 109 kes tempatan manakala 382 kes lagi adalah kes import. […]
Berita
Khairy Akan Adakan Sidang Media Petang Ini
Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin akan mengadakan satu sidang media dijangka pada pukul 5.00 petang, hari ini. Bagaimanapun, perkara yang akan diumumkan di dalam sidang media itu tidak didedahkan. Orang ramai boleh menyaksikan sidang media itu secara langsung di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Terdahulu, Khairy telah memaklumkan mengenai fasa peralihan Malaysia ke endemik dalam […]
Luar Negara
Vaksin Moderna Terhadap Kanak-Kanak Tunjuk Kesan Positif
Vaksin Moderna yang digunakan terhadap kanak-kanak menunjukkan kesan positif dan sama seperti orang dewasa, lapor CNN. Menurut CNN, keputusan sementara penggunaan vaksin untuk kanak-kanak bawah enam tahun itu diumumkan Moderna hari ini. Difahamkan, suntikan vaksin untuk kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun diselaraskan sebanyak dua dos bersamaan 25 mikrogram. Jelas Moderna, tindak balas imunisasi […]
Luar Negara
Lelaki Terkejut Ketahui Dirinya Ada ‘Empat Buah Pinggang’
Seorang lelaki terkejut apabila mengetahui dirinya memiliki empat buah pinggang serentak di dalam badan, lapor BBC. Lelaki berkenaan, Stuart Middleton, 46, tersedar selepas menjalani prosedur pembedahan kedua menerima buah pinggang baharu daripada seorang penderma. “Saya terkejut apabila mendapat tahu. Saya tidak tahu mereka telah meninggalkan buah pinggang lama dalam diri saya juga. “Muatkan tubuh saya […]
Berita
Pautan Janji Temu Dos Penggalak, Sistem MySejahtera Alami Isu Teknikal – KKM
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) – Ibu bapa dan penjaga yang telah membuat janji temu dos penggalak bagi remaja berusia bawah 17 tahun, diminta membatalkan janji temu berkenaan dan tidak perlu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Unit MySejahtera Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, individu dewasa yang membuat janji temu bagi mendapatkan […]
Kesihatan
Jangan Ambil Mudah, Susah Untuk Bernafas Antara Kesan Ambil Kafein Berlebihan
Kafein menjadi salah satu kandungan di dalam minuman yang sangat digemari oleh ramai orang. Antara contoh minuman yang mengandungi kafein selain kopi adalah teh dan coklat. Tidak dapat dinafikan bahawa minuman berkafein adalah selamat untuk diminum. Meskipun begitu, jika diambil dalam kuantiti yang banyak, kafein boleh menyebabkan kesan sampingan yang mempengaruhi kualiti hidup seseorang individu. […]
Gaya hidup
Lelaki Kongsi Tips Untuk Turunkan Berat Badan Secara Sihat Di Bulan Puasa
Bila masuk bulan puasa, pasti ramai yang turut mengambil peluang untuk menurunkan berat badan dan menanam azam untuk mencapai sasaran berat yang diinginkan. Manakan tidak, pola makan akan dapat dikawal dengan lebih mudah ketika berpuasa. Menurut Hello Doktor, perubahan pola makan sepanjang bulan Ramadan di mana hanya mengambil makanan sewaktu berbuka dan sahur saja, dilihat […]
Kesihatan
Kuku Hitam Berdaki Boleh Sebabkan Empat Penyakit Termasuk Jangkitan Salur Darah
Kuku yang kotor berwarna hitam dan berdaki boleh menjadi punca pelbagai penyakit yang berbahaya kepada seseorang. Mana tidaknya, bahagian kuku itu jugalah yang masuk ke mulut kita ketika makan menggunakan tangan setiap hari. Bagi mereka yang merasakan bahawa penjagaan kuku tidaklah sepenting penjagaan bahagian tubuh lain, perkongsian oleh Portal kesihatan, Hello Doktor mengenai punca empat […]
Kesihatan
Rupanya Kena Ada Empat ‘Happy Hormon’ Ini Untuk Buatkan Anda Rasa Bahagia
Tahukah anda, terdapat empat jenis happy hormon dalam tubuh yang memainkan peranan penting untuk membantu meningkatkan perasaan yang positif termasuk perasaan bahagia dan gembira seseorang individu. Hormon merupakan sejenis bahan kimia (dengan struktur kimia tertentu) yang dihasilkan oleh kelenjar tertentu untuk berhubung dan memberikan isyarat serta mengawal fungsi badan. Oleh itu, setiap hormon memainkan peranan […]
Kesihatan
COVID-19: 21,483 Kes Baharu Direkodkan, 73 Kes Kematian
KUALA LUMPUR – Sebanyak 21,483 kes positif harian COVID-19 direkodkan setakat tengah malam semalam (22 Mac 2022). Menurut data yang dikemaskini di laman COVIDNOW, kes baharu yang dicatat melibatkan 21,089 kes tempatan, manakala 32,814 lagi adalah kes import. Jumlah berkenaan menjadikan bilangan kes kumulatif bertambah sebanyak 4,032,435 kes. Sementara itu, terdapat 73 kematian baharu termasuk […]
Gaya hidup
Postur Badan Bongkok, Wanita Lebih Berisiko Mengalami Bongkok Sabut
Postor badan bongkok adalah suatu masalah yang biasa didengari dalam kalangan masyarakat. Selalunya, masalah ini hanya dihadapi oleh orang yang sudah dewasa atau golongan yang sudah berumur. Walau bagaimanapun, perasan tak ada di kalangan kita juga postur badannya sudah bongkok, lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita. Sesetengah kanak-kanak juga mengalami masalah ini. Persoalannya, bagaimana ia boleh […]
Gaya hidup
5 Negara Beri Cuti Bersalin Terpanjang Di Dunia, No. 1 Paling ‘Best’
Di Malaysia, ibu yang baru melahirkan berhak mengambil cuti selama 98 hari dan bapa pula mendapat cuti selama tujuh hari seperti yang diumumkan oleh kerajaan hari ini. Sebenarnya, cuti bersalin yang diberikan mempunyai banyak kebaikan kepada bakal ibu dan anak. Seseorang wanita yang sudah sampai ‘masa’ untuk melahirkan anak, mereka boleh cuti awal. Bagaimanapun, ia […]
Gaya hidup
“Basuh Atau Lap Saja, Tak Perlu Korek Pun”, Doktor Kongsi 5 Anggota Badan Bersifat ‘Self-Cleaning’
Anggota badan kita ada antaranya yang bersifat self cleaning. Self cleaning bermaksud sesuatu anggota tubuh itu boleh bersihkan ‘dirinya’ sendiri secara semulajadi dan bukan melalui tindakan fizikal kita. Tidak dinafikan, ramai yang suka mengorek telinga dan beberapa lagi anggota badan yang lain. Kadangkala bukan untuk mencuci pun, sebaliknya hanya sekadar untuk ‘kepuasan’. Mana tidaknya, kalau […]
Kesihatan
Berbuka Puasa Dengan Merokok, Boleh Atau Berbahaya?
Berbuka puasa dengan rokok bukanlah satu perkara yang pelik lagi mustahil bagi sesetengah mereka yang gemar merokok. Menyentuh tentang puasa, kita semua sudah maklum bahawa ia adalah ibadah yang memerlukan kita untuk menahan diri daripada lapar, dahaga dan hal-hal lain yang boleh membatalkannya. Namun apabila selepas berbuka puasa dengan makanan, lalu dituruti dengan sebatang rokok, […]
Gaya hidup
Hukum Lelaki Khatan Tidak Sempurna, Mufti Perjelas Kekeliruan Ini
Khatan bagi lelaki dalam keadaan yang tidak sempurna semestinya akan menimbulkan syak. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan status ibadah, kesucian, faktor kesihatan dan seumpamanya. Dalam Islam, khatan diwajibkan ke atas lelaki sebelum mereka menginjak ‘akil baligh’ ataupun matang. Berkhatan dipercayai dapat menyucikan alat sulit daripada berlaku pembiakan kuman yang boleh memudaratkan. Namun timbul juga persoalan, adakah […]
Gaya hidup
Ujian Saringan Tak Batalkan Puasa? Ini Sebabnya
Bagi umat Islam, bulan Ramadan merupakan bulan mulia yang paling ditunggu-tunggu. Umum mengetahui, puasa bermaksud menahan diri daripada makan, minum dan hubungan seksual dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Memasukkan sesuatu ke dalam tubuh badan tanpa sebab yang munasabah seperti makanan atau apa sahaja bentuk boleh menyebabkan terbatalnya puasa itu. Maka, timbul persoalan adakah boleh […]
Berita
Ini Sebab Kenapa Anda Kena ‘Verified’ Akaun MySejahtera Segera
MySejahtera memaklumkan bahawa tanda sah (verified) hanya akan dipaparkan pada akaun mereka yang telah mengesahkan maklumat identiti diri (MySJ) dan tarikh lahir. Menerusi kenyataan di Twitter, pihak MySejahtera berkata akaun yang telah disahkan memastikan ciri yang ada di aplikasi itu dapat digunakan sepenuhnya. Sebagai contoh, ada individu yang tidak dapat melihat sijil vaksinasi mereka di […]
Berita
Negara Rekod Trend Penurunan Kes COVID-19 – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Kes positif harian COVID-19 negara terus mencatatkan trend penurunan apabila 17,828 kes direkodkan semalam berbanding 19,105 kes pada 20 Mac, menjadikan 4,010,952 kes kumulatif. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 17,828 kes positif COVID-19 yang dicatatkan semalam, sebanyak 9,121 kes atau 51.16 peratus melibatkan kategori satu […]