Gaya hidup›Kesihatan

“Dahlah ‘Fake’ Dr. Lepas Tu Buat Service Haram, Suruh Patient HIV Stop Ubat?” – Doktor
Kini, terdapat pelbagai jenis ‘scammer’ yang menjalankan operasi bertujuan menipu orang ramai dan mengambil duit mereka. Namun, jika seseorang itu menyamar menjadi seorang doktor tanpa kelayakan yang sepatutnya, ia secara tidak langsung membahayakan individu ataupun pesakit. Seorang doktor telah berkongsi isu doktor palsu yang dikatakan membuat servis secara haram dan menyuruh pesakit HIV berhenti mengambil […]

Kenapa Ibu Mengandung Perlu Dapatkan Suntikan Vaksin Influenza?
Setiap ibu mengharapkan agar bayi yang dikandung selama sembilan bulan sepuluh hari itu lahir dalam keadaan sihat dan normal. Oleh sebab itu, penting untuk seorang ibu mendapatkan imunisasi. Hal ini kerana, ia mampu mencegah jangkitan kuman yang boleh membawa kepada risiko kesihatan kepada bayi. Doktor Muhammad Izzat dalam satu perkongsian menceritakan betapa pentingnya suntikan vaksin […]
“Jiwa, Fikiran Dan Hidupku Dirampas”, Pelajar Kejuruteraan Terjun Dari Menara Setinggi 187 Meter Di Kaherah
Kaherah, Mesir – Seorang pelajar jurusan kejuruteraan di Universiti Helwan dilaporkan terjun dari puncak menara Kaherah hujung minggu lalu. Nader Mohamed, 20, didakwa mempunyai krisis psikologi dan pernah memberitahu rakannya niat untuk membunuh diri. Video yang tersebar di internet menunjukkan pemuda berkenaan memanjat tembok di tingkat 187 menara berkenaan sebelum terjun. Seorang lelaki dilihat cuba […]

5 ‘Auta’ Pekerja Malaysia Nak Dapat Surat MC Buat Doktor Ini Geram
Terdapat banyak kes tipu mengenai Medical Sickness Certificate atau lebih mesra dikenali dengan M.C. Seorang doktor telah memuat naik satu kiriman tentang ragam serta karenah pesakit yang terpaksa dihadapi oleh doktor semata-mata ingin mendapatkan MC. Rata-rata pesakit yang datang ke klinik atau pusat perubatan sudah menghajatkan MC itu sejak dari mula. “Aku datang berhajatkan MC” […]

Demam Campak Ragut Nyawa Lebih 60 Kanak-Kanak Di Samoa
Bilangan kanak-kanak yang kehilangan nyawa akibat campak meningkat di Samoa. Elsie, seorang ibu turut sedih kerana terpaksa kehilangan anak perempuannya disebabkan wabak campak ini. Sejak Oktober, lebih 60 orang kanak-kanak meninggal. Kebanyakan daripada mereka berusia bawah dari 4 tahun. Di negara yang seramai 200,000 penduduk itu sudah terdapat 4000 kes yang melibatkan campak. Perdana menteri […]
Semua Jenis Kerang-Kerangan Kuala Penyu Tidak Selamat Dimakan Buat Sementara Waktu, Toksin Melebihi Paras Bahaya
Kota Kinabalu – Semua kerang-kerangan seperti tiram, dalus dan remis dari Kuala Penyu dilaporkan tidak selamat dimakan buat sementara waktu. Bacaan sel dinoflagellate Pyrodinium bahamense dan toksin paralitic shellfish poisoning (PSP) telah dikesan melebihi paras bahaya dalam kerang-kerangan. Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong dalam kenyataan semalam berkata, kejadian tersebut dikenal pasti melalui […]
Anak Demam Lebih 3 Hari Hidap Influenza B, Hadif Meninggal Dunia Pada Tarikh Hari Lahirnya
Kehilangan insan tersayang sangtlah perit, tambahan pula ada pertalian darah dengan kita. Tiada siapa yang akan memahami perasaan itu. Mana tidaknya, insan yang ‘pergi’ itu anak kesayangan yang ditatang minyak yang penuh. Hanya jiwa yang tabah sahaja dapat menerima ujian Allah yang sudah ditentukan takdir olehNya. Namun, ibu mana yang tidak bersedih dengan pemergian anak […]

Dr Amalina Minta Selebriti Perjelas Dakwaan Promosi Iklan ‘Over Claim’
Menceburi bidang perniagaan sememangnya peluang yang tidak mahu dilepaskan oleh kebanyakan orang yang mahu memperbaiki kehidupannya. Bukan sahaja dalam kalangan masyarakat, golongan artis dan selebriti juga tidak melepaskan peluang untuk menceburi bidang ini. Terbaru, seorang selebriti terkenal, pengacara dan usahawan berjaya sedang giat mempromosikan produk terbarunya dibawah kategori makanan dalam kalangan peminat dan orang awam. […]
Ada Luka Tapi ‘Main’ Banjir, Anda Berisiko Dijangkiti Kencing Tikus
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai untuk tidak bermain air ketika musim banjir yang melanda negara pada ketika ini bagi mencegah penyakit-penyakit berjangkit seperti Leptospirosis (kencing tikus) dan Melioidosis melalui air tercemar. Penyakit-penyakit berjangkit ini boleh mendatangkan risiko yang tinggi kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kulit mahupun luka daripada terkena penyakit ini. Menerusi kenyataan […]
Penyelidik Dapati Perut Boroi Mungkin Boleh Menyebabkan Otak Jadi Kecil- Kajian
Saintis mendapati lemak perut berlebihan menjadi tanda pengurangan jisim kelabu di dalam otak, menjurus kepada pengecutan otak. Menurut kajian yang diterbitkan jurnal perubatan ‘Neurology’, individu yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) dan nisbah pinggang-ke-pinggul yang tinggi memiliki isipadu otak di bawah paras normal. Kajian ke atas 9,652 individu dengan purata umur 55 tahun itu mendapati […]

Jangan Main Air Banjir, Ada Risiko Terkena Jangkitan Kencing Tikus – KKM
Ketika ini keadaan banjir khususnya di Pantai Timur masih lagi berlarutan. Menurut laporan berita, jumlah mangsa di Kelantan dan Terengganu lebih 15,000 orang. Dalam pada itu, menerusi Bernama TV, Kementerian Kesihatan Malaysia mengingatkan kesemua mangsa agar tidak bermain dengan air banjir terutama seklai jika ada luka atau masalah kulit. Ini kerana, bagi mencegah risiko jangkitan […]

Jantung Terhenti Boleh Terjadi Bila-Bila Masa, Walau Anda Sedang Bersukan, Ini Sebabnya
Kejadian pemain bola sepak profesional liga Inggeris Fabrice Muamba, 23, yang tiba-tiba rebah di tengah padang semasa perlawanan yang disiarkan secara langsung di televisyen pada Mac 2012, benar-benar mengejutkan. Jantung pemain muda yang sihat itu terhenti berdegup selama 78 minit sebelum ia berfungsi semula. Mujurlah tindakan pantas pasukan perubatan dan pakar kardiologi yang berada di […]
“Lepas Sunat Terus Naik Bas,” Ketabahan Anak Lelaki Ini Buat Netizen Sebak
Memandangkan musim cuti sekolah ini, pasti ramai di antara ibu bapa yang akan langsungkan majlis khatan anak lelaki mereka. Pengalaman ini boleh dianggap sebagai pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh sesiapa sahaja. Di Malaysia, majlis seperti sudah menjadi lumrah kehidupan semua orang. Tidak kira kaya atau kurang mampu, perkara yang wajib perlu diselesaikan. Bagaimanapun, kisah […]
(Video) Terima Kasih Geng Nelayan, Bantu Ikan Paus Lepaskan Tali Tersangkut Di Badan
Tular satu video di mana seekor ikan Hiu Paus di perairan Malaysia mendekati bot nelayan untuk memohon pertolongan. Difahamkan melalui video tersebut, ikan ini menghampiri para nelayan tersebut untuk membuka tali ikatan yang terlekat pada tubuhnya. Melalui perkongsian daripada Persatuan Haiwan Malaysia, pihak mereka mengucapkan tahniah kepada kumpulan yang berjaya menjadi penyelamat kepada ikan ini […]

Ini Jawapan JAKIM Tentang Isu Status Halal Tealive, Chatime Dan Coolblog
Sudah menjadi kebiasaan orang ramai akan mencuba makanan terbaru tambahan pula jika ia diviralkan. Seperti air minuman boba yang ternyata mendapat tmepat di hati masyarakat. Setiap hari boleh dikatakan ada sahaja individu yang akan memuat naik di laman media sosial. Namun, sejauh mana kebenaran tentang minuman boba ini? Seperti yang semua tahu, sudah banyak kedai […]
Kenapa Kita Tutup Mata Ketika Bersin? Ini Jawapannya
Bersin merupakan pengeluaran udara yang bergelora, separa automatik dari paru-paru melalui hidung dan mulut. Bersin boleh tercetus dari zarah asing yang mengganggu murkosa hidung. Bersin juga boleh dicetus melalui pendedahan mengejut kepada cahaya, jangkitan virus serta perut yang agak penuh. Kadang kala bersin membuatkan kita tidak selesa untuk melakukan sebarang pekerjaan. Bayangkan anda sedang menunggang […]
5 Tips Untuk Ibu Hamil Hadapi Banjir Yang Cik Suami Perlu Tahu
Bencana alam seperti banjir adalah satu situasi yang tidak boleh dijangka. Paras air boleh meningkat secara mendadak jika hujan tidak turun tidak henti-henti. Ekoran dari kejadian banjir, banyak rumah yang tenggelam dan juga penduduk yang dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat. Doktor Muhammad Izzat ada berkongsi sedikit tip untuk ibu hamil dalam menghadapi situasi banjir. […]

Tragedi Banjir: Kanak-Kanak 7 Tahun Jadi Mangsa Pertama Maut Akibat Mati Lemas
KOTA BHARU, 2 Dis – Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, yang dikhuatiri lemas lewat petang semalam di Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh ditemui maut pagi ini. Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pasukan penyelamat menemui mayat Mohammad Ilham Hasmadi, di sebuah bendang kira-kira 400 meter dari tempat mangsa dikatakan terjatuh pukul 8.00 pagi ini. […]
Dipercayai Hampir 10 Kesan Cucuk, KKM Tampil Siasat Isu Tangan Bayi
Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai perkongsian gambar yang memaparkan tangan seorang bayi dengan kesan suntikan yang banyak. Menurut laporan media tempatan, tangan bayi yang baru dilahirkan itu dilihat mempunyai kesan cucuk hampir 10 kali bertujuan untuk ambil darah. Ekoran daripada perkara itu, Kementerian Kesihatan tampil untuk menyiasat dakwaan tersebut. Timbalan Menteri […]

Kencing Dalam Kolam Renang? Ini Bahaya Yang Menanti Anda
Mandi di dalam kolam renang menjadi aktiviti yang menyeronokkan terutamanya bagi kanak-kanak. Tetapi dalam keseronokan berenang, ada di antara yang senyap-senyap melepaskan ‘hajat’ di dalam air. Perbuatan ini bukan sahaja menjijikkan malah tidak beretika dan berbahaya! Nak tahu kenapa? Teruskan membaca perkongsian oleh Hello Doktor seperti di bawah. Satu perbuatan yang tidak beretika Ya, membuang […]