Gaya hidup›Kesihatan
Koronavirus: 74 Kontak Rapat Rakyat Malaysia Pertama Yang Dijangkiti Dikenal Pasti
PUTRAJAYA, 5 Feb (Bernama) — Sejumlah 74 orang telah dikenal pasti melalui pengesanan kontak susulan kes pertama rakyat Malaysia dijangkiti novel koronavirus 2019 (2019-nCoV), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata daripada jumlah itu, 35 kontak rapat telah dikesan dan sampel telah diambil daripada mereka. “Selepas itu, kesemua kontak rapat ini akan diletak di […]
Wakil WHO Puji Tindakan Malaysia Tangani Koronavirus
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) — Seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memuji tindakan pihak berkuasa Malaysia dalam mengurus dan membendung penularan jangkitan novel Koronavirus 2019 (2019-nCoV). Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura Dr Lo Ying-Ru berkata kerajaan negara ini cemerlang dalam melakukan siasatan kesnya selain telus berkongsi perkembangan terkini bukan hanya kepada WHO tetapi juga […]
SUHAKAM Pandang Serius Kes OKU Dijatuhi Hukuman Penjara Kerana Cuba Bunuh Diri
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan berkenaan dengan sabitan serta hukuman yang dikenakan terhadap seorang lelaki kelainan upaya (OKU) yang cuba membunuh diri di Kuala Terengganu baru-baru ini. Difahamkan, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu telah dijatuhi hukuman penjara 6 bulan. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, SUHAKAM menyatakan bahawa penahanan serta pendakwaan terhadap […]
Jackie Chan Tawar RM 580,000 Untuk Sesiapa Yang Dapat Hasilkan Penawar Koronavirus
Pelakon bintang Hong Kong, Jackie Chan menawarkan ganjaran sebanyak 1 juta yuan (RM 580,000) kepada sesiapa sahaja yang berjaya mencipta penawar bagi virus maut dari Wuhan yang telah meragut ratusan nyawa. Pelakon yang membintangi filem terbarunya iaitu Vanguard, telah memuat naik satu perkongsian di akaun sosial media Weibo miliknya berkenaan dengan rasa keprihatinannya tentang isu […]
Remaja OKU Ditemui Mati, Tak Mampu Urus Diri Selepas Ayah Dikuarantin Kerana Koronavirus
Seorang remaja OKU di China meninggal dunia selepas bapa serta abangnya dikuarantin kerana disyaki dijangkiti koronavirus. Mayat Yan Cheng, 16, telah ditemui dirumahnya pada Rabu, seminggu selepas bapa dan abangnya dikuarantin. Menurut BBC, remaja lelaki tersebut hanya diberi makan dua kali sehari sejak virus maut yang telah membunuh ratusan nyawa di China itu tular. Kisah […]
Menteri Sahkan Kejadian Di KLCC, Masih Tunggu Keputusan Ujian Koronavirus
Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan kejadian tular di KLCC tengah hari tadi. Menurutnya, wanita tersebut dipercayai merupakan warga Kanada. Beberapa orang yang lengkap berpakaian ‘Hazmat suit’ juga turut digegaskan ke lokasi kejadian susulan daripada insiden tersebut. “Saya pun baru sahaja menerima maklumat berkenaan dengan insiden itu dan saya kira kita punya […]

Novel Koronavirus Bukan Pandemik, Penting Tangani Maklumat Salah – WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa mengatakan novel koronavirus belum menjadi pandemik, justeru memerangi penularan ‘khabar angin atau maklumat palsu’ kini menjadi sangat penting, lapor agensi berita Xinhua. Pengarah Persediaan Bahaya Penyakit Berjangkit Global WHO Dr Sylvie Briand pada satu taklimat di Geneva berkata WHO percaya wabak itu bukan pandemik, tetapi ia adalah wabak yang memberikan kesan […]
Doktor Ini Cuba Beri Amaran Awal Koronavirus Tapi Dituduh Sebar Berita Palsu
Di sebalik kekalutan wabak global koronavirus pada waktu ini, sebenarnya terdapat seorang doktor yang menyedari bahayanya virus ini sebelum ianya merebak seperti sekarang. Pada awal Januari yang lalu, pihak berkuasa di bandar Wuhan, China dikatakan cuba untuk menyembunyikan penemuan virus berkenaan. Namun, apabila seorang doktor cuba memberi amaran kepada rakan-rakan saintis mengenai wabak itu, polis […]
Pakar Patologi Indonesia Percaya Kelawar ‘Buah’ Bawa 6 Jenis Virus, Termasuk Koronavirus
Wabak Koronavirus yang bermula dari negara Tembok Besar China kini sudah menjadi perhatian dunia. Bukan itu sahaja, wabak ini mendapat perhatian daripada Ahli Patologi Fakulti Kedoktoran Haiwan, Prof Agus Setiyono mengkaji punca wabak ini. Menurut Prof Agus, wabak Koronavirus ini merebak daripada kelawar pemakan buah. Dalam penyelidikan itu, pakar menemui enam jenis virus baharu pada […]
Lebih Baik Kami Mati Di Rumah Daripada Dikuarantin – Penduduk Wuhan
Jangkitan koronavirus membawa maut yang telah menular di seluruh China dan lebih 27 negara dan wilayah yang pertama kali dikenal pasti di bandar Wuhan, wilayah Hubei, mempunyai populasi seramai 11 juta penduduk. Wenjun Wang adalah antara salah seorang penduduk bandar Wuhan, Wang seorang suri rumah berusia 33 tahun, dan tinggal bersama keluarganya di bandar itu sejak […]
Elyana “Throwback” Kali Pertama Buat Kimoterapi, Tetap Senyum Lawan Kanser Tahap 4
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi lagu Kalis Rindu, Elyana yang berjuang dengan kanser yang dihadapinya merebak ke tulang belakang ketika itu. Elyana menerusi satu kiriman status di laman Instagramnya berkongsi pengalaman lepas semasa menjalani rawatan kemoterapi buat pertama kali setelah disahkan menghidap kanser tahap 4 waktu itu. “Hadapi dengan senyuman” Throwback.Ini ketika chemotherapy pertama […]
Air Ketum Tidak Boleh Rawat Kencing Manis & Darah Tinggi, Hanya Mitos – Pakar
KANGAR, 5 Feb — Tanggapan masyarakat bahawa air ketum mampu merawat penyakit diabetes dan darah tinggi adalah tidak benar dan ia hanyalah mitos kerana tiada bukti secara klinikal atau saintifik bahawa ia mampu mengubati penyakit ‘dua serangkai’ itu. Ramai yang percaya air ketum mampu menurunkan paras gula berlebihan dalam darah sekiranya diambil secara tradisional dengan membuang urat tengah daun tersebut, […]

(Gambar) Kapal Mewah Jepun ‘Diamond Princess’ Jadi ‘Kapal Berhantu’ Selepas Penumpang Positif Koronavirus
Selepas seorang lelaki berusia 80 tahun dikatakan sah dijangkiti koronavirus, sebuah kapal persiaran telah dikuarantin oleh kerajaan Jepun bagi mengelakkan virus itu daripada merebak. Disebabkan itu juga, kapal persiaran berkenaan digelar sebagai ‘Kapal Hantu Koronavirus’. Tindakan itu adalah ekoran pemeriksaan terhadap seorang lelaki yang menaiki kapal itu di Hong Kong pada 25 Januari lalu disahkan […]

Jangan Ambil Mudah Jika Gatal-Gatal Ketika Hamil, Ada Risiko Bayi Mati Mengejut
Rasa gatal mungkin dianggap sebagai perkara biasa. Namun ada kala kegatalan yang dialami itu tidak boleh diabaikan terutamanya jika ia melibatkan ibu hamil. Tetapi kenapa ya? Rasa gatal Kegatalan kulit yang dialami oleh individu yang hamil mungkin merupakan salah satu kesan sampingan kehamilan. Keadaan ini dipanggil sebagai Obstetric Cholestasis (OC), Cholestasis of pregnancy atau intrahepatic cholestasis of pregnancy. Ia menyebabkan kegatalan […]

“Kita Boleh Halang Virus Ini..,” Dr Amalina Jelaskan Bagaimana Koronavirus ‘Serang’ Sel Manusia
Wabak global Koronavirus sehingga kini telah meragut kira-kira 492 nyawa dan telah menyebabkan kebimbangan dalam komuniti dunia. Disebabkan itu, pelbagai langkah pencegahan dan berjaga-jaga dilaksanakan bagi memastikan virus ini tidak terus merebak ke dalam badan manusia. Tidak hanya berdiam diri, Dr Amalina juga turut berkongsikan pendapat dan pengetahuannya mengenai virus yang sedang melanda dunia pada […]
Koronavirus: Masjid Tumpuan Pelancong Terima Pembersih Tangan Dan Tisu Basah
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) — Prihatin dengan isu jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) dan sebagai langkah berjaga-jaga, kerajaan mengambil langkah mengagihkan pembersih tangan dan tisu basah kepada masjid yang menjadi tumpuan pelancong di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata ia merupakan antara […]
Ladang Di Arab Saudi Dilanda Virus Selesema Burung, Lebih 22,000 Ekor Ternakan Mati
Arab Saudi mengesahkan penularan wabak selesema burung H5N8 di sebuah ladang ternakan tempatan yang menyebabkan kematian puluhan ribu ekor unggas. Berdasarkan laporan Business Insider, lebih 22,700 ekor unggas mati ekoran virus itu. Memetik laporan kementerian pertanian, Pertubuhan Kesihatan Haiwan Dunia (OIE) mendakwa penularan wabak penyakit itu bermula di wilayah Sudair, 150 kilometer dari ibu negara, […]
Budak Positif Koronavirus Dirawat Di Langkawi Sudah Sihat, Kes Pertama Berjaya Dipulihkan Di Malaysia
Seorang kanak-kanak perempuan warga China yang disahkan positif dijangkiti koronavirus dan dirawat di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi telah dibenarkan pulang. Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hasil ujian pengesanan yang dilakukan ke atasnya mendapati bahawa kanak-kanak itu telah dilaporkan bebas daripada jangkitan virus maut tersebut. “Dalam tempoh rawatan dan pemantauan ini, […]
Lebih 1,000 Ekor Babi Di Pulau Bali Mati Dipercayai Kerana Wabak Misteri?
Selepas Filipina mengesahkan kes wabak African Swine Fever (ASF), kini lebih 1,000 ekor babi di Indonesia pula dilaporkan mati dalam keadaan misteri. Babi yang dilaporkan mati pada 31 Januari lalu disahkan mempunyai simptom seakan ASF iaitu demam panas, muntah dan cirit birit. Sampel darah dari bangkai haiwan berkenaan telah diambil untuk ujikaji bagi mengenalpasti punca […]
Thailand Sahkan Enam Kes Koronavirus Baharu, Satu Kritikal
BANGKOK, 4 Feb (Bernama) — Thailand hari ini mengesahkan enam kes baharu novel Koronavirus 2019 (2019-nCoV), menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dijangkiti di negara itu setakat ini ialah 25, termasuk seorang dalam keadaan kritikal. Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Suwanchai Watthanatingcharoen berkata enam pesakit itu terdiri daripada empat rakyat Thailand – iaitu pasangan yang baru pulang dari Jepun, dua pemandu […]