Gaya hidup›Kesihatan

(Video) Wanita Cemas Ingatkan Diacu ‘Pistol’ Rupanya Alat Pengesan Suhu Haba
Wabak koronavirus yang sedang melanda dunia sekarang ini telah menyebabkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, pelbagai langkah dilakukan untuk mencegah daripada virus ini terus merebak. Bagi medium pengangkutan awam, setiap pemandu akan mengesan suhu penumpang sebelum dibenarkan masuk bersama penumpang lain. Namun lain pula yang berlaku menerusi satu rakaman tular di media sosial. Menerusi […]
Koronavirus: WHO Isytihar Darurat Kesihatan Global, Kes Jangkitan Makin Meningkat
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak koronavirus baharu sebagai ‘darurat kesihatan global’, selepas Jawatankuasa darurat bermesyuarat pada Khamis di Geneva. Minggu lalu, WHO menyatakan bahawa virus tersebut belum lagi sampai ke tahap yang memerlukan pengisytiharan darurat. Tetapi dengan jumlah kes yang semakin meningkat serta bukti jangkitan dari manusia ke manusia betul-betul berlaku, kepimpinan WHO […]
Enam Pesakit Koronavirus Dibenarkan Keluar Hospital Di Thailand
BANGKOK, 30 Jan (Bernama) — Enam daripada 14 pesakit 2019 novel koronavirus dibenarkan keluar hospital, kata Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Thailand Dr Sukhum Kanchanapimai. Beliau berkata pada masa ini terdapat 135 pesakit disyaki dijangkiti virus itu dikuarantin di hospital. “Lapan lagi pesakit yang disahkan dijangkiti virus itu masih menerima rawatan di hospital. Mereka semakin pulih, “ kata […]
Khasiat Cengkih Mampu Rawat Pencernaan Serta Gigi Lebih Sihat
Cengkih digunakan sebagai kegunaan utama dalam masakan, antaranya adalah sebagai bahan rempah untuk membangkitkan aroma dan juga bagi menambah rasa sedap. Justeru, bagi yang gemarkan haruman enak dalam hidangan disediakan, khususnya masakan menggunakan kari atau berasaskan pajeri dan acar, jangan lupa mencampurkan bunga cengkih. Selain menyedapkan masakan, dikatakan membantu meningkatkan kesihatan dalam penyediaan makanan. Misalnya, […]
Luluh Hati Bapa Lihat Tangisan Anaknya, Terpaksa Berpisah Dengan Ibu Kerana Koronavirus
Pilu hati seorang suami apabila terpaksa memisahkan anak dan ibunya kerana terpaksa meninggalkan isterinya di China akibat wabak Koronavirus itu. Rakyat Britain akan dipindahkan dari Wuhan akan dikuarantinkan selama dua minggu di pangkalan tentera United Kingdom (UK). Jeff Siddle dari Northumberland bakal menaiki pesawat tanpa isterinya, Sindy yang tidak ditawarkan tempat duduk didalam pesawat berkenaan […]
Lelaki Kongsi Perbezaan Saiz Badan Selepas 5 Tahun Amal ‘Diet Meal’ Ini
Pasti ramai yang masih tercari-cari mengenai diet yang boleh diamalkan oleh seseorang individu untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal dan juga sihat. Sekarang banyak diet yang telah diperkenalkan, namun ianya mungkin boleh mendatangkan risiko terdapat diri seseorang yang mengamalkannya. Selain itu, ramai juga yang telah mengamalkan diet dalam jangka masa yang agak lama, namun beratnya […]

(Video) Rumah Dipalang Besi, Elak Penghuni Keluar Dan Dijangkiti Virus
Wabak koronavirus sehingga kini masih membimbangkan apabila dilaporkan jumlah kematian telah meningkat kepada 170 orang. Pelbagai langkah berjaga-jaga dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan keadaan ini tidak bertambah parah. Antara langkah yang dibuat adalah dengan mengenakan kuarantin kepada penghidap virus ini agar tidak menjangkiti individu lain. Perkara ini adalah kerana koronavirus mudah merebak daripada pertemuan […]
Malaysia Lebih Proaktif Bendung Jangkitan Koronavirus Berbanding SARS 2002
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) – Tindakan Malaysia membendung penularan penyakit berjangkit 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) disifatkan lebih bersedia, pantas serta proaktif berbanding ketika berdepan wabak berbahaya dahulu seperti Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS), virus Nipah, serta Ebola. Pakar penyakit berjangkit Datuk Dr. Christopher K.C. Lee berkata, berdasarkan pengalaman negara dalam mengawal kes-kes penyakit berjangkit terdahulu menjadikan Malaysia lebih […]
Jack Ma Derma RM57 Juta Untuk Hasilkan Vaksin Koronavirus
Jack Ma, pengasas Ali Baba dan lelaki terkaya di China telah mendermakan RM57 juta ($14 juta) melalui organisasinya untuk membantu mencari vaksin bagi coronavirus Wuhan. Jutawan itu telah memperuntukkan sebanyak 40 juta Yuan bagi dua organisasi penyelidikan kerajaan China menurut kiriman yang telah dimuat naik di laman media sosial Organisasi Jack Ma. Selain itu, menurut […]
Kes Koronavirus Di Kedah Terkawal, Jangan Sebar Berita Palsu – Mukhriz
ALOR SETAR, 29 Jan – Kerajaan Kedah menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu mengenai jangkitan 2019 novel koronavirus, kononnya ia kian merebak di negeri ini, berikutan seorang kanak-kanak disahkan positif penyakit itu di Langkawi. Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata setakat ini situasi di Kedah masih terkawal dan hanya seorang kanak-kanak perempuan warga China […]
Apple Mengehadkan Perjalanan Pekerjanya Ke China
MOSCOW, 29 Jan (Bernama) — Syarikat Apple mengehadkan perjalanan pekerjanya ke China berikutan wabak koronavirus, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tim Cook dalam satu wawancara dengan penyiar CNBC, lapor agensi berita Sputnik. “Kami hadkan pekerja melakukan perjalanan ke negara itu,” kata Cook pada Selasa sambil menambah syarikat turut menyediakan kit penjagaan kepada pekerja yang bertugas berdekatan […]
Bawa Pelancong Dari Wuhan, Pemandu Bas Jadi Kes Pertama Jangkitan Antara Manusia Di Jepun
Jepun, 29 Jan – Seorang pemandu bas disahkan positif koronavirus selepas dia dipercayai membawa pelancong dari Wuhan pada awal bulan ini. Kes ketujuh di Jepun ini merupakan jangkitan antara manusia yang pertama berlaku di sana melibatkan mangsa yang tidak pernah pergi ke Wuhan, pusat penularan wabak itu. Mangsa dilaporkan membawa pelancong dari Wuhan sebanyak dua […]
Virus Koronavirus Mungkin Boleh Merebak Sebelum Simptom Timbul- Menteri China
China, 29 Jan – Menteri Kesihatan China, Ma Xiaowei mendakwa novel koronavirus boleh tersebar sebelum pembawa menunjukkan simptom. Pembendungan jangkitan berada pada tahap yang mustahak, katanya. Hal ini dipersetujui Dr. William Schaffner, penasihat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat. “Ini bermakna jangkitan ini lebih mudah berjangkit berbanding yang kita fikirkan sebelum ini,” katanya […]

(Video) Lelaki Berang Gara-Gara Ubat Habis Stok, Bertindak Buka Topeng Dan Batuk Pada Petugas
Wabak koronovirus telah menyebabkan kebimbangan kepada ramai orang kerana boleh meragut nyawa. Pelbagai langkah menangani virus ini dilakukan seperti mendapatkan pemeriksaan dan ubat daripada hospital. Menerusi satu rakaman yang tular, seorang lelaki dipercayai dengan sengaja telah membuka topeng mukanya dan melepaskan batuk kepada kedua-dua petugas perubatan. Tindakan itu dibuat berikutan ubat yang diminta olehnya telah […]
Suka Sangat Gigit Kuku, Wanita Derita Jangkitan Kuman, Merebak Hingga Ke Lengan
Seorang wanita memberi amaran kepada golongan yang suka menggigit kuku mereka agar tidak melakukannya lagi selepas rakannya dijangkiti kuman yang mungkin membawa maut. Wanita dari Scotland itu telah memuatnaik satu posting di Facebook miliknya bersama gambar-gambar kuku yang terkena jangkitan serta memberi amaran kepada orang ramai tentang potensi bahaya akibat daripada tabiat buruk itu. Beliau […]
Australia Rancang Kuarantin Rakyatnya Pulang Dari Wuhan Di Pulau
Ratusan warga asing mula meninggalkan Wuhan setelah penularan wabak koronavirus semakin serius di China dengan 132 kematian dan lebih 6000 kes dicatatkan. Kes jangkitan di Jepun dan Jerman menunjukkan kemungkinan berlakunya penyebaran virus dari manusia ke manusia. Lantaran itu, beberapa negara termasuk Jepun dan Australia mula mengambil inisiatif untuk membawa pulang rakyatnya yang terperangkap di […]
Bilangan Kes Postif Koronavirus Di China Kini Melepasi Angka Kes Wabak SARS 2003
Kini, jumlah kes Novel Koronavirus yang sedang melanda di seluruh China dilaporkan telah melepasi jumlah kes SARS yang telah berlaku pada tahun 2003 di negara itu. Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China berkata pada hari Rabu angka kematian wabak Koronavirus meningkat kepada 132 pada lewat hari Selasa dengan mencatatkan 1,459 lagi kes baru telah disahkan. As […]
Kerajaan Sedia Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan -PM
PUTRAJAYA, 29 Jan (Bernama) — Malaysia bersedia membawa pulang rakyatnya yang kini berada di Wuhan, China berikutan wabak 2019 novel koronavirus jika dibenarkan kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Untuk tujuan itu, beliau berkata kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar akan memulakan rundingan secepat mungkin dengan kerajaan China. “Mereka (rakyat Malaysia) sekarang […]

Berita Palsu Koronavirus: Polis Buka Lima Kertas Siasatan
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka lima kertas siasatan berhubung penyebaran khabar angin dan berita tidak sahih berkaitan jangkitan 2019 novel koronavirus di laman sosial. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata siasatan dijalankan sejak 24 Jan lepas setelah mendapati penularan berita palsu yang dibuat menerusi empat akaun Facebook […]
(Video) Korban Masa Demi Nyawa, Pekerja Kilang Buat ‘Mask’ Kerja Keras Pastikan Bekalan Cukup
Wabak penyakit koronavirus yang sedang menular di beberapa buah negara sememangnya membangkitkan kebimbangan dalam kalangan komuniti dunia. Apa tidaknya, koronavirus boleh menyebabkan kematian kepada penghidap virus ini. Pelbagai langkah mencegah dilakukan bagi memastikan virus tersebut tidak mudah berjangkit. Antaranya ialah dengan pemakaian topeng muka yang dapat mengurangkan virus tersebut merebak. Disebalik bekalan stok topeng muka […]