Gaya hidup›Kesihatan
Sekurang-Kurangnya 50 Doktor Di Itali Meninggal Dunia Akibat COVID-19
Sekurang-kurangnya 50 orang doktor maut di Itali akibat koronavirus COVID-19, dedah Persatuan Doktor dan Dentist Kebangsaan Itali, (FNOMCeO). Dari jumlah tersebut, 17 doktor terkorban adalah dari bandar Bergamo, lokasi paling teruk terjejas COVID-19 di negara itu. Jumaat lalu, Itali mencatatkan kematian dalam tempoh 24 jam tertinggi di dunia dengan 969 kematian menjadikan jumlah kematian di […]
Tak Mahu Duduk Rumah, Lelaki Ingkar PKP Sanggup Terjun Laut Lari Dari Polis
Gara-gara tidak mahu dicekup polis kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang lelaki sanggup bertindak terjun ke dalam laut dan berenang kira-kira 50 meter di jeti pendaratan ikan di Jelutong, di sini, hari ini. Malah dia juga enggan naik ke darat walaupun telah dipujuk beberapa kali manakala 13 rakannya berusia 21 hingga 70 tahun […]
Penumpang Penerbangan QR866 Qatar Airways Dari Doha Yang Mendarat Di Pulau Pinang Pada 2 Petang 19 Mac Diminta Segera Hubungi Jabatan Kesihatan
Putrajaya, 28 Mac- Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang meminta penumpang penerbangan QR866 Qatar Airways dari Doha ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada minggu lalu agar menghubungi jabatan tersebut. Permintaan itu melibatkan penumpang QR866 Qatar Airways dari Doha ke LTAPP yang tiba pada 19 Mac lalu, jam 2 petang. “Mohon semua penumpang yang menaiki […]
61 Pesakit COVID-19 Telah Sembuh & Discaj Hari Ini, Keseluruhan 320 Kes Sudah Pulih
WALAUPUN negara mencatatkan satu lagi kematian terbaharu hari ini, iaitu kematian ke-27, ada juga khabar gembira yang perlu kita dengar. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 61 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, 28 Mac 2020. Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih dan sembuh adalah sebanyak 320 kes. Tahniah diucapkan kepada semua […]
TERKINI: 159 Kes Baru COVID-19, Jumlah Keseluruhan Kini 2,320 Kes
Putrajaya, 28 Mac- Kementerian Kesihatan mengumumkan terdapat 159 kes terbaru COVID-19 di Malaysia. Dalam jumlah itu, seramai 73 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi termasuk 54 orang daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. Jumlah kes setakat ini ialah 2,320 kes. Perkembangan terkini #COVID19 di Malaysia, 28 Mac 2020. Bilangan kes baru -159 Jumlah keseluruhan kes – […]
TERKINI: Warga Emas 61 Tahun Korban Terbaru COVID-19, 27 Kematian Keseluruhan Setakat Ini
Putrajaya, 28 Mac- Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan satu lagi kes kematian melibatkan pesakit COVID-19 di Malaysia. Pesakit merupakan kes ke-2162, merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 61 tahun. Pesakit dilaporkan mempunyai latar belakang diabetes dan darah tinggi. Pesakit dimasukkan ke Hospital Tangkak pada 24 Mac sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 […]
Media Antarabangsa Lapor Seekor Kucing Di Belgium Dijangkiti Koronavirus
Media antarabangsa melaporkan seekor kucing peliharaan di Belgium positif koronavirus setelah dijangkiti daripada pemiliknya. Menurut Jakarta Post, jangkitan dari manusia kepada haiwan adalah jarang berlaku. Sebelum ini, dua ekor anjing di Hong Kong turut didakwa positif COVID-19 setelah menjalani ujian saringan ke atas haiwan peliharaan pesakit. Jangkitan itu dilapor berpunca daripada kontak rapat antara haiwan […]
Remaja Perancis Dipercayai Jadi Pesakit Termuda Meninggal Dunia Di Eropah Akibat COVID-19
Daripada batuk biasa dan simptom ringan, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Perancis menjadi pesakit termuda yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada Khamis lalu. Menurut Metro UK, yang hanya dikenali sebagai Julie A dilaporkan mula menunjukkan simptom jangkitan kurang seminggu lalu dan dipercayai tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum ini. “Ia tak dapat ditanggung, ia […]
KKM Tubuh Jawatankuasa Khas Audit Kematian Pesakit COVID-19
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengaudit kematian pesakit COVID-19 di hospital. KKM menerusi satu tweet berkata, jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Pakar Perunding Penyakit Berjangkit, Datuk Dr. Christopher Lee dan dibantu oleh pakar-pakar pelbagai bidang disiplin yang berkaitan. “Setiap butiran pengurusan dan rawatan yang diberikan kepada setiap kes kematian COVID-19 akan diteliti […]
”Roadblock” Di Wilayah Persekutuan Dibekalkan Alat Pemeriksa Suhu Badan Mulai Hari Ini
Putrajaya, 28 Mac- Setiap sekatan jalan raya di Wilayah Persekutuan akan dibekalkan termometer, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa. Alat itu akan digunakan untuk memeriksa suhu badan pengguna jalan raya bagi mencegah penularan COVID-19. “Mulai hari ini semua sekatan jalan raya di Wilayah Persekutuan dibekalkan dengan alat pemeriksa suhu badan. Yang ada tanda […]
Cecair Pembasmi Kuman Bidara Ruqyah Tiada Kelulusan KKM, Orang Ramai Diseru Berhati-Hati
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Orang ramai dinasihati supaya tidak membeli dan menggunakan produk cecair pembasmi kuman ‘Hand Sanitizer Bidara Ruqyah Al-Amin Al-Baghdadi’ yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). KKM dalam kenyataan di Facebook, memaklumkan bahawa semua produk cecair pembasmi kuman perlu dirujuk dengan kementerian dahulu, sebelum dipasarkan di Malaysia untuk memastikan ia berkualiti dan selamat […]
Amerika Kini Negara Paling Teruk Dilanda Wabak COVID-19, Catat Lebih 100,000 Kes Positif
Washington, 28 Mac- Menurut data terkini, Amerika Syarikat (AS) telah mencatatkan lebih 104,142 kes COVID-19 setakat ini. Angka kes menjadikan AS sebagai negara paling teruk terkesan akibat COVID-19 selepas Itali, Sepanyol dan China. Semalam sahaja, sebanyak 18,691 kes terbaru dalam tempoh 24 jam dengan 400 kematian dilaporkan di Amerika Syarikat. Sehingga kini, sebanyak 1,695 kematian […]
(Video) PBB Beri Amaran, Kem Pelarian Syria Boleh ‘Hancur’, Mungkin Diserang COVID-19 Bila-Bila Masa
PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), doktor perubatan dan petugas rawatan memberi amaran tegas bahawa sebuah kem penempatan pelarian di utara Syria bakal hancur jika diserang wabak COVID-19 bila-bila masa. Lebih 1 juta orang pelarian tinggal di kem itu sejak Disember apabila rejim Syria melancarkan serangan untuk merampas Idlib – wilayah terakhir. Pegawai kesihatan di sana menyatakan […]
Jawatankuasa Khas Ditubuhkan Bagi Jalankan Audit Terhadap Kematian Pesakit Covid-19 Di Hospital
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi telah mengumumkan bahawa satu jawatankuasa khas bagi menjalankan audit terhadap kematian para pesakit Covid-19 telah ditubuhkan. Menerusi satu perkongsian yang dikongsi melalui Facebook KP Kesihatan, jawatankuasa itu akan diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Christopher Lee, Pakar Perunding Penyakit Berjangkit dan Mantan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan […]
Satu Kampung Di Indonesia ‘Dikunci’, Lelaki Pulang Umrah Disahkan Positif Covid-19
Sebuah perkampungan di Indonesia mencatatkan kes pertama COVID-19. Mangsa dipercayai baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah Umrah dan disambut secara besar-besaran oleh penduduk di situ pada bulan Februari yang lalu. Menurut portal Tribunnews, kawasan perkampungan di Sulawesi Selatan itu tiba-tiba dalam keadaan ‘pengasingan’ pada hari Jumaat. Ia adalah berikutan seorang penduduk di situ telah disahkan […]
PKP: 11 Individu Termasuk Warga Asing Ditahan Ketika Joging Kerana Ingkar Arahan Polis
Gara-gara tidak mengendahkan arahan polis susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 11 lelaki ditahan ketika joging di sekitar Jalan Mont Kiara dan Jalan Desa Kiara, di sini, hari ini. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata menerusi rondaan dan penguatkuasaan di kawasan itu, empat warga Jepun, dua warga tempatan, dua warga Korea Selatan dan masing-masing seorang warga […]

Covid-19: Singapura Catat 49 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan 732; 183 Pulih
SINGAPURA, 27 Mac (Bernama) — Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) telah mengesahkan tambahan 49 kes jangkitan COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 732 kes dengan 183 pesakit sembuh sepenuhnya. “Daripada sejumlah 49 kes, 27 adalah kes tempatan yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara baru-baru ini,” menurut MOH dalam satu kenyataan di sini hari […]

Kes Positif Covid-19 Di Australia Terus Meningkat, Bayi 5 Bulan Antara Mangsa Terbaru
Bayi berusia lima bulan adalah antara kes koronavirus yang disahkan di Australia. Australia Barat mencatatkan 24 kes baru Covid-19 pada malam Khamis yang membawa kepada jumlah keseluruhan kepada 255. Daripada 24 kes baru, 11 adalah dari penumpang kapal persiaran termasuk Ruby Princess, Ovation of the Seas, Voyager of the Seas dan Celebrity Solstice. Maklumat mengenai […]
Covid-19: Pemakaian Sarung Tangan Di Tempat Awam Kurang Digalakkan – Pakar Perubatan
Pemakaian sarung tangan di tempat awam kurang digalakkan kerana faktornya yang mengurangkan deria sentuhan sekali gus tidak menjamin keselamatan pemakai daripada dijangkiti sebarang penyakit termasuk COVID-19. Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Seremban Dr Nor Izran Hanim Abdul Samad berkata memakai sarung tangan boleh menimbulkan sedikit bahaya kerana mampu memberikan ‘gambaran palsu’ kepada pemakainya apabila mereka […]
Malaysia Dipilih Buat Penyelidikan Penggunaan Ubat Remdesivir Untuk Pesakit Covid-19
Malaysia antara negara yang dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menjalankan penyelidikan penggunaan ubat Remdesivir untuk pesakit COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata antara kriteria yang menyebabkan Malaysia dipilih untuk melaksanakan penyelidikan itu adalah kerana keupayaan dan kemampuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan kajian. “Antara sebab yang kita dipilih ialah kita dah […]