Gaya hidup›Kesihatan
“Air Mata Mengalir Di Celah Mask,” Ebit Lew Kongsi Rintihan Petugas Barisan Hadapan
Pengorbanan yang dilakukan oleh barisan petugas kesihatan pada ketika ini dalam membantu membendung jangkitan Covid-19 sememangnya perlu dihargai dan diberi pujian yang setingginya. Tanpa mengenal penat lelah, mereka bersedia untuk berkorban masa dan tidak bertemu ahli keluarga sendiri. Keperitan yang dilalui mereka dapat dibayangkan menerusi nukilan yang dikirim oleh Ustaz Ebit Lew menerusi laman Facebook. […]

COVID-19: Tempoh PKP Bergantung Kepada Pematuhan
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Telah ‘berbuih mulut’ pihak berkuasa menasihati rakyat agar duduk di rumah dan tidak kurang juga ada yang telah didakwa di mahkamah kerana ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun masih ramai yang degil dan bersikap keras kepala. Ahad lalu sahaja seramai 828 individu ditahan dalam rondaan dan sekatan jalan raya […]
Turut Jadi ‘Frontliner’, Dr Sheikh Muszaphar Luah Rasa Syukur Isteri Negatif Covid-19
Umum mengetahui bahawa negara kita pada ketika ini sedang diuji dengan penularan Covid-19 sehingga kerajaan mengambil keputusan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan. Bagi membendung rantaian penularan virus itu, petugas barisan hadapan juga sedang memainkan peranan mereka tanpa mengenal penat lelah. Isteri Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina juga tidak terkecuali menjadi petugas barisan hadapan bagi membantu […]
Maklumat Penyertaan Sebagai Sukarelawan Bagi Pengendalian Kes COVID-19 DI Fasiliti KKM
Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda wabak pandemik Covid-19. Seperti semua yang telah sedia maklum, angka kes positif serta kematian yang dicatatkan di negara kita sehingga ke hari ini semakin meningkat. Sebagai persediaan, pihak KKM ada membuka khidmat sukarelawan bagi sesiapa sahaja warganegara Malaysia yang layak untuk turut serta membantu petugas barisan hadapan […]
Covid-19: 92 Kes Dirawat Di ICU, 62 Daripadanya Guna Bantuan Alat Pernafasan
Menerusi sidang media berkaitan Perkembangan Covid-19 di negara kita, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan bahawa jumlah kumulatif kes positif mencecah kepada 2626 kes setakat ini. Susulan daripada itu, daripada jumlah tersebut, 94 kes sedang di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Menurutnya, sehingga 30 Mac 2020, 62 kes daripada jumlah yang […]

Kes Covid-19 Di AS Makin Meningkat, Bandar-Bandar Utama Kini Jadi ‘Hotspot Area’
Kematian di New York akibat koronavirus terus meningkat dengan ketara. Dengan bilangan pesakit di ventilator dua kali ganda di New York City, kini pusat wabak kebangsaan, sementara ‘hotspot’ pula di New Orleans, Chicago, Philadelphia dan Detroit dan negeri-negeri yang teruk seperti California dan Washington terus ‘bertempur’ dengan virus itu. Kes yang disahkan di New York […]

Halang Tugas Penjawat Awam Dan Ingkar PKP: Doktor Didakwa
GEORGE TOWN, 30 Mac — Seorang doktor perubatan di sebuah klinik swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menghalang tugas penjawat awam dan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19. Dr Ong Hean Teik, 61, dari Tanjung Bungah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan […]
Aktiviti-Aktiviti Di Rumah-Rumah Ibadat Masih Tidak Dibenarkan – Ismail Sabri
Menteri Kanan(Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan bahawa sebarang aktiviti di rumah ibadat masih tidak dibenarkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua ini. Menurutnya, larangan itu masih lagi kekal seperti sebelum ini “Sama sahaja. Di rumah ibadat kita masih lagi tidak membenarkan. Sembahyang berjemaah di masjid masih lagi tidak dibenarkan. Bukan sahaja masjid, ianya juga […]

Kerajaan Tetap Harga Siling Topeng Muka RM1.50 – Ismail Sabri
Menteri Kanan(Keselamatan), YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dalam satu sidang media yang dilakukan sebentar tadi mengumumkan bahawa kerajaan telah menetapkan harga siling topeng muka kepada RM1.50. Beliau turut menegaskan bahawa topeng muka yang dihasilkan di dalam negara tidak banyak sebaliknya hanya banyak diimport daripada negara luar. “Kita terikat dengan harga topeng yang diimport. […]

Terengganu Batal Penganjuran Bazar Ramadan Tahun Ini
KUALA TERENGGANU, 30 Mac — Kerajaan Negeri Terengganu hari ini mengumumkan pembatalan penganjuran bazar Ramadan pada tahun ini bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak. Beliau berkata, perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu Bagi Menangani COVID-19 yang dipengerusikan […]
Waktu Operasi Kedai Jual Keperluan Makanan Dihadkan Dari 8 Pagi Ke 8 Malam – Ismail Sabri
Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dalam satu sidang media sebentar tadi menyatakan bahawa waktu operasi pasar raya, kedai barangan keperluan harian dan stesen minyak akan dihadkan. Menurutnya, fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan ini akan mengehadkan semua waktu operasi kedai menjual barang keperluan makanan dari 8 pagi hingga 8 malam. Fasa […]
“Ada Hikmah Golongan Ini Terpilih,” Amalan Pelajar Tahfiz Dijangkiti Covid-19 ‘Buka Mata’ Ramai
Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda wabak pandemik Covid-19. Di Malaysia sahaja, jumlah kes yang dicatatkan hari demi hari sehingga kini telah mencecah kepada ribuan orang. Pengorbanan petugas barisan hadapan di negara kita perlu dipuji kerana sanggup merisikokan nyawa mereka demi kesejahteraan negara. Pasti ramai yang tidak tahu tentang keadaan para pesakit Covid-19 […]

Pekerja Swasta Dibenar Hadir Bertugas Sehari Proses Bayar Gaji – KSM
Kerajaan memutuskan untuk membenarkan pekerja Bahagian Kewangan atau Sumber Manusia dalam sektor swasta ke tempat kerja hanya untuk sehari sahaja bagi memproses pembayaran gaji mengikut ketetapan undang-undang. Kementerian Sumber Manusia menyatakan jumlah maksimum pekerja yang dibenarkan untuk tujuan berkenaan ialah dua orang sahaja sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Mereka dibenarkan hadir ke tempat kerja untuk menjalankan urusan […]
Pasar Di China Didakwa Kembali ‘Aktif’, Kelawar Dan Kala Jengking Dijadikan Ubat Tradisional
“Anjing dan kucing yang terkejut, terancam di dalam sangkar berkarat. Kelawar dan kala jengking yang ditawarkan untuk dijual sebagai ubat tradisional. Arnab dan itik disembelih dan disiat kulit bersebelahan di atas lantai batu yang ditutup dengan darah, kotoran dan bangkai haiwan”. Ini adalah adegan-adegan yang amat membimbangkan pada hari ini kerana China meraikan ‘kemenangan’ mereka […]
Kes COVID-19 Di Seluruh Dunia Melebihi 700,000
Jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia melebihi 704,000 pada Ahad, lapor agensi berita Anadolu berdasarkan data dikumpulkan Johns Hopkins University. Virus maut itu kini merebak ke sekurang-kurangnya 177 negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan lebih 33,500 nyawa menjadi korban. Sejumlah 148,824 pesakit telah pulih. Itali, Sepanyol, China dan Iran terus menjadi negara paling banyak […]
CIMB Sahkan Seorang Kakitangannya Positif Covid-19
CIMB Group Holdings Berhad mengesahkan bahawa seorang kakitangannya yang bertugas di Pusat Khidmat Panggilan yang terletak di Menara Southern Bank (MSB) telah disahkan dijangkiti dengan virus Covid-19. CIMB dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman web rasminya menyatakan bahawa kakitangannya itu kini sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan. “Pengesanan kontak rapat kini sedang giat […]

Polis Nafi Dakwaan Penduduk Raub Tidak Boleh Keluar Selepas 12 Tengah Hari
KUANTAN, 30 Mac (Bernama) — Polis menafikan dakwaan penduduk Raub tidak dibenarkan keluar rumah selepas pukul 12 tengah hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang ditularkan di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata pihak polis tidak pernah mengeluarkan kenyataan demikian sama ada menerusi media sosial atau kenyataan media. […]
COVID-19: Kuarantin Di Itali Dilanjutkan
Langkah kuarantin yang dikuat kuasa di seluruh Itali tiga minggu lalu untuk membendung wabak COVID-19 akan dilanjutkan, kata Menteri Kesihatan Roberto Speranza, lapor agensi berita Sputnik. “Hari ini, negara kita masih menjadi pusat krisis. Kita tidak boleh kurangkan langkah pencegahan. Langkah itu akan berakhir pada 3 April dan ia pasti akan dilanjutkan,” kata Speranza ketika […]

Sehingga 200,000 Diramal Maut Akibat COVID-19 Di Amerika Syarikat
WASHINGTON, 30 Mac — Amerika Syarikat mungkin menyaksikan sehingga 200,000 orang maut akibat wabak COVID-19 dan berjuta-juta lagi dijangkiti, kata seorang pegawai penyakit berjangkit pada Ahad. “Melihat kepada keadaan sekarang, kita dijangka menyaksikan antara 100,000 hingga 200,000 kematian,” kata pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan Dr Anthony Fauci kepada CNN. “Kita juga bakal menyaksikan […]
Pelawak Veteran Jepun Meninggal Dunia Akibat Covid-19
Seorang pelawak veteran Jepun yang bernama Ken Shimura dilaporkan telah meninggal dunia pada Ahad akibat dijangkiti wabak Covid-19 di usia 70 tahun. Shimura telah dimasukkan ke hospital pada 20 Mac selepas mengalami gejala demam dan radang paru-paru yang teruk. Beliau telah disahkan positif dijangkiti virus tersebut pada 23 Mac. Difahamkan, beliau juga merupakan penggiat seni […]