Gaya hidup›Kesihatan
Lelaki Kongsikan Kronologi Perjalanan Individu ‘Menapak’ 120 KM Lepas Pulang Dari Jepun
Seorang lelaki yang baru sahaja pulang daripada Jepun nekad untuk meredah sejauh 120km balik ke kampungnya kerana risau dia akan menjangkiti orang lain dengan virus Covid-19. Kisah perjalanannya itu telah menjadi tular di media sosial. Menariknya, dalam perjalanan dia telah ditemani oleh seekor anjing jalanan yang setia. Seorang individu yang bernama Deon Anthony mula tertarik […]

(Video) Tamat Perintah Berkurung, Penduduk Wuhan Mengalukan Pesawat Dan Kereta Api Pertama Di Bandar Itu
Penduduk-penduduk Wuhan telah mengalu-alukan penerbangan dan kereta api pertama yang tiba di bandar itu selepas mereka dikenakan perintah berkurung selama 76 hari bagi mengekang pandemik Covid-19. China sebelum ini mengenakan sekatan perjalanan yang ketat di bandar yang pernah menjadi epicentre pandemik tersebut pada 23 Januari lalu yang memperlihatkan sebanyak 75 tempat kemasukan ditutup. Namun, semalam […]
Perintah Berkurung Di Wuhan Tamat, Penduduk ‘Bergegas’ Rancang Perkahwinan
Apabila bandar Wuhan bebas daripada perintah berkurung selama 76 hari yang dikenakan oleh kerajaan China yang akhirnya ditamatkan pada Rabu, ramai warga Wuhan mengambil keputusan untuk memperingati hari tersebut dengan sesuatu yang istimewa. Hasilnya, sejumlah angka pengguna yang ramai telah membanjiri aplikasi sistem perkahwinan atas talian tempatan, yang mana hanya boleh didapati khas untuk penduduk […]

Haiwan Peliharaan Individu Positif COVID-19 Juga Perlu Dikuarantin
KUALA LUMPUR, 9 April – Haiwan peliharaan milik individu yang disahkan positif COVID-19 perlu diasingkan dan dikuarantin selama 14 hari, bagi tujuan pemantauan kesihatan. Pensyarah Kanan (Imunologi Veterinar) dan penyelidik penyakit haiwan kesayangan, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia, Dr Farina Mustaffa Kamal berkata, sekiranya haiwan tersebut menunjukkan sebarang masalah kesihatan dalam tempoh itu, penjaga […]
Lima Laluan Utama Di Petaling Jaya Ditutup Bermula Jumaat
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Lima laluan utama di Petaling Jaya akan ditutup bermula 12 tengah malam pada Jumaat ini, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata dalam satu kenyataan hari ini lima laluan terlibat ialah: Susur masuk Penchala Link arah Damansara ke Mutiara Damansara […]
“Apa Malaysia Buat?” Lelaki Kanada Persoal Kadar Kenaikan Kes Covid-19 Lebih Tinggi Di Sana Walau Populasi Saiz Sama
Kita semua tahu bahawa hampir semua negara sedang bertungkus-lumus dalam mencegah dan melawan wabak pandemik, COVID-19 daripada terus merebak dan menjadi lebih teruk. Hal ini dapat kita lihat apabila Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu ciapan di Twitter semalam (7 April) berkongsi data statistik dunia dengan kenaikan jumlah kes sebanyak lebih 1.3 juta. Dalam pada itu, […]
COVID-19: Pesuruhajaya Polis Sarawak Positif COVID-19
KUCHING, 8 April — Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail hari ini mengesahkan beliau positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Umum negeri (HUS) di sini. Beliau berkata demikian semasa dihubungi Bernama hari ini untuk mengesahkan laporan sebuah portal dalam talian yang menyebut beliau dimasukkan ke HUS semalam selepas mengalami sakit tekak. Aidi berkata isterinya […]
Selangor Kekal Negeri Paling Tinggi Jangkitan COVID-19, Catat 1,078 Kes Setakat Ini
KEMENTERIAN Kesihatan Putrajaya (KKM) mengeluarkan satu statistik terkini taburan jangkitan COVID-19 di seluruh negara. Menurut KKM, setakat hari ini, Selangor kekal negeri paling tinggi mempunyai jangkitan wabak tersebut dengan jumlah 1,078 kes, diikuti Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur 685 kes, Johor 496 kes dan Sarawak 306 kes. Manakala bagi Kelantan, Perlis dan WP Labuan, tiada […]

Lebih 450 Ribu Jalani Rapid Test COVID-19 Di Indonesia
JAKARTA, 8 April — Lebih 450,000 orang di Indonesia telah menjalani ‘rapid test’ setakat ini sebagai satu usaha pemerintah Indonesia melakukan pengesanan awal jangkitan virus COVID-19. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata ia selaras dengan arahan Presiden Joko Widodo pada 20 Mac lepas yang mahukan rapid test dilaksanakan secara massa, menerusi pemeriksaan sampel […]

Lebih Separuh Daripada 76 Warga Thailand Pulang Dari Indonesia Adalah Pesakit COVID-19
Seramai 42 orang dari 76 warga Thailand yang pulang dari Indonesia pada Isnin lalu merupakan pesakit COVID-19, lapor The Jakarta Post. Dari jumlah tersebut, seramai 22 individu telah dihantar ke pusat kuarantin di Stadium Lak Muang, Songkhla. Sebelas daripadanya merupakan kes disyaki, 10 pesakit positif dan seorang negatif. Tujuh daripada keseluruhan warganegara yang baru pulang […]

Ini Status Terkini 5 Kluster Terbesar COVID-19 Di Malaysia
Putrajaya, 8 April- Kementerian Kesihatan menyenaraikan lima kluster terbesar COVID-19 di Malaysia setakat ini. Kesemua kluster tersebut melibatkan perhimpunan Seri Petaling, persidangan keagamaan di Kuching, majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi, individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali serta terbaru, sub kluster Seri Petaling di daerah Rembau. Sub kluster terbaru itu telah diumumkan oleh Ketua […]

Ruang Dalam Hospital Kecemasan ‘Covid-19’ Terbesar Rusia Telan Belanja 92 Juta Euro Didedah
Rusia sedang dalam usaha membina sebuah hospital ‘Coronavirus’ kecemasan dalam masa kurang satu bulan. ‘Wajah’ wad hospital itu tersebar di media sosial dengan jumlah kos pembinaan dikatakan kira-kira Euro 92 juta, dan terletak di Moscow. Menurut laporan, ia merupakan yang paling besar daripada 18 buah hospital di seluruh Rusia yang terlibat dalam menangani krisis Covid-19. […]

Gambar ‘Frontliner’ Malaysia Dalam Misi Banteras Covid-19 Raih Perhatian Mariah Carey
Penghargaan yang sewajarnya haruslah diberikan kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun dengan lebih tepat barisan frontliner yang berkorban nyawa demi memerangi Covid-19. Baru-baru ini tular di laman media sosial, Twitter tentang satu foto yang dimuat naik oleh seorang individu menggunakan nama Asraf Nordin menunjukkan tiga orang pekerja kesihatan yang dikatakan turut terlibat dalam misi Covid-19. […]
27 Kes COVID-19 Dari Sub-kluster Rembau, Dipercayai Bermula Dari Satu Mesyuarat Di SMK Pedas
KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menyatakan, setakat hari ini, 27 orang telah dikenal pasti positif COVID-19 daripada sub-kluster Rembau, termasuk dua kes yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). “Kluster ini mula dikesan apabila keputusan ujian COVID-19 didapati positif bagi beberapa guru di SMK Pedas. “Penularan ini dipercayai berpunca daripada satu mesyuarat […]
181 Staf Kesihatan Positif COVID-19 Dengan 2 Kematian Setakat Ini
Putrajaya, 8 April -Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 181 staf KKM dan swasta yang dijangkiti koronavirus, namun tiada petugas dari wad khusus COVID-19 terlibat. Dari jumlah itu, kebanyakan daripadanya mendapat jangkitan di luar waktu bekerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini. Katanya, seramai 122 staf mewakili 67 peratus […]

TERKINI: Satu Sub-kluster COVID-19 Dikesan Di Rembau, Ada Kaitan Dengan Perhimpunan Di Seri Petaling
DAERAH Rembau, Negeri Sembilan dikenal pasti sebagai sub-kluster baharu bagi jangkitan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan sub kluster baharu di daerah tersebut yang berkaitan dengan perhimpunan di Sri Petaling. “Ia melibatkan kakitangan sebuah sekolah dan kemudiannya di beberapa lokaliti di dalam daerah Rembau iaitu […]

(Video) TERKINI: 2 Kematian Baru Akibat COVID-19, Jumlah Kematian 65 Kes
Putrajaya, 8 April – Sebanyak dua kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Malaysia setakat hari ini. Dua kematian tersebut melibatkan kes ke-2903 yang merupakan seorang perempuan berusia 58 tahun. Beliau mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi serta dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan. Kematian kedua pula melibatkan kes ke-1906, seorang lelaki berusia 69 tahun […]
TERKINI: 166 Kes Pulih COVID-19 Hari Ini, Lebih Tinggi Dari Jumlah Kes Baru
SERAMAI 166 kes pulih terbaharu dicatatkan setakat hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh dan dibenarkan discaj sebanyak 1,487 kes, bersamaan 36.1 peratus daripada jumlah kes keseluruhan. #COVID19Malaysia Perkembangan terkini 8 April 2020. Kes sembuh dan discaj 166 Keseluruhan 1,487 atau 36.1% daripada jumlah […]
(Video) TERKINI: 156 Kes COVID-19 Terbaru Hari Ini, Jumlah Keseluruhan 4,119 Kes
Putrajaya, 8 April – Sebanyak 156 kes baru COVID-19 dilaporkan menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia 4,119 kes. Dari jumlah keseluruhan, seramai 76 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi di mana 45 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. Jumlah pesakit yang berada di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan ini berkurang berbanding semalam, kata Ketua Pengarah […]

RM22.66 Juta Diterima Bagi Tabung COVID-19 Setakat Semalam – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 8 April — Sejumlah RM22.66 juta sumbangan wang tunai diterima melalui Tabung COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau, yang juga Menteri Pertahanan, berkata daripada jumlah itu, RM5.68 juta telah disalur kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi fasa pertama pembelian bantuan keperluan harian kepada mereka yang terjejas, terutama bagi […]