Gaya hidup›Kesihatan

Berita
ATM Nafi Tentera Pakai Topi Keledar Elak Air Kencing Warga Asing
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan seperti yang tular di media sosial yang anggota tentera bertugas di Bangunan Selangor Mansion, di sini memakai topi keledar untuk elak air kencing warga asing.. Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk anggotanya berbuat demikian. “Tidak ada perkara sedemikian (anggota tentera memakai […]
Kesihatan
Korban COVID-19 Seluruh Dunia Melebihi 90,000, PBB Seru Semua Negara Bersatu Lawan COVID-19
BEIJING, 10 April — Dunia kini umpama berada di medan peperangan untuk melawan COVID-19 yang semakin mengganas, virus maut itu sudah merebak ke lebih 200 negara dan wilayah, lapor agensi berita Xinhua. Di WASHINGTON, ujian klinikal untuk menilai keselamatan dan keberkesanan hydroxychloroquine, ubat antimalaria sudah bermula, dalam usaha mencari penawar penyakit COVID-19, menurut Institut Kesihatan […]
Berita
Atlet Boling Jadikan Ruang Tamu Sebagai ‘Lane Boling’
KANGAR, 10 April — Mendapat ilham daripada filem animasi ‘The Flintstones’, seorang atlet tenpin boling Perlis mengunakan kreativiti menjadikan ruang tamu rumahnya sebagai ‘lane’ untuk berlatih boling sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP). Muhammad Ekmal Hakim Abdullah, pemenang pingat emas kategori TPB 5-6-7 (Celebral Palsy) Para Sukan Malaysia (SUKMA) edisi Perak 2018, dan Sukan Paralimpiad […]
Kesihatan
FRU Bantu Polis PJ Untuk Sekatan Jalan Raya
PETALING JAYA, 10 April — Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerima bantuan daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk penugasan sekatan jalan raya Op COVID-19. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata seramai 80 anggota dan empat pegawai FRU ditempatkan di daerah itu bermula hari ini. “Kami telah menggunakan kekuatan maksimum melibatkan 930 anggota […]
Kesihatan
Korban Masa, Tenaga Dan Keluarga Demi Pastikan Masyarakat Patuhi PKP
Ketika masyarakat menikmati pelbagai rancangan menarik di televisyen dan telefon, serta menjamu selera dengan hidangan yang enak di kediaman masing-masing pada sebelah malam, ada insan perlu berkorban nikmat itu untuk memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi sepenuhnya. Malah, insan berkenaan juga terpaksa meninggalkan keluarga tercinta demi menunaikan amanah yang diberikan untuk memastikan usaha kerajaan memutuskan […]
Kesihatan
“Itu Yang Budak Senang Sakit,” Doktor Ini Jelaskan Kesan ‘Aircond’ Tidak Diselenggara
Pasti ramai diantara kita yang mempunyai pendingin hawa di rumah. Dan pada ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini, mesti ramai yang akan menggunakannya kerana masing-masing terpaksa duduk di rumah. Namun begitu, tahukah anda bahawa alat pendingin hawa ini sebenarnya juga boleh memudaratkan kesihatan kita sekiranya ianya tidak diselenggara mengikut waktunya. Seorang doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari […]
Kesihatan
(Video) “Untuk Keselesaan Mereka,” Permaisuri Agong Hadiahkan Katil Lipat Buat ‘Frontliner’
Ujian yang dihadapi oleh Malaysia pada ketika ini sememangnya sangat perit untuk dihadapi terutama bagi golongan petugas barisan hadapan yang terpaksa berkorban masa dan tenaga demi menyelamatkan mangsa Covid-19. Pun begitu, pelbagai hikmah yang boleh dilihat daripada ujian ini termasuk sikap kemurahan hati rakyat dan pemimpin tertinggi di Malaysia dalam membantu golongan yang memerlukan serta […]
Kesihatan
Hulu Selangor Kini Zon Merah Baru Covid-19, Kawasan Zon Merah Bertambah Jadi 25
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi telah mengeluarkan jumlah pecahan kes Covid-19 terbaru mengikut negeri dan daerah. Menerusi satu ciapan di Twitter yang baru sahaja dikongsikan KKM, bilangan zon merah yang dicatatkan sebelum ini telah meningkat kepada 25 mengikut statistik terbaru yang dikeluarkan sehingga pukul 12 tengahari semalam (9 April). Zon merah terbaru yang disenaraikan […]
Kesihatan
Wanita Di Wuhan Pesan 76 Jenis Makanan Lepas Selesai Jalani Tempoh Berkurung
Seorang wanita di Wuhan telah memesan 76 jenis sarapan pagi sekaligus bagi memuaskan keinginannya selepas menjalani tempoh perintah berkurung selama beberapa bulan kerana Covid-19. Wanita itu ingin ‘menebus’ kembali makanan pagi yang terlepas semasa perintah berkurung selama 76 hari. Satu rakaman yang dimuatnaik di media sosial memperlihatkan seorang penghantar makanan mengambil makanan yang dipesan di […]
Kesihatan
Lebih 350,000 Orang Di Seluruh Dunia Berjaya Sembuh Dari COVID-19
Data mendedahkan bahawa lebih daripada 350,000 orang telah disahkan sembuh dari Covid-19 di seluruh dunia. Menurut worldometer, secara keseluruhannya, sebanyak 1,603, 428 kes Covid-19 telah disahkan di seluruh dunia dengan 356, 440 orang telah sembuh. Manakala, 95, 714 orang direkodkan telah meninggal dunia kerana virus tersebut. Walau bagaimanapun, jumlah sebenar mungkin lebih tinggi disebabkan oleh […]
Kesihatan
Tak Kuarantin Lepas Pulang Dari Luar Negara, Gadis Dipercayai Jangkiti Ibunya Covid-19
Seorang yang tidak tahu dijangkiti Covid-19 telah menyebarkan virus tersebut kepada ibunya di Thailand. Wanita itu juga dikatakan gagal mengkuarantinkan diri selepas pulang dari luar negara, lapor National Thailand. Ketua Pusat Klinik Penyakit Berjangkit di Universiti Chulalongkorn , Dr Opass Putcharoen, berkata bahawa kebanyakan orang yang dijangkiti Covid-19 tidak menunjukkan gejala awal atau tanda-tanda jangkitan. […]
Berita
Teka-Teki Status Tempoh PKP Dijangka Terjawab Hari Ini
Teka-teki status penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir 14 April ini dilanjutkan atau tidak, dijangka terjawab hari ini. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat satu pengumuman mengenai langkah berikutnya bagi membendung penularan COVID-19. Kemungkinan juga berkaitan dengan […]
Luar Negara
Kem Pelarian Rohingya Di Cox’s Bazar, Bangladesh Dikenakan Perintah Berkurung
Kerajaan Bangladesh mengenakan perintah berkurung ke atas wilayah selatan negara itu yang menjadi pusat jutaan pelarian warga Rohingya bagi mengelakkan penularan COVID-19 berlaku di kem pelarian Cox’s Bazar. “Urusan keluar dan masuk ke kem ini sudah dilarang bermula sekarang,” kata ketua pentadbiran wilayah, Kamal Hossain dalam satu kenyataan pada Rabu selepas negara tersebut mencatatkan 218 […]
Berita
Santuni Rohani Anak Syurga
Autisme bukanlah penyakit bawaan atau ancaman. Namun ia boleh membawa kemudaratan jika tiada belas ihsan dan sokongan sesama insan. Keprihatinan umat sejagat menjadi satu tuntutan untuk membawa sinar kebahagiaan kepada insan terpilih ini dan ahli keluarga mereka untuk menjalani kehidupan dengan ketenangan. Justeru itu, Program Autism Friendly Mosque akan diadakan pada 11 April 2020 bersamaan hari Sabtu […]
Kesihatan
Sekurang-Kurangnya 150 Kerabat Diraja Saudi Dilaporkan Positif COVID-19, Seorang Dirawat Di ICU
Seramai kira-kira 150 kerabat diraja Saudi dilaporkan positif COVID-19, lapor Al-Jazeera. Gabenor Riyadh, Putera Faisal Bin Bandar Bin Abdulaziz Al-Saud yang kini berusia 70-an dilaporkan sedang dirawat di unit rawatan rapi, tambah laman itu memetik laporan New York Times. Sementara itu, Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman turut dikhabarkan sedang menjalani kuarantin bagi […]
Kesihatan
KKM Berusaha Mantapkan Perkhidmatan Hospital Untuk COVID-19
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam usaha memantapkan perkhidmatan hospital bagi melawan pandemik COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, negara kini mempunyai 71 hospital saringan, 40 hospital yang boleh merawat pesakit COVID-19 dan tujuh hospital yang hanya (menfokuskan) merawat pesakit-pesakit COVID-19 sahaja. “Jadi walaupun ada kekangan di pihak KKM sebelum […]
Kesihatan
Petugas Kesihatan Pakai PPE Boleh Solat Tanpa Wuduk Dan Tayammum- Mufti Perlis
Mufti Perlis, Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, petugas kesihatan yang memakai pakaian perlindungan diri (PPE) tidak perlu mengambil wuduk atau bertayammum. “Para petugas yang memakai PPE yang tidak dapat berwuduk dan bertayammum, mereka boleh solat tanpa wuduk dan tayammum. “Mereka tidak perlu menggantikan solat, ini menurut pendapat yang dianggap rajih. Mereka […]
Kesihatan
Pecahan Kes COVID-19 Mengikut Negeri, Selangor Kekal Tertinggi
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan infografik statistik terkini pecahan kes dan tambahan kes baharu COVID-19 mengikut negeri setakat hari ini. Didapati Selangor kekal menjadi negeri tertinggi mempunyai kadar jangkitan dengan merekodkan 1,118 kes keseluruhan, diikuti pertambahan 40 kes dalam masa 24 jam. Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur menduduki wilayah kedua tertinggi jangkitan dengan mencatatkan 669 […]
Kesihatan
(Video) “Kita Masih Dalam Perjuangan, Belum Menang Dan Belum Kalah”- KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan perjuangan kita menentang COVID-19 masih belum tamat. “Jika kita lihat graf setakat ini, kita masih dalam perjuangan, tapi perjuangan kita belum selesai. Tetapi kita belum menang dan kita belum kalah. “Apa perlu kita laksanakan ialah memantapkan tindakan kita, tindakan kesihatan awam dan mantapkan perkhidmatan kita di […]
Luar Negara
Indonesia Catat 40 Kematian COVID-19, Jumlah Tertinggi Dalam Tempoh 24 Jam
JAKARTA, 9 April — Indonesia merekodkan sebanyak 40 kematian dalam tempoh 24 jam akibat COVID-19, jumlah tertinggi setakat ini sejak kematian pertama pada 11 Mac lepas. Jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 280 orang. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, […]