Gaya hidupKesihatan

Berita
TERKINI: Dua Kluster Baharu Dilaporkan Hari Ini Iaitu Kluster Kurau Dan Kluster Meranti
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan hari memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baharu dilaporkan pada hari ini iaitu Kluster Kurau dan Kluster Meranti. Menurut kenyataan tersebut, dua kes positif telah dikesan dalam Kluster Kurau. Kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-9050) merupakan kes positif COVID-19 yang telah dilaporkan pada 7 Ogos 2020. […]
Kesihatan
TERKINI: 13 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 4 Kes Tempatan Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan bahawa terdapat 9 pesakit Covid-19 yang telah discaj dan 13 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini (9 Ogos 2020). Menerusi perkongsian di akaun Twitter rasmi KKM, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 8,784 kes secara keseluruhannya. Terkini #COVID19Malaysia 9 OgosKes sembuh= 9Jumlah kes sembuh= 8,784Kes […]
Berita
Semua Laluan Ke Kuala Sanglang Di Tutup Sepenuhnya Pagi Esok – KP Perlis
KUALA PERLIS, 9 Ogos (Bernama) — Semua laluan keluar masuk ke Kuala Sanglang akan ditutup sepenuhnya bermula 8 pagi esok. Selain itu, pihak polis juga akan memperketatkan kawalan di tiga laluan tikus iaitu satu di Kampung Tanah Timbul dan dua di Kampung Kuala Sanglang, dengan kedua-dua kampung kini dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) bagi membendung […]
Berita
Larangan Merokok Di Taman Awam: Amaran Dan Nasihat, Sebelum Dikompaun
SHAH ALAM, 9 Ogos — Pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi amaran dan nasihat terlebih dahulu kepada individu dikesan merokok atau meminum minuman keras di taman awam di Selangor, sebelum mengenakan kompaun. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata pendekatan secara pendidikan itu dilaksanakan untuk tempoh tiga bulan bagi membiasakan masyarakat dengan larangan berkenaan. Katanya, […]
Kesihatan
Lebih Banyak Sekolah Di Kuala Sanglang Mungkin Ditutup – Exco
SANGLANG, 9 Ogos — Lebih banyak sekolah di Daerah Sanglang dan kawasan berdekatan mungkin akan ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) yang dikuatkuasakan sejak malam tadi. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Rozieana Ahmad berkata semalam sebanyak dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sanglang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang ditutup selama tujuh hari […]
Berita
JKN Perak Kesan Kontak Rapat Dirawat Anggota Kesihatan Positif Covid-19
IPOH, 8 Ogos (Bernama) — Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sedang menjalankan aktiviti pengesanan dan ujian saringan kontak rapat COVID-19 termasuk semua pesakit yang dirawat seorang anggota kesihatan di sebuah klinik kesihatan di sini. Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Ding Lay Ming berkata ini berikutan anggota kesihatan yang dimaksudkan merupakan kes positif COVID-19 yang telah dilaporkan semalam. Beliau […]
Berita
Kerajaan Perlis Laksana TEMCO Di Dua Kampung Di Kuala Sanglang
KANGAR, 8 Ogos (Bernama) — Kerajaan Perlis melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) selama 28 hari bermula malam ini di dua kampung di Kuala Sanglang. Keputusan itu yang melibatkan Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul berkuat kuasa 10 malam ini hingga 4 Sept. Kerajaan Negeri Perlis menerusi satu kenyataan berkata pelaksanaan TEMCO dibuat selepas mendapat nasihat daripada […]
Berita
COVID-19: Dua Sekolah Di Dun Sanglang Tutup Seminggu
KANGAR, 8 Ogos (Bernama) — Dua sekolah dalam daerah Sanglang ditutup selama tujuh hari bermula Isnin ini (10 Ogos) akibat penularan kes baharu COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri Rozieana Ahmad berkata sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sanglang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang. “Penutupan dua sekolah berkenaan dibuat sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 berikutan dua […]
Berita
Covid-19: Indonesia Catat 2,277 Kes Positif Baharu Dalam Tempoh 24 Jam
JAKARTA, 8 Ogos (Bernama) — Indonesia mencatatkan 2,277 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus itu di republik berkenaan kini sebanyak 123,503 kes. Berdasarkan data yang dimuat naik di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 83,624 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19. Bagi tempoh 12 […]
Berita
COVID-19: Lima Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat sebanyak 7 kes positif Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini dan melibatkan beberapa negeri. Pecahan kes positif mengikut negeri yang dikeluarkan pada hari ini memperlihatkan kes baharu dicatatkan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Labuan dan Sarawak. Menerusi maklumat tersebut, Selangor […]
Berita
Tiada Kes Baharu Dilaporkan Dalam Kluster PUI Sivagangga Pada Hari Ini
Menerusi kenyataaan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes baharu yang dicatatkan hari ini di dalam kluster PUI Sivagangga. Sehingga 8 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 4,198 orang telah disaring dalam kluster ini. Bilangan saringan ini merangkumi saringan dari negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Daripada jumlah ini: […]
Berita
TERKINI: 7 Kes Baharu COVID-19 Dilaporkan Hari Ini Termasuk 1 Kes Tempatan
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di dalam Facebook miliknya memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 47 kes yang telah pulih dan discaj dari hospital pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif bagi kes pulih dan discaj adalah sebanyak 8,775 bersamaan dengan 96.8%. Manakala, jumlah kes baharu Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini adalah sebanyak 7 […]
Kesihatan
Keputusan PM Laksana PKP Seluruh Negara, ‘Keputusan Besar Dan Berani’
MUAR, 8 Ogos (Bernama) — Keputusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara pada 18 Mac lalu, disifatkan sebagai ‘keputusan besar dan berani’. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini berikutan kebanyakan negara di serata dunia pada masa itu, masih teragak-agak memberikan respon dan […]
Berita
Kita Perlu Menganggap Diri Kita Semua Sebagai Petugas Barisan Hadapan – PM
MUAR, 8 Ogos (Bernama) — Masyarakat perlu menganggap diri sendiri sebagai “petugas barisan hadapan” dan terus mengamalkan norma baharu dalam usaha membantu kerajaan memerangi penularan COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sambil menyeru masyarakat, Perdana Menteri berkata pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada perlu diperluaskan lagi. Katanya ini bagi mengelakkan daripada wujudnya […]
Berita
25 Kes Positif Hari Ini Adalah Tertinggi Dalam Tempoh 9 Hari – KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa jumlah kes positif baharu setakat hari ini merupakan kes yang paling tertinggi dalam tempoh 9 hari. Menerusi carta yang dikongsikan di laman Twitter rasmi KKM menunjukkan jumlah kes hari ini merupakan antara yang tertinggi untuk kes harian Covid-19. Setakat hari ini, 16 kes tempatan dilaporkan termasuk 12 kes dari PUI […]
Berita
TERKINI: 25 Kes Positif baharu Covid-19 Termasuk 12 Kes Dari Saringan Kluster PUI Sivagangga
Sebanyak 25 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 9,063 kes setakat Jumaat (7 Ogos 2020). Menerusi perkongsian terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 210 kes dan mereka telah diasingkan diberi rawatan di hospital. Ingin dimaklumkan daripada 21 kes baharu […]
Kesihatan
Surau Al-Jannah Seksyen 23 Selangor Diarah Tutup Sementara, Ada Jemaah Dikesan Mempunyai Kontak Rapat Individu Positif COVID-19 Ada Kaitan Kes Sivagangga
SHAH ALAM – Surau Al-Jannah, Seksyen 23 Shah Alam diarah tutup serta-merta ekoran terdapat ahli jemaah dikesan mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19 yang mempunyai kaitan dengan kes Sivangangga. “Arahan ini termasuklah semua operasi surau (seperti) solat fardhu Jumaat, solat fardhu lima (5) waktu berjemaah dan aktiviti pengimarahan yang lain. “Hanya tiga (3) orang […]
Kesihatan
Tiada Pekerja Restoran Nasi Kandar Di Butterworth Positif Covid-19- Polis
KEPALA BATAS, 7 Ogos (Bernama) — Polis hari ini mengesahkan tiada pekerja restoran nasi kandar di Jalan Chain Ferry, Butterworth dijangkiti COVID-19 seperti yang didakwa dalam mesej audio yang tular menerusi aplikasi WhatsApp sejak semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata pihaknya melakukan siasatan berhubung perkara itu setelah menerima laporan […]
Gaya hidup
“Tolong Kami, Bantu Kami”, Stok Berkurang, KKM Minta Pemilik Darah A & B Segera Menderma
KUALA LUMPUR – Penderma darah jenis A dan B diminta tampil segera berikutan stok bekalan darah didapati semakin berkurangan, umum Pusat Darah Negara (PDN), hari ini. Menurut kenyataan PDN, penderma boleh menderma melalui tiga (3) lokasi derma darah di ibu negara seperti yang dinyatakan di bawah. “Bagi Pusat Darah Negara di Jalan Tun Razak, waktu […]
Berita
Senarai Tempat Awam Yang Diwajibkan Pemakaian Pelitup Muka
KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Berikut adalah senarai tempat awam yang diwajibkan pemakaian pelitup muka: Masjid, surau dan rumah ibadat Majlis sosial Pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang dan van sekolah Hospital dan klinik Pasar awam dan pasar tani Pawagam Kompleks beli-belah, pasar raya, kedai runcit, stesen minyak Restoran Bengkel Kedai gunting rambut dan […]