Gaya hidup›Kesihatan
Keselamatan Vaksin COVID-19 Terjamin, Kesan Sampingan Hanyalah Minimum
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) — Setelah lebih setahun berperang dengan wabak COVID-19, akhirnya vaksin yang menjadi sinar harapan dalam menangani pandemik itu akhirnya tiba di bumi Malaysia pada 21 Februari lepas. Tanggal 24 Februari pula menandakan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin […]
Bermula Dengan Kedai Menjahit, Wanita Ini Kini Bergelar Usahawan Berjaya Selepas Bertubi-Tubi Diuji Dengan Dugaan
Setiap perniagaan pastinya ada rintangan serta cabaran yang perlu ditempuhi. Luarannya nampak tenang, tapi dalamannya hanya tuhan sahaja yang tahu. Seperti yang dilalui oleh seorang ahli perniagaan bernama Rosniwati Beharom yang berusia 45 tahun ini, perusahaan produk kesihatan kulit Saapuu yang diusahakannya tidak terlepas daripada asam garam dunia perniagaan sejak dia menceburinya dari tahun 2003 […]
Tiga Kawasan Di Selangor Catat IPU Tidak Sihat
SHAH ALAM, 2 Mac (Bernama) — Beberapa daerah di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat pagi ini. Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan stesen Johan Setia Klang paling tinggi iaitu 183 diikuti Banting (165) dan Petaling Jaya (141) pada […]

(Video) Ngeri, Koloni Nyamuk Menyerang Bagaikan Puting Beliung Gemparkan Penduduk
Tular satu rakaman video yang sempat dirakam oleh seorang lelaki mengenai kumpulan nyamuk terbang serentak secara besar-besaran. Apa yang menjadi perhatian pengguna laman sosial adalah, kumpulan nyamuk tersebut menyerang seperti fenomena puting beliung. Ngeri, kejadian yang berlaku di sebuah lebuh raya di Argentina. Memetik daripada laporan tempatan, kejadian aneh tersebut berlaku selepas hujan lebat berpanjangan […]

TERKINI: 1,828 Kes Baharu Positif Covid-19, 2,486 Kes Sembuh Hari Ini
Setakat hari ini, 1 Mac 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat 1,828 kes positif baharu Covid-19. Sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan adalah 302, 580. Oleh yang demikian, jumlah kes aktif direkodkan sehingga hari ini adalah 25, 542 kes. Daripada jumlah tersebut, seramai 198 sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuklah 90 […]
Wanita Mengandung Perlu Dapatkan Nasihat Doktor Untuk Terima Suntikan Vaksin Covid-19
PUTRAJAYA, 1 Mac – Wanita mengandung boleh menerima suntikan vaksin COVID-19 namun perlu mendapatkan nasihat doktor serta pakar masing-masing bagi mengetahui risiko daripada proses vaksinasi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Pemberian vaksin COVID-19 boleh dipertimbangkan secara “kes mengikut kes” bagi mereka yang mengandung setelah berbincang dengan doktor mereka. Doktor perlu berbincang dan mempertimbangkan antara […]
Garis Panduan Diwujudkan Elak Isu Potong Barisan Suntikan Vaksin COVID-19
PUTRAJAYA, 1 Mac (Bernama) — Kerajaan mewujudkan Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan bagi mengelakkan isu ‘potong barisan’ untuk program vaksinasi COVID-19, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata keputusan itu dibuat pada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang mana dokumen garis panduan […]
26,472 Anggota TDM Terima Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech
PORT DICKSON, 1 Mac (Bernama) — Seramai 26,472 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di seluruh negara akan menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech pada fasa pertama secara berperingkat bermula 8 Mac ini, kata Panglima Tentera Darat Jen. Tan Sri Zamrose Mohd Zain. Beliau berkata setakat ini, 28 anggota TDM di seluruh negara telah menerima suntikan […]
Wanita Pun Boleh Tumbuh Janggut ? Ini Antara 3 Penyakit ‘Rare’ Boleh Menyerang Wanita
Sempena Hari Penyakit Jarang Berlaku 2021 semalam (28 Februari), Hello Doktor telah berkongsi tiga jenis penyakit jarang jumpa yang lazimnya menyerang wanita. Antaranya ialah sindrom Achard Thiers, di mana berlaku gangguan yang menyebabkan wanita mengalami pertumbuhan rambut berlebihan pada wajah dan beberapa bahagian badan yang lain. Selain itu, dua lagi penyakit jarang jumpa yang sering […]
Pengambilan Alkohol Boleh Meningkatkan Risiko Terhadap 7 Jenis Kanser Ini – Kajian KKM
Satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati 11.8% rakyat Malaysia meminum alkohol. Umum mengetahui bahawa alkohol ini merupakan salah satu punca kanser. Hal ini kerana hampir 6 peratus kematian akibat kanser berpunca daripada tabiat minun minuman keras. Justeru itu, pengambilan alkohol meningkatkan risiko terhadap 7 jenis kanser iaitu kanser mulut dan tekak, […]
Jangan Biarkan Diri Anda Ketagih Guna “Fitness Tracker”, Ini Cara Elakkannya
Hari ini sesetengah daripada kita bersenam dan menjalankan rutin seharian dengan memakai ‘fitness tracker’ di tangan. Alat itu mungkin bagus untuk kita tahu kadar keupayaan tubuh badan kita, kiraan jejak langkah dalam sehari dan pelbagai fungsi lagi. Namun tahukah anda, sebenarnya kurang elok jika amalkan penggunaan ‘fitness tracker’ ini secara kerap. Mengapa ya? Mari ikuti […]
Pulau Pinang Mula Program Imunisasi COVID-19
GEORGE TOWN, 28 Feb (Bernama) — Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menerima suntikan vaksin COVID-19 pada 10.25 pagi tadi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Pulau Pinang (HPP), sekali gus menandakan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri. Chow menerima suntikan bersama 11 individu lain iaitu Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd […]
Jangan Risau Jika Masih Belum Hamil, Ada Kajian Kata Risiko Kanser Ovari Rendah Jika Hamil Lewat -Hello Doktor
Hampir setiap pasangan menginginkan cahaya mata sebagai pewaris dalam keluarga. Pun begitu, tak semua orang mempunyai rezeki menimang cahaya mata pada usia yang diharapkan. Ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun, hatta belasan tahun untuk mendapat seorang anak. Jika anda salah seorang daripada pasangan yang diuji dengan situasi tersebut, usah risau. Menurut laman Hello Doktor, terdapat kajian […]
(Video) “Anak Tumbuk Pun Dah Tak Sakit”, Lenguh Bahu Disuntik Vaksin Hilang Dalam Tempoh 48 Jam
Sejak negara kita ‘menyambut’ ketibaan vaksin Pfizer baru-baru ini, muncul pelbagai spekulasi liar daripada pihak tertentu yang mendakwa cecair tersebut berisiko mendatangkan keburukan. Ia ditambah lagi dengan stigma-stigma pelik yang sudah tentu sangat ‘terpesong’ jauh daripada tujuan asalnya. Namun semua spekulasi itu terbatal apabila beberapa individu terawal yang menerima suntikan dos vaksin tersebut, termasuklah perdana […]

Covid-19: Terus Patuhi SOP Sehingga Imuniti Kelompok Tercapai – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 27 Feb – Semua pihak termasuk individu yang telah menerima vaksin COVID-19 perlu terus mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) sehingga imuniti kelompok tercapai, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata segala pematuhan kepada SOP dan tindakan kesihatan awam wajar diteruskan meskipun aktiviti imunisasi Fasa 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mula dilaksanakan. Langkah membendung […]
Vaksin Pfizer Tiba Di Semporna, 1,397 Petugas Barisan Hadapan Terima Suntikan Mac Ini
SEMPORNA, 27 Feb (Bernama) — Vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Semporna hari ini dengan 1,397 petugas barisan hadapan akan divaksinasi dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan 2021 di daerah ini, bermula Mac. Pegawai Kesihatan Daerah Semporna Dr Shameer Khan Sulaiman berkata vaksin itu dihantar dengan diiringi polis melalui jalan darat dari Kota Kinabalu ke Keningau […]
NADMA Sedang Kenal Pasti Anggota APM Terima Suntikan Vaksin Fasa Pertama
ALOR GAJAH, 27 Feb (Bernama) — Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang mengenal pasti barisan hadapan dalam kalangan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang akan diberi suntikan vaksin dalam Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata mereka termasuk dalam […]

Vaksin Sinovac Sama Berkesan
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Vaksin COVID-19 Sinovac keluaran China yang diterima Malaysia hari ini berkesan dalam mencegah jangkitan COVID-19 sama seperti vaksin jenis Pfizer-BioNTech. Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital Cheras, Dr Malar Santhi Santherasegapan berkata ujian klinikal yang dijalankan di Brazil dan Turki mendapati tahap keberkesanan vaksin Sinovac masing-masing negara adalah 50.4 peratus dan 91.2 peratus. Beliau berkata ada kalangan […]

Tingkat Jumlah Tenaga Kerja Bidang Perubatan – Raja Muda Perlis
KANGAR, 27 Feb (Bernama) — Jumlah tenaga kerja dalam bidang perubatan, yakni para doktor dan pakar-pakar perubatan, perlu ditingkatkan bagi menangani pandemik COVID-19 dalam negara, kata Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. “Tekanan terhadap sistem penjagaan kesihatan menyedarkan kita supaya menyediakan jumlah doktor yang banyak bagi memenuhi keperluan negara,” katanya. Beliau berkata demikian dalam […]
Kit Ujian Kehamilan Boleh Bantu Kaum Adam Kesan Kanser Testis? Baca Penjelasan Hello Doktor Ini Sebelum Cuba
Bolehkah kesan kanser menggunakan kit ujian kehamilan isteri? Mungkin anda pernah terbaca kenyataan yang mendakwa kanser testis boleh dikesan jika hasilnya positif ketika melakukan ujian menggunakan kit kehamilan kerana ia boleh mengesan kehadiran hormon human chorionic gonadotropin (hCG) yang serupa seperti di dalam air kencing wanita hamil. Pun begitu, sejauh manakah ketepatannya? Silap haribulan, keputusan […]