Berita

Michelle Yeoh Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Oscar
Michelle Yeoh Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Oscar Amerika Syarikat – Tan Sri Michelle Yeoh berjaya melakar sejarah sebagai wanita Asia pertama yang dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik bagi anugerah berprestij, Oscar. Memenangi anugerah itu menerusi filem Everything Everywhere All at Once, Yeoh berjaya menewaskan pelakon Hollywood yang lain. Ia termasuk Cate Blanchett (Tar), Michelle Williams […]

Petronas Catat Pencapaian Terbaik Dalam Sejarah Bagi Tahun Kewangan 2022, Untung Bersih Melonjak 51 Peratus
Petronas Catat Pencapaian Terbaik Dalam Sejarah Bagi Tahun Kewangan 2022, Untung Bersih Melonjak 51 Peratus KUALA LUMPUR, 13 MAC (Bernama) — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan prestasi kewangannya yang paling mantap dengan keuntungan bersih RM101.6 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 (FY2022), meningkat 51 peratus berbanding RM50.9 bilion setahun lalu, didorong oleh keadaan […]

“Saya Bukan Tarik Diri..,” Aaron Aziz Sahkan Tak Terlibat Dalam Filem Original Gangster
“Saya Bukan Tarik Diri..,” Aaron Aziz Sahkan Tak Terlibat Dalam Filem Original Gangster PUTRAJAYA — “Saya bukan tarik diri, tapi dibuang” itu jawapan yang diberikan oleh pelakon popular, Datuk Aaron Aziz ketika disoal mengenai penglibatannya dalam filem Original Gangster, lapor Astro Gempak. Beliau mengesahkan perkara itu selepas hadir dalam satu majlis anugerah di Pusat Konvensyen […]

Pencapaian Michelle Yeoh Harumkan Nama Malaysia Di Pentas Antarabangsa – PM
Pencapaian Michelle Yeoh Harumkan Nama Malaysia Di Pentas Antarabangsa – PM KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh atas kejayaan merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 menerusi lakonannya dalam filem drama komedi “Everything Everywhere All at Once”. Anwar menyifatkan pencapaian pelakon kelahiran […]

Harga Internet Lebih Murah Dengan Peluasan Liputan Rangkaian 5G
Harga Internet Lebih Murah Dengan Peluasan Liputan Rangkaian 5G KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Langkah peluasan liputan rangkaian 5G yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2023 mampu menurunkan lagi harga Internet yang ditawarkan kepada pengguna ketika ini. Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Teo Nie Ching berkata ini kerana Digital Nasional Berhad (DNB) selaku badan yang bertanggungjawab untuk pembangunan […]

Murid Jana Pendapatan Sendiri Jual Kereta Mainan
Murid Jana Pendapatan Sendiri Jual Kereta Mainan KUALA NERUS, 13 Mac (Bernama) — Usia muda tidak menghalang Muhammad Khairie Danish Kamal Ariffin, 12, dari Kampung Baru Seberang Takir untuk menjana pendapatan sendiri melalui jualan kereta mainan Hot Wheels. Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir itu juga bijak memanfaatkan sepenuhnya aplikasi TikTok yang terbukti […]

Dua Buaya Terlepas Di Sarawak, Orang Ramai Diminta Berwaspada – SFC
Dua Buaya Terlepas Di Sarawak, Orang Ramai Diminta Berwaspada – SFC KUCHING — Dua ekor buaya sepanjang tiga meter dan 4.87 meter dilaporkan terlepas dari Pusat Hidupan Liar Matang atau Matang Wildlife Centre (MWC) petang kelmarin. Jabatan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu berlaku berikutan kandang rosak dan hujan lebat hingga berlakunya […]

Enggan Anak Mabuk Pandu Kereta, Ayah Pecahkan Cermin, Pancitkan Tayar
Enggan Anak Mabuk Pandu Kereta, Ayah Pecahkan Cermin, Pancitkan Tayar Seorang ayah di Sepanyol tekad memecahkan cermin tingkap dan memancitkan tayar kereta ekoran enggan anaknya memandu dalam keadaan mabuk, baru-baru ini. Bapanya, 60, bertindak sedemikian untuk mengelakkan anak lelakinya memandu kereta BMW miliknya dalam keadaan mabuk yang berkemungkinan boleh menyebabkan kemalangan. Difahamkan, pihak polis awalnya […]

Terkurung 40 Tahun, Kiska ‘Ikan Paus Paling Sunyi’ Dilapor Mati
Terkurung 40 Tahun, Kiska ‘Ikan Paus Paling Sunyi’ Dilapor Mati Ikan paus pembunuh tawanan terakhir kanada, Kiska dilaporkan telah mati kerana jangkitan kuman, pada Khamis lalu, lapor Wion News. Kiska, yang juga digelar sebagai ikan paus paling sunyi di dunia telah menghabiskan empat dekad terakhir hidupnya dalam kurungan di Marineland, zoo dan taman hiburan yang […]

Rebah Di Atas Pentas, Rapper Afrika Costa Titch Meninggal Dunia
Rebah Di Atas Pentas, Rapper Afrika Costa Titch Meninggal Dunia Seorang penyanyi rap (rapper) di Afrika Selatan dilapor meninggal secara tragis apabila dia rebah di atas pentas di hadapan para peminatnya, memetik The Mirror. Rapper tersebut,Costa Titch atau nama sebenarnya Constantinos Tsobanoglou, 28, dipercayai tidak sedarkan diri semasa membuat persembahan Festival Muzik Ultra pada 11 […]

Lelaki Diserang Buaya Ketika Mengambil Wuduk
Lelaki Diserang Buaya Ketika Mengambil Wuduk Seorang lelaki berdepan detik ngeri apabila seekor buaya menggigit tangan kanannya di kawasan berpaya berhampiran Padang Papan di Manir dekat sini, petang Jumaat. Che Man Zakaria, 61, yang bekerja sebagai nelayan darat berkata dalam kejadian 7.25 petang itu, dia sedang mengambil wuduk menggunakan air paya untuk menunaikan solat Maghrib. […]

Tiga Anggota Bersenjata Palestin Maut Ditembak Askar Israel
Tiga Anggota Bersenjata Palestin Maut Ditembak Askar Israel TIMUR TENGAH — Tiga anggota bersenjata Palestin maut selepas ditembak askar Israel dalam satu kejadian di persimpangan Jit di barat Nablus hari ini. Menurut laporan ketenteraan, kejadian tercetus apabila tentera Israel melepaskan tembakan di lokasi berkenaan hingga mencetuskan ‘hujan peluru’ daripada kedua-dua pihak. “Tiga lelaki bersenjata (Palestin) […]

Lemas Dua Beradik: Mangsa Kedua Ditemui
Lemas Dua Beradik: Mangsa Kedua Ditemui SUNGAI PETANI — Dua beradik ditemukan lemas di sebuah lombong pasir berhampiran Kampung Permatang Kedundong, Pinang Tunggal hari ini. Memetik Sinar Harian, kedua-dua mangsa difahamkan telah dilaporkan hilang sejak Sabtu semalam. Komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penolong Penguasa Bomba, Mohd Syukri Hashim berkata pada jam kira-kira […]

Wanita Dipercayai Tertua Di Dunia Meninggal Dunia Pada Usia 128
Wanita Dipercayai Tertua Di Dunia Meninggal Dunia Pada Usia 128 AFRIKA SELATAN — Seorang individu bernama Johanna Mazibuko yang dipercayai wanita tertua di dunia dilaporkan meninggal dunia pada usia 128 tahun, lapor The Mirror. Menurut menantunya Thandiwe Wesinyana, ibu kepada tujuh anak itu meninggal dunia akibat penyakit strok sewaktu di rumahnya di wilayah barat laut […]

Sultan Kedah Seru Kerajaan Persekutuan Sokong, Pertimbang Projek KXP
Sultan Kedah Seru Kerajaan Persekutuan Sokong, Pertimbang Projek KXP ALOR SETAR, 12 Mac (Bernama) – Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah kerajaan Persekutuan diseru agar menyokong dan memberi pertimbangan bagi pelaksanaan pembangunan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) demi manfaat menyeluruh kepada negara dan negeri Kedah khususnya. Sultan Sallehuddin bertitah projek KXP […]

Asyraf Wajdi Pengerusi MARA Baharu – TPM
Asyraf Wajdi Pengerusi MARA Baharu – TPM KOTA TINGGI, 12 Mac (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan bekas Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) baharu berkuat kuasa Jumaat lepas. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah […]

Polis Tahan Tujuh Lelaki Disyaki Pukul Dua Pemuda, Gara-Gara Permainan Video Dalam Talian
Polis Tahan Tujuh Lelaki Disyaki Pukul Dua Pemuda, Gara-Gara Permainan Video Dalam Talian MELAKA, 12 Mac (Bernama) — Polis menahan tujuh lelaki yang disyaki memukul dua pemuda berumur 20an dalam pergaduhan yang berpunca daripada permainan video dalam talian Mobile Legend, di Telok Mas di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata […]

Pelajar China ‘Berkung Fu’ Atas Pentas, Buat ‘Backflip’ Sebelum Terima Ijazah
Pelajar China ‘Berkung Fu’ Atas Pentas, Buat ‘Backflip’ Sebelum Terima Ijazah Hari graduasi adalah salah satu majlis kemuncak terbesar dalam kehidupan individu bergelar ‘pelajar’. Mana tidaknya, hari tersebut merupakan bukti ‘kerja kerasnya’ selama tiga hingga lima tahun di kampus pengajian tinggi. Dalam kesempatan itu, para pelajar akan mengenakan jubah untuk menerima penghargaaa tamat pengajiannya di […]

Prestasi Buruk Di Tempat Lawan Punca Liverpool Tidak Konsisten – Klopp
Prestasi Buruk Di Tempat Lawan Punca Liverpool Tidak Konsisten – Klopp Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menyifatkan prestasi buruk di tempat lawan sebagai punca persembahan tidak konsisten anak-anak buahnya dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. Lapor Independent, kekalahan terhadap kelab di kedudukan 17 liga itu merupakan satu “ketukan besar” buat pasukannya selepas membenam musuh […]

Kepala Tersepit Pada Pokok, Mayat Kanak-Kanak Tiga Tahun Ditemui Dipercayai Dibunuh
Kepala Tersepit Pada Pokok, Mayat Kanak-Kanak Tiga Tahun Ditemui Dipercayai Dibunuh LAHAD DATU — Mayat seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun ditemukan dalam keadaan tragis selepas terdapat kesan torehan pada kaki dan tangan yang diikat serta kepala tersepit pada pokok. Difahamkan, kanak-kanak tersebut dipercayai dibunuh sebelum ditemui oleh ibunya sendiri di sekitar kawasan semak di […]