Berita

Maritim Rampas 16 Bubu Naga Di Pulau Perjudi, Port Dickson
Maritim Rampas 16 Bubu Naga Di Pulau Perjudi, Port Dickson SEREMBAN, 20 Mac (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan merampas 16 unit bubu naga di perairan Pulau Perjudi, Port Dickson, hari ini. Pengarahnya, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata aset Maritim telah menemui dan merampas 16 unit bubu naga, dua pemberat […]

CIMB Alami Gangguan, Beberapa Operasi Tergendala
CIMB Malaysia memaklumkan operasi perbankannya tergendala buat sementara waktu ekoran mengalami masalah teknikal pada malam ini. Menerusi satu kenyataan, difahamkan beberapa fungsi perbankan turut terjejas akibat gangguan tersebut. “Kami menghadapi isu ketersambungan (connectivity issue) yang menjejaskan (sistem) CIMB Clicks / CIMB OCTO, terminal layan diri dan transaksi kad debit. “Pasukan kami sedang berusaha menyelesaikannya dan […]

Ibu Cemas, Bayi Terkunci Dalam Kereta Setengah Jam
Ibu Cemas, Bayi Terkunci Dalam Kereta Setengah Jam Terkunci selama setengah jam, seorang ibu berhadapan situasi cemas selepas mendapati bayi perempuannya yang berusia lima bulan terperangkap di dalam kereta. Merujuk laporan Sinar Harian, kejadian cemas itu dilaporkan berlaku di Taman Saujana, Sepang hari ini. Menurut Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat, sepasukan anggota dari Balai Bomba […]

MetMalaysia Jangka Peralihan Monsun Bermula Khamis Ini
MetMalaysia Jangka Peralihan Monsun Bermula Khamis Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun akan berlaku bermula pada Khamis ini dan berterusan sehingga Mei depan. Difahamkan ia menandakan Monsun Timur Laut yang bermula 7 November lalu yang menyebabkan berlakunya ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dalam jangka masa singkat berakhir. Ketua Pengarah MetMalaysia, […]

Diana Danielle Fail Cerai Terhadap Farid Kamil
Diana Danielle Fail Cerai Terhadap Farid Kamil PETALING JAYA, 20 Mac (Bernama) — Selepas hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon iaitu Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari dekat sini. Diana, atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, selaku plaintif memfailkan permohonan itu pada […]

Kadar Bayaran Haji Bagi Golongan B40 Kekal RM10,980
Kadar Bayaran Haji Bagi Golongan B40 Kekal RM10,980 KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) — Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan bantuan kewangan haji bersasar walaupun kos bagi menunaikan ibadah itu meningkat kepada RM30,850 seorang tahun ini berbanding RM28,632 pada tahun lalu. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin, berkata sebanyak RM400 juta diperuntukkan […]

Sistem Pembayaran Terbuka Dalam Pengangkutan Awam Selain TnG Sedang Diusahakan
Sistem Pembayaran Terbuka Dalam Pengangkutan Awam Selain TnG Sedang Diusahakan SEPANG, 20 Mac (Bernama) — Sistem pembayaran terbuka untuk pengangkutan awam khususnya di bawah Prasarana Malaysia Bhd selain daripada penggunaan Touch ‘n Go, akan dilaksanakan dalam masa beberapa bulan lagi, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Beliau berkata sistem pembayaran terbuka akan membolehkan pengguna menggunakan kad kredit […]

KPDN Cadang Perkenal ‘Insurans Rahmah’
KPDN Cadang Perkenal ‘Insurans Rahmah’ KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang merancang untuk memperkenalkan inisiatif ‘Insurans Rahmah’ bagi memberi kemudahan perlindungan pada kadar yang lebih berpatutan untuk rakyat. Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata setakat ini satu syarikat insurans telah memberikan respons yang positif berhubung cadangan itu. […]

Diana Danielle Dilapor Failkan Permohonan Cerai
Diana Danielle Dilapor Failkan Permohonan Cerai KUALA LUMPUR — Pelakon Diana Danielle, 31, dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil, 41, hari ini, lapor Astro Awani. Permohonan tersebut telah dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pada pagi tadi. Walau bagaimanapun, Farid dipercayai enggan melafazkan cerai. Permohonan cerai berkenaan telah dibuat pada awal bulan […]

Honda Malaysia Rancang Lancar Empat Model Baharu Pada 2023
Honda Malaysia Rancang Lancar Empat Model Baharu Pada 2023 KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) — Honda Malaysia merancang untuk melancarkan empat model baharu tahun ini termasuk tiga model serba baharu serta satu model yang diberikan wajah baharu. Satu daripada model yang bakal diperkenalkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) kecil […]

Pelajar Perempuan Tersepit Besi Penutup Longkang Pada Hari Pertama Sekolah
Pelajar Perempuan Tersepit Besi Penutup Longkang Pada Hari Pertama Sekolah SHAH ALAM, 20 Mac (Bernama) — Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Seksyen 7 di sini terpaksa menanggung kesakitan pada hari pertama sesi persekolahan apabila kakinya tersangkut di besi penutup longkang, pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat […]

Terlanggar Kereta Berhenti Di Lorong Kecemasan, Lelaki Dilapor Maut
Terlanggar Kereta Berhenti Di Lorong Kecemasan, Lelaki Dilapor Maut BATU PAHAT – Satu kemalangan maut dilaporkan berlaku di Kilometer (KM) 128.4 Lebuhraya Utara Selatan ( Pagoh-Yong Peng) pada jam 3.30 petang semalam melibatkan seorang lelaki, lapor Sinar Harian. Menurut ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, insiden berkenaan dipercayai berlaku selepas mangsa yang […]

Beransur Pulih, UAI Dibenar Keluar Dari Hospital
Beransur Pulih, UAI Dibenar Keluar Dari Hospital KUALA TERENGGANU — Keadaan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI beransur pulih selepas dibenarkan keluar (discharge) dari wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak semalam. Menurut isterinya, Rogayah Sulong dalam satu hantaran di Facebook mengesahkan perkara tersebut. “Alhamdulillah ustaz dah discharge. Terima kasih pada […]

UMNO, BN Janji Terus Dukung Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO, BN Janji Terus Dukung Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan pimpinan baharu UMNO bersama Barisan Nasional (BN) akan terus mendukung dan memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO itu berkata berdasarkan keputusan Pemilihan UMNO 2023 yang berakhir semalam, ia jelas […]

Konvensyen Parti-parti Kerajaan Perpaduan Akan Diadakan, Pastikan Hala Tuju Seiring – PM
Konvensyen Parti-parti Kerajaan Perpaduan Akan Diadakan, Pastikan Hala Tuju Seiring – PM KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Satu konvensyen bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan bagi memastikan gerak langkah dan hala tuju yang seiring dalam memimpin negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata konvensyen itu juga antara lain […]

Akibat Gelombang Haba, Berjuta-Juta Ikan Mati Hanyut Di Sungai
Akibat Gelombang Haba, Berjuta-Juta Ikan Mati Hanyut Di Sungai Berjuta-juta ikan mati hanyut di sungai berhampiran sebuah bandar kecil di Australia ekoran fenomena gelombang haba yang melanda negara itu ketika ini. Difahamkan, kejadian itu berlaku pada minggu ini yang menunjukkan jutaan ikan terapung menutupi kolam Menindee Weir berhampiran Broken Hill. Menurut Jabatan Industri Utama (DPI) […]

Polis Rampas Senapang Patah, Peluru Hidup, Dadah Di Kuala Krai
Polis Rampas Senapang Patah, Peluru Hidup, Dadah Di Kuala Krai KUALA KRAI, 19 Mac (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah kerana memiliki selaras senapang patah buatan sendiri, peluru hidup dan 60 biji pil kuda dalam kereta di sekatan jalan raya (SJR) di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai, di sini, Jumaat […]

Penggunaan Kanabis Dalam Perubatan Perlu Kajian Mendalam – PM
Penggunaan Kanabis Dalam Perubatan Perlu Kajian Mendalam – PM KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Isu berkaitan kebenaran penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan dalam negara memerlukan penelitian dan perbincangan yang menyeluruh serta mendalam termasuk daripada aspek kawalan penggunaan bahan berkenaan kelak. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia mengambil kira jumlah penagih dalam kalangan anak muda termasuk di […]

Wan Rosdy, Johari & Mohamed Khaled Menang Jawatan Naib Presiden UMNO
Wan Rosdy, Johari & Mohamed Khaled Menang Jawatan Naib Presiden UMNO KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memenangi jawatan Naib Presiden UMNO bagi sesi 2023-2026. […]

Buang Al-Quran: Polis Selesai Ambil Keterangan 14 Individu
Buang Al-Quran: Polis Selesai Ambil Keterangan 14 Individu KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Seramai 14 individu termasuk tiga penerbit dan tiga pencetak telah pun selesai memberi keterangan untuk membantu siasatan berhubung penemuan 13 naskhah al-Quran dipercayai sengaja dibuang ke dalam longkang berhampiran tasik lombong di Jinjang, di sini, bulan lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur […]