Berita

Bidaan ‘M__M’ Sempena Hari Kebangsaan 2023 Bermula 31 Ogos Hingga 4 Sept
Bidaan ‘M__M’ Sempena Hari Kebangsaan 2023 Bermula 31 Ogos Hingga 4 Sept PUTRAJAYA, 29 Ogos (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) kenderaan siri ‘M__M’ melalui sistem JPJeBid bermula 31 Ogos hingga 4 Sept ini, sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata NPI diperkenalkan itu, mempunyai tanda […]

Lebih Ramai B40 Terima Manfaat Skim Perubatan Madani
Lebih Ramai B40 Terima Manfaat Skim Perubatan Madani KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) — Inisiatif kerajaan menawarkan perkhidmatan kesihatan percuma melalui Skim Perubatan MADANI dapat dinikmati lebih ramai golongan B40 termasuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) apabila ia diperluas ke tujuh daerah terbaharu. Pelaksanaan Skim Perubatan MADANI ke tujuh daerah itu bermula minggu keempat Ogos, melibatkan Perlis, Kota Bharu dan […]

Glasier Tropika Di Indonesia Diramal Cair Sepenuhnya Pada 2026
Glasier Tropika Di Indonesia Diramal Cair Sepenuhnya Pada 2026 Dua glasier tropika yang berada di Indonesia dilapor sedang mencair dan dikhuatiri lenyap sepenuhnya menjelang 2026, lapor, The Guardian. Memetik portal berita tersebut, dua glasier tropika berkenaan yang terletak di Gunung Jayawijaya, Papua merupakan sebahagian daripada bilangan kecil glasier tropika yang ada dan jarang ditemui di […]

“Selamat Tinggal,” Panda Gergasi, Yi Yi & Sheng Yi Dihantar Pulang Ke China Hari Ini
“Selamat Tinggal,” Panda Gergasi, Yi Yi & Sheng Yi Dihantar Pulang Ke China Hari Ini KUALA LUMPUR — Suasana sepi menyelubungi Zoo Negara apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada dua ekor panda gergasi Yi Yi dan Sheng Yi yang akan dihantar ke China hari ini. Pihak Zoo Negara memaklumkan perkara tersebut dalam satu perkongsian di […]

Menyalak Tak Henti, Anjing Dirakam Seakan Beri ‘Amaran’ Awal Sebelum Gempa Bumi Gegar Bali
Menyalak Tak Henti, Anjing Dirakam Seakan Beri ‘Amaran’ Awal Sebelum Gempa Bumi Gegar Bali Pagi tadi, Laut Bali di Indonesia digegarkan dengan gempa bumi berukuran 7.0 magnitud, menurut Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC). Difahamkan, gempa tersebut dikesan pada kedudukan 203 kilometer (km) utara Mataram, Indonesia dan pada kedalaman 526km di bawah permukaan bumi. Bagaimanapun tiada […]

Nahas Elmina: Data CVR Pesawat Berjaya Diekstrak
Nahas Elmina: Data CVR Pesawat Berjaya Diekstrak PUTRAJAYA, 29 Ogos (Bernama) — Data perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas berjaya diekstrak di makmal Florida, Amerika Syarikat, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Beliau berkata data tersebut diesktrak Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dengan bantuan pihak […]

Michelle Yeoh Pulang Ke Ipoh, Lepas Rindu Bersama Keluarga
Michelle Yeoh Pulang Ke Ipoh, Lepas Rindu Bersama Keluarga Gembira pulang ke kampung halamannya, bintang Hollywood kelahiran Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh tidak dapat menyorokkan legembiraannya apabila dia berpeluang menjejakkan kaki kembali di Ipoh, Perak. Difahamkan, Yeoh sedang meluangkan masa bersama keluarganya yang tercinta. “Ipoh. Sayang ibu dan semestinya dia (ibu) memberi saya makan. Dan […]

Cikgu Digantung Tugas, Cukur Rambut 14 Pelajar Perempuan Sebab Tak Pakai Anak Tudung
Cikgu Digantung Tugas, Cukur Rambut 14 Pelajar Perempuan Sebab Tak Pakai Anak Tudung Seorang guru di sekolah Indonesia dilaporkan telah mencukur rambut 14 orang pelajar perempuannya selepas didakwa tidak memakainya dengan betul, lapor Baron. Menurut Harto yang merupakan guru besar di sekolah tersebut, ekoran kejadian itu, pihak sekolah telah memohon maaf dan menggantung tugas guru […]

Bayi Lelaki Ditemukan Di Luar Pusat Tahfiz
Bayi Lelaki Ditemukan Di Luar Pusat Tahfiz JERTIH, 29 Ogos (Bernama) — Seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemukan di atas wakaf luar pagar sebuah pusat tahfiz dekat Kampung Batu Tumbuh, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata bayi itu ditemukan orang awam yang sedang mengecat pusat tahfiz berkenaan pada […]

Seorang Mangsa Tragedi Bot Terbalik Di Teluk Batik Meninggal Dunia
Seorang Mangsa Tragedi Bot Terbalik Di Teluk Batik Meninggal Dunia IPOH, 29 Ogos (Bernama) — Seorang daripada mangsa kejadian bot terbalik di Pantai Teluk Batik, Seri Manjung semalam, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Seri Manjung, di sini pagi ini. Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata polis menerima laporan bahawa Nurulafiqah […]

PRK: Tiada Faedah Sokong Pembangkang – Ahmad Maslan
PRK: Tiada Faedah Sokong Pembangkang – Ahmad Maslan MUAR, 29 Ogos (Bernama) — Pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram dan Parlimen Pulai mempunyai pilihan yang amat mudah untuk membuat keputusan mengenai siapa yang akan menjadi wakil rakyat mereka, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu berkata sekiranya pengundi […]

Eminem Arah Calon Presiden AS Hentikan Guna Lagu Ciptaannya
Eminem Arah Calon Presiden AS Hentikan Guna Lagu Ciptaannya Peguam Eminem dilaporkan telah menghantar surat kepada calon presiden Republikan, Vivek Ramaswamy untuk berhenti menggunakan lagunya semasa berkempen, lapor BBC. Surat itu dikeluarkan selepas usahawan bioteknologi itu menyampaikan persembahan secara spontan lagu “Lose Yourself” di acara Negeri Iowa. Surat bertarikh 23 Ogos itu telah dihantar oleh […]

ERL Sambung Sistem “Check In” Penerbangan Di Stesen KL Sentral
ERL Sambung Sistem “Check In” Penerbangan Di Stesen KL Sentral Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dilaporkan akan membuka semula kemudahan untuk daftar masuk penerbangan dan penurunan bagasi dalam bandar di Stesen KL Sentral bermula 1 September. Pengumuman itu dibuat oleh KLIA Ekspress pada 25 Ogos lalu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi […]

Pakej 5G RAHMAH RM60 Sebulan, Phone RM240 Dah Boleh Langgan Mulai Esok
Pakej 5G RAHMAH RM60 Sebulan, Phone RM240 Dah Boleh Langgan Mulai Esok Dalam era globalisasi ini, rangkaian internet dan jalur lebar semakin berkembang pesat dengan pelbagai pelan bahkan peranti yang semakin diperkukuhkan. Tidak hairan sekiranya sebahagian besar syarikat pengeluar peranti dan rangkaian menawarkan pelbagai pakej menarik. Baru-baru, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah memperkenalkan pelan […]

Cacing Hidup Ditemukan Dalam Otak Wanita Di Australia
Cacing Hidup Ditemukan Dalam Otak Wanita Di Australia CANBERRA, 29 Ogos (Bernama-Xinhua) — Doktor di Australia menemukan cacing parasit hidup dalam otak seorang wanita, penemuan pertama di dunia, lapor Xinhua. Dalam kajian baharu yang diterbitkan pada Selasa, penyelidik dari Australian National University (ANU) dan Hospital Canberra memperincikan penemuan cacing gelang parasit itu. Cacing gelang Ophidascaris […]

Perkeso Saran Individu Terlibat Sektor P-Hailing, E-Hailing Segera Mencarum
Perkeso Saran Individu Terlibat Sektor P-Hailing, E-Hailing Segera Mencarum SUNGAI PETANI, 28 Ogos (Bernama) — Individu yang terlibat dalam sektor penghantaran makanan (p-hailing) dan pengangkutan penumpang (e-hailing) disaran segera mendaftar serta membuat caruman dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menjamin kebajikan mereka. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata masih ramai […]

Pelepasan Sisa Air Radioaktif Terawat Fukushima, KPKM Pastikan Hasil Makanan Bebas Bahan Pencemar
28 Ogos 2023, Wisma Tani – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mengambil perhatian serius terhadap kenyataan akhbar tempatan berkaitan pelepasan sisa air radioaktif terawat Fukushima bertarikh 24 Ogos 2023 serta kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 23 Ogos 2023, di mana KKM akan mengenakan pemeriksaan Tahap 4 (pengawasan) di pintu masuk negara terhadap produk makanan berisiko […]

Lelaki Terselamat Jatuh Dari Tingkat Lima Hotel, Hanya Alami Luka Ringan
Lelaki Terselamat Jatuh Dari Tingkat Lima Hotel, Hanya Alami Luka Ringan Seorang lelaki warga Singapura terselamat selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat lima sebuah hotel di Krabi, Thailand, lapor The Thaiger. Penyelamat Krabi, Pitak Pracha telah dipanggil ke hotel di Jalan Takuapa, selatan Krabi bagi tujuan membantu mangsa yang berusia 37 tahun itu. Bagaimanapun, mangsa yang […]

Dua Maut, Helikopter Hilang Kawalan Sebelum Terhempas Di Kompleks Pangsapuri
Dua Maut, Helikopter Hilang Kawalan Sebelum Terhempas Di Kompleks Pangsapuri Dua dilapor maut manakala dua lagi cedera selepas helikopter penyelamat bomba, Broward County, Florida dilaporkan terhempas ke dalam sebuah kompleks pangsapuri pada pagi Isnin lalu, lapor CNN. Pihak berkuasa mengenal pasti mangsa yang maut sebagai Kapten Penyelamat Bomba Broward Sherif, Terryson Jackson. Seorang lagi mangsa […]

Gempa Kuat Berkekuatan 7.0 Magnitud Gegar Bali
Gempa Kuat Berkekuatan 7.0 Magnitud Gegar Bali Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) mengatakan gempa bumi berukuran 7.0 magnitud telah melanda kawasan Laut Bali di Indonesia pada Selasa, lapor CNA. Menurutnya, pusat gempa dikesan pada kedudukan 203 kilometer (km) utara Mataram, Indonesia dan pada kedalaman 516km di bawah permukaan bumi. Dalam pada itu, US Geological Survey […]