Berita

Tiga Penjenayah Warga Rohingya Ditembak Mati, Terlibat Lebih 50 Kes Jenayah
Tiga Penjenayah Warga Rohingya Ditembak Mati, Terlibat Lebih 50 Kes Jenayah KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) — Tiga penjenayah warga Rohingya yang ditembak mati tengah malam tadi di Selayang Jaya, di sini, merupakan ‘Geng Rantau Fiesta’ yang disyaki terlibat dalam lebih 50 kejadian samun dan pecah rumah di enam negeri. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein […]

Syafie Naswip Sah Tamatkan Zaman Bujangnya Dengan Gadis Pilihan Hatinya
Syafie Naswip Sah Tamatkan Zaman Bujangnya Dengan Gadis Pilihan Hatinya Pelakon, Syafie Naswip sah bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya, Nur Afiqah Ishak dengan hanya sekali lafaz, hari ini. Menurut Astro Gempak, pasangan itu telah selamat dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Jabatan Agama Islam Sepang, Ustaz Mohammad Nazri Sobirin. Pelakon filem popular ‘Mukhsin’ itu dikatakan […]

Anwar Yakin Tebuk Atap Tidak Akan Berlaku
Anwar Yakin Tebuk Atap Tidak Akan Berlaku PUTRAJAYA, 23 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan keyakinannya bahawa percubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan menerusi usaha menukar sokongan atau “tebuk atap” tidak akan berlaku berikutan sokongan padu yang diberikan Sarawak. Anwar berkata Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari […]

Bukan Kes “Straight Forward”, Polis Berdepan Cabaran Kesan Suspek Kes Bunuh Zayn Rayyan
Bukan Kes “Straight Forward”, Polis Berdepan Cabaran Kesan Suspek Kes Bunuh Zayn Rayyan Polis berdepan cabaran untuk mengenalpasti suspek kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan disebabkan kes ini bukan bersifat ‘straight forward‘. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata demikian memberi perkembangan berkenaan kes tersebut dalam satu sidang media, sebentar tadi. Beliau turut menjelaskan […]

Polis Minta Bantuan Interpol Siasatan Kes Zayn Rayyan
Polis Minta Bantuan Interpol Siasatan Kes Zayn Rayyan KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) — Polis memohon bantuan daripada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengkaji beberapa maklumat dan bahan bukti yang diperoleh dalam siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata bantuan itu melibatkan maklumat yang telah diperoleh oleh […]

Tiga Penjenayah Ditembak Mati Malam Semalam Dipercayai Warga Asing
Tiga Penjenayah Ditembak Mati Malam Semalam Dipercayai Warga Asing Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan tiga penjenayah yang ditembak mati malam semalam dipercayai adalah warga asing, lapor Astro Awani. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua daripada penjenayah tersebut memiliki kad Suruhanjaya Tinggi PBB Bagi Pelarian (UNHCR). Manakala seorang lagi penjenayah adalah daripada kumpulan […]

Lelaki Tempatan Ditemui Mati Di Sebuah Hotel Di Genting Highlands
Lelaki Tempatan Ditemui Mati Di Sebuah Hotel Di Genting Highlands Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong memaklumkan seorang lelaki warganegara tempatan telah ditemui mati di sebuah hotel di genting Highlands, Bentong semalam. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihak polis telah menerima laporan berkenaan kes tersebut pada pagi semalam. Menurutnya, lelaki berusia 51 […]

Menarik, Lelaki Buta Sejak Lahir Kongsi Gambaran Warna Yang Difahaminya
Menarik, Lelaki Buta Sejak Lahir Kongsi Gambaran Warna Yang Difahaminya Seorang lelaki yang dilahirkan buta baru-baru ini memuat naik satu video di laman TikTok dan perkongsiannya pantas mencuri perhatian warga maya. Dalam video berkenaan, lelaki berkenaan cuba berkongsi pendapat dan bagaimana dia cuba memahami gambaran warna-warna yang ada di dunia. Menurut Tommy Edison (@tommyedison), dia […]

Kartel Perbuatan Sabotaj Usaha Kerajaan Ringan Kos Sara Hidup Rakyat – Armizan
Kartel Perbuatan Sabotaj Usaha Kerajaan Ringan Kos Sara Hidup Rakyat – Armizan PAPAR, 23 Dis (Bernama) — Kegiatan mengadakan kartel antara syarikat perniagaan bagi meraih keuntungan tanpa ada persaingan sihat merupakan perbuatan mensabotaj usaha kerajaan yang kini berusaha sedaya upaya meringankan kos sara hidup rakyat. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan […]

Tiada Kompromi Terhadap Pemilik Premis Sewa Lesen Dan Gaji Pendatang – Zaliha
Tiada Kompromi Terhadap Pemilik Premis Sewa Lesen Dan Gaji Pendatang – Zaliha PUTRAJAYA, 23 Dis (Bernama) — Semua pemilik premis perniagaan di Kuala Lumpur diingatkan supaya mematuhi segala peraturan khususnya melibatkan pekerja asing, yang ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengelakkan risiko penarikan atau penggantungan lesen perniagaan masing-masing. Menteri di Jabatan Perdana Menteri […]

Jabatan Kesihatan Terengganu Ambil Sampel Makanan Di RnR Perasing
Jabatan Kesihatan Terengganu Tampil Beri Penerangan Isu Keracunan Makanan Tular Di RnR Perasing Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Terengganu dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan pihaknya sudah mengambil sampel beberapa makanan daripada sebuah premis di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing. Ia susulan tular dakwaan seorang wanita dilapor meninggal dunia kerana keracunan makanan selepas makan makanan […]

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Mulai Sesak Pagi Ini
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Mulai Sesak Pagi Ini KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) — Aliran trafik di lebuh raya utama mulai sesak pagi ini berikutan pertambahan kenderaan sempena sambutan Hari Krismas, Isnin ini. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata trafik sesak dan perlahan arah utara dari Sungai Buloh menuju ke Bukit […]

Terbabas Masuk Dalam Masjid, Penunggang Motosikal Maut
Terbabas Masuk Dalam Masjid, Penunggang Motosikal Maut KULIM — Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sehingga memasuki ruang solat sebuah masjid hari ini, lapor Astro Awani. Difahamkan, mangsa dalam lingkungan 20-an dipercayai menunggang motosikal tersebut seorang diri dalam satu kejadian yang berlaku di Masjid Guar Lobak, Padang Serai pada jam 5.45 […]

Mayat Bayi Perempuan Ditemukan Dalam Tong Sampah Sanitasi
Mayat Bayi Perempuan Ditemukan Dalam Tong Sampah Sanitasi KOTA KINABALU, 22 Dis (Bernama) — Mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditemukan di dalam tong sampah sanitasi di sebuah pusat beli-belah di sini semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Kalsom Idris berkata polis menerima aduan daripada seorang penyelia syarikat pembersihan yang menemukan mayat bayi […]

85 Peratus Pengguna Tidak Terjejas Dengan Pelarasan Tarif Elektrik Januari-Jun 2024
85 Peratus Pengguna Tidak Terjejas Dengan Pelarasan Tarif Elektrik Januari-Jun 2024 PUTRAJAYA, 22 Dis (Bernama) — Sebanyak 85 peratus atau tujuh juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2024, yang dilaksanakan di bawah mekanisme Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT), menurut Suruhanjaya Tenaga (ST). Dalam satu kenyataan di sini hari ini, ST […]

Penumpang Disaran Tiba Di KLIA Empat Jam Sebelum Berlepas – MAHB
Penumpang Disaran Tiba Di KLIA Empat Jam Sebelum Berlepas – MAHB PUTRAJAYA, 22 Dis (Bernama) — Penumpang yang ingin berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan domestik dan antarabangsa pada musim puncak perjalanan dan tempoh perayaan ini disarankan supaya tiba awal sekurang-kurangnya empat jam sebelum berlepas. Nasihat perjalanan yang dikeluarkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini memaklumkan musim […]

Inflasi Malaysia Catat Kadar Perlahan Kepada 1.5 Peratus Pada November – Perangkaan
Inflasi Malaysia Catat Kadar Perlahan Kepada 1.5 Peratus Pada November – Perangkaan KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Inflasi Malaysia terus merekodkan peningkatan pada kadar perlahan 1.5 peratus bagi November 2023 dengan mata indeks mencatatkan 130.9 berbanding 129.0 pada bulan yang sama 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir […]

Kartel Harga Makanan Ayam, MyCC Kenakan Penalti RM415.15 Juta Kepada Lima Syarikat
Kartel Harga Makanan Ayam, MyCC Kenakan Penalti RM415.15 Juta Kepada Lima Syarikat KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) hari ini mengenakan penalti berjumlah sekitar RM415.5 juta kepada lima syarikat pengisar makanan ayam kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel penetapan harga makanan ayam. MyCC dalam kenyataan […]

Polis Tahan Pasangan Kekasih, Disyaki Beri Bayi 16 Bulan Dadah
Polis Tahan Pasangan Kekasih, Disyaki Beri Bayi 16 Bulan Dadah Polis telah menahan sepasang kekasih selepas disyaki memberi dadah terhadap bayi berusia 16 bulan dalam kejadian di Iskandar Puteri, Johor baru-baru ini. Menurut Sinar Harian, bayi berkenaan dipercayai anak kandung kedua-dua suspek, yang masing-masing berusia 34 dan 31 tahun. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten […]

Mat Sentol Terima Anugerah Kehormat Permata Dunia Daripada MMU
Mat Sentol Terima Anugerah Kehormat Permata Dunia Daripada MMU JOHOR BAHRU, 22 Dis (Bernama) — Pelawak dan pelakon veteran filem Melayu, Abdul Rasip Yahya atau lebih dikenali sebagai Mat Sentol menerima Anugerah Kehormat Permata Dunia daripada Universiti Multimedia (MMU). Anugerah julung kali diperkenalkan MMU itu diberikan kepada Abdul Rasip bagi mengiktiraf dan menghargai jasa serta sumbangannya dalam […]