Berita

Bayi Dua Bulan Maut Pada Hari Kedua Dihantar Ke Taska, Pengasuh Ditahan Polis
Bayi Dua Bulan Maut Pada Hari Kedua Dihantar Ke Taska, Pengasuh Ditahan Polis Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut pada hari kedua dia dihantar ke sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya pada Selasa lepas. Difahamkan, bayi perempuan tersebut dipercayai di bawah jagaan pengasuh di sebuah taska ketika menghembuskan nafas terakhirnya. Memetik […]

Jam Tangan Mewah Dibeli Hasil Duit Hadiah Pemberian Ibu & Mendiang Bapanya – PDRM
Jam Tangan Mewah Dibeli Hasil Duit Hadiah Pemberian Ibu & Mendiang Bapanya – PDRM Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebentar tadi mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu seorang pegawai kanannya yang memiliki gaya hidup mewah dengan memiliki dua utas jam tangan berjenama Rolex. Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, Datuk Seri Azri Ahmad, hasil siasatan […]

Lelaki Nekad Kurung Diri Dalam Rumah Selama 55 Tahun, Nak Elak Jumpa Dengan Wanita
Lelaki Nekad Kurung Diri Dalam Rumah Selama 55 Tahun, Nak Elak Jumpa Dengan Wanita Seorang lelaki di Rwanda dilaporkan telah berkurung selama 55 tahun di dalam rumahnya bagi mengelak daripada berhubung dengan mana-mana wanita, lapor The Maravi Post. Calixte Nzamwita, 71, memutuskan untuk mengurung diri di rumahnya yang mempunyai satu bilik sejak dia masih remaja. […]

Bekas Pemain Badminton Indonesia, Jeffer Rosobin Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Remaja Baharu
Bekas Pemain Badminton Indonesia, Jeffer Rosobin Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Remaja Baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilaporkan melantik bekas pemain Indonesia, Jeffer Rosobin sebagai Ketua Jurulatih Remaja yang baharu. Sebelum ini, posisi itu dipegang oleh Datuk Misbun Sidek yang banyak memberi sumbangan dalam pembangunan pemain-pemain badminton Malaysia. Pengalaman Jeffer dalam sukan badminton di peringkat antarabangsa […]

Tengku Zafrul Dipilih Sebagai Presiden BAM Yang Baharu
Tengku Zafrul Dipilih Sebagai Presiden BAM Yang Baharu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul dilaporkan telah dipilih untuk menjadi Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu. Perkara itu diumumkan sendiri oleh Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataannya sebentar tadi. Menurut Mohamad Norza, keputusan itu dipersetujui oleh ahli Majlis Persatuan […]

Rumput Padang Bukit Jalil Tak Kukuh Sebab Kurang Kena Cahaya Matahari – PSM
Rumput Padang Bukit Jalil Tak Kukuh Sebab Kurang Kena Cahaya Matahari – PSM Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memaklumkan bahawa keadaan tompok rumput di padang Stadium Nasional Bukit Jalil terjadi disebabkan oleh kurang pendedahan kepada cahaya matahari. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, rumput di kawasan tersebut tidak dapat menyerap sumber matahari dengan baik sekaligus melambatkan proses tumbesaran […]

PSM Disaran Tidak Guna Padang Hingga Aksi Final Pestabola Merdeka
PSM Disaran Tidak Guna Padang Hingga Aksi Final Pestabola Merdeka PUTRAJAYA, 14 Okt (Bernama) — Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah disarankan supaya tiada sesi ujian padang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum aksi final Pestabola Merdeka 2023 menentang Tajikistan pada Selasa depan. Ketua Pegawai Eksekutif PSM Mohd Faidz Sanusi berkata saranan itu, diberikan oleh […]

TMJ Tawar Guna Stadium JDT Untuk Aksi Final Pestabola Merdeka
TMJ Tawar Guna Stadium JDT Untuk Aksi Final Pestabola Merdeka Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada hari ini menawarkan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri sebagai stadium untuk aksi perlawanan akhir Pestabola Merdeka pada Selasa depan, lapor Sinar Harian. Menurut TMJ, bagaimanapun keputusan itu terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menerimanya atau tidak. […]

“Saya Masih Hidup” – Pengurus MyCARE Gaza Dr Ziad Shehada
“Saya Masih Hidup” – Pengurus MyCARE Gaza Dr Ziad Shehada JOHOR BAHRU, 13 Okt (Bernama) — Saya masih hidup. Saya sedang mencari kawasan yang mempunyai liputan Internet untuk membawa perkembangan terbaharu kepada anda semua. Hantaran itu dimuat naik oleh Pengurus MyCARE Gaza Dr Ziad Shehada di laman Facebook beliau hari ini, secara tidak langsung menceritakan perkembangan di […]

Sabri Yunus Dan Angeline Tan Sah Berkahwin
Sabri Yunus Dan Angeline Tan Sah Berkahwin Pelakon dan pengarah tersohor Sabri Yunus pada hari ini dilaporkan selamat bernikah dengan seorang lagi pelakon Angeline Tan sebentar tadi. Kedua-dua mereka difahamkan telah dinikahkan oleh Dato Dr Maza, Mufti negeri Perlis dan disiarkan secara langsung di Facebook PROmediaTAJDID. Selain itu, pernikahan itu turut dikongsikan oleh Issey yang […]

Belanjawan 2024: RM510 Juta Diperuntukkan Untuk Dana R&D Teknologi Dan Inovasi
Belanjawan 2024: RM510 Juta Diperuntukkan Untuk Dana R&D Teknologi Dan Inovasi Dalam pembentangan Belanjawan 2024 semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memperuntukkan sejumlah RM510 juta dana R&D bagi tujuan Teknologi dan Inovasi. Dana itu diberikan kepada Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi serta Kementerian Pendidikan Tinggi. Menurut Anwar, sebanyak RM50 juta dikhususkan sebagai geran […]

Tarik Balik Darjah Kebesaran Jika Pamer Pada Kenderaan – Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang
Tarik Balik Darjah Kebesaran Jika Pamer Pada Kenderaan – Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Mempamerkan atau melekatkan lambang Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri pada kenderaan adalah dilarang sama sekali. Terutamanya bagi mereka penerima-penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur. Perkara itu telah dimaklumkan oleh Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab […]

Sanusi Gesa SPRM Buat Lebih Banyak Serbuan, Tangani Isu Simpan Beras
Sanusi Gesa SPRM Buat Lebih Banyak Serbuan, Tangani Isu Simpan Beras Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah menyatakan sokongannya terhadap tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu menyimpan beras, lapor Sinar Harian. Sanusi memberikan sokongan kepada SPRM agar melakukan lebih banyak serbuan di kilang beras bagi membanteras penyelewengan yang berlaku […]

Beri Kesan Pada Hidupan Liar, Jalan Terbelah Di Bali Cetus Perdebatan Hangat
Beri Kesan Pada Hidupan Liar, Jalan Terbelah Di Bali Cetus Perdebatan Hangat Sebatang jalan menuju Pantai Pandawa di Bali yang membelah tanah tinggi telah mencetuskan perdebatan hebat di atas talian. Menurut Oddity Central, orang ramai telah mempersoalkan tentang kepraktisan projek itu dan kesannya terhadap hidupan liar tempatan. Mempunyai pasir putih yang halus dan air jernih, […]

Pewaris Keluarga Kaya Terkedu, Dapat Tahu Bukan Anak Kandung Selepas Buat Ujian DNA
Pewaris Keluarga Kaya Terkedu, Dapat Tahu Bukan Anak Kandung Selepas Buat Ujian DNA Seorang wanita muda yang dibesarkan di oleh ibu bapa yang kaya-raya terpaksa menerima hakikat yang cukup pedih apabila ia didapati bukan anak kandung orang tuanya. Menurut The Thaiger, walaupun mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada keluarga tersebut, ramai yang selalu memberi teguran tidak […]

“Padang Patut Beri Lebih Masa, Biar Akar Kuat”, Respon TMJ Dengan Keadaan Padang Bukit Jalil
“Padang Patut Beri Lebih Masa, Biar Akar Kuat”, Respon TMJ Dengan Keadaan Padang Bukit Jalil Malaysia hari ini turun menentang India dalam saingan Pesta Bola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Selain mahu melihat aksi lincah pemain kebangsaan, rakyat Malaysia teruja untuk melihat permukaan baharu stadium berkenaan. Sebelum ini, SNBJ menjalani kerja-kerja naik taraf […]

Berita Baik, Beli Motosikal Elektrik Dapat Rebat RM2,400
Galak Orang Ramai Guna EV, Pembeli Motosikal Elektrik Layak Dapat Rebat Bernilai RM2,400 Pembeli motosikal elektrik bakal menikmati rebat berjumlah RM2,400, umum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2024 hari ini. Tindakan ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan penerimaan rakyat terhadap kenderaan elektrik (EV). Dalam pembentangan tersebut, beliau memaklumkan bahawa kerajaan […]

MYAirlines: Sabah Hilang 6,000 Penumpang Seminggu
MYAirlines: Sabah Hilang 6,000 Penumpang Seminggu KOTA KINABALU, 13 Okt (Bernama) — Penggantungan operasi syarikat penerbangan tambang murah MYAirlines yang berkuat kuasa semalam telah menyebabkan Sabah kehilangan 6,000 penumpang seminggu, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew. Beliau berkata jumlah penerbangan domestik ke Sabah turut terjejas berikutan penggantungan operasi dan kerajaan […]

Imam, Bilal, Siak, Noja, Marbut, Guru Takmir & KAFA Dapat RM700
Belanjawan 2024: Sumbangan Khas RM700 Kepada Imam, Bilal, Siak, Noja & Marbut Kerajaan akan memberikan sumbangan khas bernilai RM700 kepada imam, bilal, siak, noja dan marbut di seluruh negara menerusi pembentangan Belanjawan 2024 hari ini. Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa sumbangan khas ini diberikan adalah untuk menghargai […]

Kerajaan Salur Bantuan RM10 Juta Bantu Warga Palestin
Kerajaan Salur Bantuan RM10 Juta Bantu Warga Palestin KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Kerajaan akan memberi bantuan kepada warga Palestin termasuk menyediakan dana sebanyak RM10 juta untuk tujuan tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Saya dengan ini memutuskan semalam Menteri Luar menyebut dana awal RM1 juta saya tambah permulaan dana dari kerajaan […]