Berita

Menteri Kesihatan Dirujuk Jabatan Kecemasan, Alami Gejala Renal Colic
Menteri Kesihatan Dirujuk Jabatan Kecemasan, Alami Gejala Renal Colic KUALA LUMPUR — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad telah dirujuk ke Jabatan Kecemasan pada awal pagi tadi kerana disyaki mengalami gejala renal colic. Walau bagaimanapun KKM memberitahu beliau kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan. “Sama-sama kita doakan agar […]

Letupan Gas Utara China: Seorang Maut, 22 Cedera
Letupan Gas Utara China: Seorang Maut, 22 Cedera BEIJING — Seorang terbunuh manakala 22 cedera dalam letupan gas yang disyaki berlaku di wilayah Hebei, utara China pada Rabu, lapor CNA. Letupan itu disyaki berpunca daripada kebocoran gas di sebuah premis sekitar jam 7.55 pagi. Menurut media kerajaan dalam video yang dimuat naik di meda sosial mendedahkan, […]

15 Maut Dalam Kebakaran Bangunan Di China, Basikal Elektrik Jadi Punca
15 Maut Akibat Kebakaran Di China, Basikal Elektrik Jadi Punca Sekurang-kurangnya 15 orang telah terbunuh dalam kejadian kebakaran yang berpunca daripada sebuah basikal elektrik di China. Menurut CNN, kebakaran tersebut berlaku di sebuah pangsapuri 34 tingkat di kawasan perumahan Nanjing, wilayah Jiangsu, China pada pagi Jumaat, 23 Februari lepas. Kejadian itu juga menyebabkan 44 orang mengalami […]

Tesla Mula Hantar Model Y Di Malaysia
Tesla Mula Hantar Model Y Di Malaysia KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Tesla telah memulakan penghantaran Model Y, kenderaan utiliti sukan elektriknya (SUV) di Malaysia. Syarikat itu berkata model itu didatangkan dalam tiga varian iaitu Model Y (pacuan roda belakang), Model Y Long Range (dwimotor pacuan semua roda) dan Model Y Performance (dwimotor pacuan […]

Curi Hiasan Emas Pada Kubah Masjid Bernilai Hampir RM1 Juta, Lelaki Ditahan
Curi Hiasan Emas Pada Kubah Masjid Bernilai Hampir RM1 Juta, Lelaki Ditahan Seorang lelaki berjaya ditahan pihak polis selepas didakwa mencuri hiasan emas yang bernilai hampir RM1 juta pada kubah Masjid Al Huda, Buru di Indonesia pada Isnin lepas. Suspek yang bekerja sebagai seorang nelayan di Kampung Kayeli ditahan ketika ingin melarikan diri ke Maluku […]

Kerajaan Pertimbang Tidak Libatkan Pelajar Sekolah Dalam PLKN
Kerajaan Pertimbang Tidak Libatkan Pelajar Sekolah Dalam PLKN KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Kerajaan mempertimbangkan untuk tidak melibatkan pelajar sekolah dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bakal diperkenalkan semula, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata ketetapan mengenai peserta PLKN masih dalam peringkat rundingan dan belum dimuktamadkan setakat ini. “PLKN […]

MetMalaysia Ramal Cuaca Panas Lebih 35 Darjah Celsius Di Semenanjung, Sabah
MetMalaysia Ramal Cuaca Panas Lebih 35 Darjah Celsius Di Semenanjung, Sabah KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius diramalkan di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sepanjang tempoh tujuh hari ke hadapan. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan di Sarawak, ribut […]

Pemberi Maklumat Boeing Ditemui Meninggal Dunia, Dipercayai Akibat Kecederaan Sendiri
Pemberi Maklumat Boeing Ditemui Meninggal Dunia, Dipercayai Akibat Kecederaan Sendiri LOS ANGELAS — Seorang bekas pekerja Boeing terkenal ditemui meninggal dunia pada usia 62 di Amerika Syarikat pada 9 Mac lalu, lapor BBC News. Lelaki tersebut yang lantang menyuarakan kebimbangan mengenai piawaian keselamatan pengeluaran pesawat syarikat itu meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan yang dilakukan sendiri. […]

Ramai Kecewa Dekorasi Raya Tak Memuaskan, Ini Respons Suria KLCC
Ramai Kecewa Dekorasi Raya Tak Memuaskan, Ini Respons Suria KLCC Suria Kuala Lumpur City Centre (KLCC) memaklumkan bahawa replika bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri masih dalam proses persiapan. Perkara itu diberitahu dalam satu ruangan komen di laman rasmi Facebook Suria KLCC. Lebih menarik lagi, replika ikonik setiap kali perayaan itu bakal mencapai langit dengan ketinggian […]
Modal Pasaran Bitcoin Atasi Logam Perak, Kini Jadi Aset Ke-8 Terbesar Dunia
Modal Pasaran Bitcoin Atasi Logam Perak, Kini Jadi Aset Ke-8 Terbesar Dunia Modal pasaran matawang kripto, Bitcoin dilapor berjaya memintas logam perak untuk muncul sebagai aset kelapan terbesar di dunia, lapor Companies Market Cap. Menurut paparan data Companies Market Cap, Bitcoin memiliki modal pasaran sebanyak USD1.420 trilion (RM6.65 trilion), manakala logam perak memiliki modal pasaran […]

Gara-gara Lempar Syiling Dalam Enjin Pesawat, Penerbangan Ditangguh Empat Jam
Gara-gara Lempar Syiling Dalam Enjin Pesawat, Penerbangan Ditangguh Empat Jam BEIJING — Gara-gara melemparkan syiling ke dalam enjin pesawat, sebuah penerbangan di China terpaksa ditangguhkan kira-kira empat jam dalam kejadian Rabu lalu, lapor CNN. Menurut media kerajaan tempatan, penerbangan China Southern Airlines CZ8805 pada awalnya dijadualkan berlepas dari bandar Selatan Sanya ke Beijing sekitar jam […]

Tribute Untuk Akira Toriyama, 20,000 Orang Berkumpul Di Argentina Buat Genki-Dama
Tribute Untuk Akira Toriyama, 20,000 Orang Berkumpul Di Argentina Buat Genki-Dama Dragon Ball sememangnya sebuah anime legenda yang menceriakan zaman kanak-kanak di serata dunia. Watak-watak utama dalam siri ini, seperti Son Goku, Vegeta, Frieza, Majin Bu dan banyak lagi selalu diidolakan kita semua suatu ketika dahulu. Bahkan, kita juga terikut-terikut dan sering menggayakan teknik-teknik ikonik […]

Hanya Makan Telur & Bubur, Sonny Bill Williams Kongsi Menu Ringkas Sahur
Hanya Makan Telur & Bubur, Sonny Bill Williams Kongsi Menu Ringkas Sahur Hari ini merupakan hari pertama umat Islam di Malaysia menyambut ketibaan Ramadan. Pun begitu, beberapa negara seperti Arab Saudi telah mula berpuasa sejak semalam. Tentunya ramai yang berkongsikan detik-detik menyambut ketibaan bulan suci ini seperti berlumba-lumba mengerjakan ibadah dan banyak lagi dalam mengimarahkannya. […]

Penarafan Kredit Tidak Tepat: CTOS Diarah Bayar RM200,000 Kepada Pengarah Resort
Penarafan Kredit Tidak Tepat: CTOS Diarah Bayar RM200,000 Kepada Pengarah Resort KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini telah memerintahkan CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) membayar pampasan sebanyak RM200,000 kepada pengarah sebuah resort susulan penarafan kredit yang tidak tepat. Hakim Datuk Akhtar Tahir dalam penghakimannya baru-baru ini berkata mahkamah mendapati CTOS […]

Batik Air Indonesia Gantung Juruterbang Susulan Tertidur Semasa Penerbangan
Batik Air Indonesia Gantung Juruterbang Susulan Tertidur Semasa Penerbangan JAKARTA, 11 Mac (Bernama-dpa) — Batik Air Indonesia telah menggantung juruterbang dan pembantu juruterbangnya selepas mereka tertidur semasa penerbangan domestik pada Januari, menurut syarikat penerbangan komersial itu, lapor Agensi Berita Jerman dpa. Juruterbang itu tertidur semasa penerbangan balik ke Jakarta dari Kendari selepas melepasi ketinggian penerbangan, tetapi pembantu juruterbang itu […]

Selepas 125 Tahun, SK ST. Paul Terima Pelajar Perempuan
Selepas 125 Tahun, SK ST. Paul Terima Pelajar Perempuan SEREMBAN, 11 Mac (Bernama) — Selepas 125 tahun penubuhannya, Sekolah Kebangsaan (SK) St. Paul di sini mencatat sejarah apabila mula menerima kemasukan pelajar perempuan buat kali pertama bersempena dengan sesi baharu persekolahan hari ini. Pengerusi Lembaga Pengurus sekolah Dr Mahadevan Deva Tata berkata pengambilan pelajar perempuan di sekolah itu merupakan […]

CGF Tawar Malaysia Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026, Bersama Dana RM602 Juta
CGF Tawar Malaysia Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026, Bersama Dana RM602 Juta KUALA LUMPUR — Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) telah menawarkan Malaysia peluang untuk menggantikan Victoria sebagai tuan rumah Sukan Komanwel pada 2026. Tawaran tersebut termasuk pelaburan kewangan sebanyak £100 juta (RM602 juta) untuk menyokong penghantaran tempatan dan perancangan bagi edisi 2026 itu. Susulan […]

Kantin Sekolah Mesti Dibuka Sepanjang Ramadan – Fadhlina
Kantin Sekolah Mesti Dibuka Sepanjang Ramadan – Fadhlina KUALA LANGAT — Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hari ini memaklumkan kantin di semua sekolah kekal beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan, lapor Sinar Harian. Menurutnya, perkara itu dilakukan untuk memberikan kemudahan terhadap pelajar bukan beragama Islam mendapatkan makanan ketika waktu rehat. Jelasnya, prosedur ini penting dalam menimbulkan […]

Populasi Penduduk Thailand Diramal Kurang 50 Peratus Dalam Tempoh 60 Tahun
Populasi Penduduk Thailand Diramal Kurang 50 Peratus Dalam Tempoh 60 Tahun BANGKOK — Timbalan Perdana Menteri Thailand, Somsak Thepsutin memberi amaran bahawa populasi penduduk Thailand diramal merosot daripada 66 juta kepada 33 juta orang sahaja dalam tempoh 60 tahun, lapor The Thaiger. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara (NESDC) semalam, […]

MYDIN Manjoi Ditutup Sementara Bermula Hari Ini
MYDIN Manjoi Ditutup Sementara Bermula Hari Ini IPOH — Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi, Perak akan ditutup sementara bermula 11 Mac 2024 (Isnin) susulan kebakaraan yang berlaku semalam. Perkara itu dimaklumkan MYDIN dalam satu kenyataan ringkas di laman rasmi Facebook MYDIN Malaysia. Menurutnyan, tarikh dan masa pembukaan pasar raya itu akan dimaklumkan kelak. “Sebagai […]