Berita

Berita
Polis Tahan Lelaki Warga Israel Bersama Enam Pucuk Pistol
Polis Tahan Lelaki Warga Israel Bersama Enam Pucuk Pistol KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini, Rabu lepas. Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain berkata lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai memasuki Malaysia pada 12 Mac lepas […]
Berita
Kerajaan Persekutuan Ambil Alih Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang – Loke
Kerajaan Persekutuan Ambil Alih Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang – Loke PUTRAJAYA, 29 Mac (Bernama) — Kerajaan Persekutuan secara rasmi mengambil alih projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang daripada kerajaan negeri, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Loke berkata keputusan itu dicapai susulan keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan cadangan pembangunan projek berkenaan […]
Berita
Azhan Rani Kesal Penonton Tengok Drama Khunsa Di Telegram, “Itu Cetak Rompak”
Azhan Rani Kesal Penonton Tengok Drama Khunsa Di Telegram, “Itu Cetak Rompak” Pelakon, Azhan Rani hari ini meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan segelintir warga maya yang menonton drama terbaru dibintanginya, Khunsa melalui Telegram. Melalui Instagram, Azhan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak beretika, apatah lagi jika dikongsikan dengan orang ramai di media sosial. Bersama hantaran berkenaan, […]
Berita
“Kita Kena Ada Semangat Kerja”, PM Beri Bayangan Tiada ‘Cuti Tambahan’ Sempena Aidilfitri
“Kita Kena Ada Semangat Kerja”, PM Beri Bayangan Tiada ‘Cuti Tambahan’ Sempena Aidilfitri Menjelang sambutan Aidilfitri pada April depan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan tiada ‘cuti tambahan’ yang akan diberikan. Menurut Astro Awani, beliau berkata demikian ketika diajukan soalan ringkas berkenaan kemungkinan cuti tambahan diberikan pada 12 April ini. “Kita kena ada […]
Berita
Jalan Sesak Teruk, Bas Dilapor Terbalik Di Lebuhraya KL-Karak
Jalan Sesak Teruk, Bas Dilapor Terbalik Di Lebuhraya KL-Karak Satu kemalangan melibatkan sebuah bas terbalik berlaku di KM51.4 di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Timur (Bukit Tinggi – Lentang). Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dalam satu hantaran di laman facebooknya memaklumkan kemalangan tersebut berlaku kira-kira 8.13 pagi tadi. Susulan itu, semua lorong di kawasan kejadian telah terhalang […]
Berita
Nur Fazlinda, Adik Perempuan Bienda Meninggal Dunia Semalam
Nur Fazlinda, Adik Perempuan Bienda Meninggal Dunia Penyanyi, Nor Razlinda Razli atau lebih dikenali Bienda berkongsi khabar duka pemergian adiknya, Nur Fazlinda bertemu Yang Maha Mencipta pada jam 11.30 pagi, semalam. Berita sedih berkenaan dikongsikan oleh Bienda sendiri melalui satu hantaran di Instagram. “Selamat jalan bidadari syurga kami. Innalillahiwainnailaihirojiun. Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya […]
Berita
Kadar Mas Kahwin Pahang Dinaikkan Bermula RM100 – Sultan Pahang
Kadar Mas Kahwin Pahang Dinaikkan Bermula RM100 – Sultan Pahang Kadar mas kahwin di negeri Pahang yang sebelum ini berjumlah RM22.50 telah dinaikkan kepada RM100, titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baginda bertitah, perubahan itu dibuat susulan bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa. “Maka hari ini saya dengan ini memperkenankan pindaan kadar mas […]
Berita
Faktor Suhu Laut Punca Damparan Ubur-ubur Di Pantai Kuala Penyu, Sabah
Faktor Suhu Laut Punca Damparan Ubur-ubur Di Pantai Kuala Penyu, Sabah KOTA KINABALU, 28 Mac (Bernama) — Fenomena ribuan ubur-ubur terdampar di pesisir pantai Kampung Jangkit dekat Kuala Penyu, semalam yang tular di media sosial, berkait rapat dengan faktor peningkatan suhu air laut serta pasang dan surut air yang mendadak, kata Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Azhar Kassim. […]
Berita
PSM Adakan Mesyuarat Pascanilai Padang SNBJ Awal Minggu Depan
PSM Adakan Mesyuarat Pascanilai Padang SNBJ Awal Minggu Depan KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada awal minggu hadapan. Perkara itu disahkan PSM menerusi laman X yang memaklumkan mesyuarat mengenai gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu akan diadakan bersama juruperunding […]
Berita
Lapan Sekeluarga Pengsan Dalam Kereta Ketika Dalam Perjalanan Pulang Ke Kampung, Seorang Maut
Lapan Sekeluarga Pengsan Dalam Kereta Ketika Dalam Perjalanan Pulang Ke Kampung, Seorang Maut INDONESIA — Lapan sekeluarga di Lahat, Sumatera Selatan pengsan di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke Bandung, Jawa Barat. Kejadian itu juga telah menyaksikan seorang daripada mereka maut, lapor Serambi News. Menurut laporan, mereka sedang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung […]
Berita
Gangguan Bekalan Elektrik Berlarutan, IOI City Mall Ditutup Hari Ini
Gangguan Bekalan Elektrik Berlarutan, IOI City Mall Ditutup Hari Ini IOI City Mall ditutup sepenuhnya hari ini selepas masalah gangguan bekalan elektrik di pusat beli-belah itu masih berlarutan. Pihak pengurusan IOI City Mall dalam satu kenyataan terbaru berkata pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengenal pasti pelbagai kerosakan dan sedang berusaha membaikinya. Sungguhpun begitu, TNB […]
Berita
Messi Anggap Usia Bukan Faktor Untuk Bersara Dari Dunia Bola Sepak
Messi Anggap Usia Bukan Faktor Untuk Bersara Dari Dunia Bola Sepak Lionel Messi memberitahu bahawa usia tidak mempengaruhi rancangannya untuk bersara dan akan bersama pasukannya sehingga dia tidak lagi mampu membantu mereka, lapor Mirror. Bintang bola sepak dunia itu telah meninggalkan benua Eropah selepas menghabiskan berpuluh tahun bermain di Barcelona dan PSG. Kini, beliau telah […]
Berita
Alami Gangguan Elektrik, IOI City Mall Ditutup Sementara Sehingga Bekalan Pulih Semula
Alami Gangguan Elektrik, IOI City Mall Ditutup Sementara Sehingga Bekalan Pulih Semula Pusat beli-belah, IOI City Mall Putrajaya mengalami masalah gangguan bekalan elektrik dan ditutup buat seketika pagi ini sehingga keadaan menjadi pulih seperti sedia kala. Pihak IOI City Mall dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang membaiki masalah bekalan elektrik itu. […]
Berita
Lelaki Tak Kisah Ulang-Alik 270km Tiap Hari Pergi Kerja Demi Keluarga
Lelaki Tak Kisah Ulang-Alik 270km Tiap Hari Pergi Kerja Demi Keluarga SHAH ALAM — Kerana ingin tinggal bersama ahli keluarga, seorang lelaki sanggup ulang-alik sejauh 270 kilometer (km) setiap hari untuk bekerja di ibu kota Kuala Lumpur dari rumahnya di Felda Chemomoi, Pahang, lapor Sinar Harian. Menurut lelaki yang mahu dikenali sebagai Reno, 31, perjalanan […]
Berita
Bayi Dua Bulan Meninggal Dunia Dijangkiti Batuk Kokol Di Kelantan
Bayi Dua Bulan Meninggal Dunia Dijangkiti Batuk Kokol Di Kelantan KOTA BHARU, 27 Mac (Bernama) — Satu kematian melibatkan seorang bayi lelaki berusia dua bulan akibat jangkitan Pertusis atau batuk kokol direkodkan di Kelantan sehingga minggu ke-12, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata kematian […]
Berita
Ini Senarai 18 Lokasi Smart Lane Yang Diaktifkan Menjelang Aidilfitri
Ini Senarai 18 Lokasi Smart Lane Yang Diaktifkan Menjelang Aidilfitri Sebut sahaja Smart Lane, mungkin masih ramai pengguna jalan raya yang belum mengetahui tentang laluan ini. Menurut PLUS Malaysia, Smart Lane adalah pengaktifan lorong paling kiri di lebuhraya PLUS di beberapa laluan kritikal di lebuh raya. Inisiatif ini bertujuan untuk menambah kapasiti lorong di lebuh […]
Berita
Smartlane Di 18 Lokasi Kritikal Diaktifkan Seluruh Negara – PLUS
Smartlane Di 18 Lokasi Kritikal Diaktifkan Seluruh Negara – PLUS PETALING JAYA — Laluan Smartlane di sebanyak 18 lokasi kritikal sepanjang lebuh raya di negara akan diaktifkan sebagai alternatif mengurangkan kesesakan trafik menjelang perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, lapor Sinar Harian. Menurut Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Nik Airina Nik Jaafar, […]
Berita
Treler Terjunam Ke Dalam Gaung, Pemandu Maut
Treler Terjunam Ke Dalam Gaung, Pemandu Maut SEREMBAN, 27 Mac (Bernama) — Seorang lelaki maut selepas treler dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sebelum terbakar sepenuhnya dalam kemalangan di KM255 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di sini petang tadi. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Hadi Alias berkata […]
Berita
JPJ Umum Pemanggilan Semula Beberapa Model Kia, Volkswagen dan Toyota
JPJ Umum Pemanggilan Semula Beberapa Model Kia, Volkswagen dan Toyota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan pemanggilan semula (product recall) terhadap tiga syarikat pengeluar kenderaan membabitkan Kia, Toyota dan Volkswagen hari ini. Menerusi kenyataan tersebut, ia melibatkan kereta jenis model Sportage (SL) tahun keluaran 2013 hingga 2015 dengan kuantiti 1,833 buah untuk Kia. Manakala Volkswagen […]
Berita
Kontraktor Mengaku Tidak Bersalah Kemuka Dokumen Palsu Dapatkan Kontrak Kerajaan
Kontraktor Mengaku Tidak Bersalah Kemuka Dokumen Palsu Dapatkan Kontrak Kerajaan KANGAR, 27 Mac (Bernama) — Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan kontrak kerja penyelenggaraan dengan kerajaan bernilai RM43,909 empat tahun lepas. Mohamad Basir Shariff, 62, yang merupakan pengurus syarikat Perfect Solution Enterprise dituduh […]