Berita

KKM Siasat Dakwaan Kematian Pesakit Tidak Terima Rawatan Tepat
KKM Siasat Dakwaan Kematian Pesakit Tidak Terima Rawatan Tepat ALOR SETAR, 9 Dis (Bernama) — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyiasat dakwaan berhubung kematian seorang pesakit lelaki yang dikatakan tidak mendapat rawatan yang tepat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani seperti yang ditularkan di media sosial, Khamis lalu. HSAH dalam satu kenyataan hari […]

Hilang Sejak Khamis, Adik Daniel Akmal Ditemui Selamat
Hilang Sejak Khamis, Adik Daniel Akmal Ditemui Selamat Remaja berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu berjaya ditemui dalam keadaan selamat. Berita penemuan Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Yusri Yunos pada malam tadi. Menurut perkongsian tersebut, adik Danile Akmal ditemui hasil bantuan dan kerjasama daripada warga sekolah, jemaah […]

Dividen Simpan SSPN 2023 Dijangka Meningkat – PTPTN
Dividen Simpan SSPN 2023 Dijangka Meningkat – PTPTN KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjangkakan pemberian kadar dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi 2023 akan meningkat berbanding tahun sebelumnya. Pengerusi PTPTN Datuk Norliza Abdul Rahim dalam kenyataan hari ini berkata ini susulan peningkatan keuntungan pelaburan dan trend […]

“Jumpa Lagi Ya Abang” Ibu Luah Rasa Rindu, Nak Peluk & Cium Adik Zayn Rayyan
“Jumpa Lagi Ya Abang” Ibu Luah Rasa Rindu, Nak Peluk & Cium Adik Zayn Rayyan Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin meluahkan rasa rindu terhadap arwah yang ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang baru-baru ini. Ismanira Abdul Manaf (28) telah memuat naik luahan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya (@izzmanaf) pada pagi ini. Dia […]

Vietnam Digegar Dengan Skandal Rasuah RM57.9 Bilion, Terbesar Di Asia Tenggara
Vietnam Digegar Dengan Skandal Rasuah RM57.9 Bilion, Terbesar Di Asia Tenggara Vietnam dilaporkan berdepan dengan skandal rasuah terbesar dalam sejarah negara itu melibatkan penggelapan wang bernilai €11.4 billion (RM57.9 bilion). Jumlah berkenaan dikatakan menyamai kira-kira 3 peratus nilai GPD negara tersebut. Skandal rasuah berkenaan dianggap sebagai yang terbesar di Asia Tenggara setakat ini. Menurut DW, […]

Kena Tumbukan Padu Jojo Ghazali, Edgar Tabares Tumbang Dalam 36 Saat
Kena Tumbukan Padu Jojo Ghazali, Edgar Tabares Tumbang Dalam 36 Saat Nama Johan Ghazali sekali lagi meniti di bibir peminat sukan tinju Muay Thai selepas dia berjaya menewaskan lawannya dari Mexico, Edgar Tabares dalam acara ONE Fight Night. Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo berjaya menumpaskan lawannya dengan tumbukan padu dalam tempoh hanya 36 […]

Rekod Pelaku Kesalahan Seksual Antara Yang Dikumpul Dalam Siasatan Kes Zayn Rayyan
Rekod Pelaku Kesalahan Seksual Antara Yang Dikumpul Dalam Siasatan Kes Zayn Rayyan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilapor tidak menolak kemungkinan bahawa suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan adik Zayn Rayyan merupakan individu yang mempunyai rekod jenayah termasuk terlibat dalam kesalahan seksual. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata bahawa pihaknya masih lagi giat menjalankan […]

Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera
Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan. Justeru, beliau menafikan Zayn Rayyan merupakan mangsa dera seperti yang didakwa sesetengah pihak. “Tiada kesan penderaan ditemukan pada badan mangsa, ibu […]

November ‘Milik’ Manchester United, Sapu Tiga Anugerah Bulanan EPL
November ‘Milik’ Manchester United, Sapu Tiga Anugerah Bulanan EPL Bulan November menjadi bulan yang cemerlang buat kem Manchester United apabila berjaya merangkul tiga anugerah bulanan Liga Perdana Inggeris (EPL). Kelab gergasi EPL itu berjaya membawa pulang Anugerah Pengurus Terbaik Bulanan, Gol Terbaik Bulanan dan Pemain Terbaik Bulanan. MU melalui kempen yang sangat baik sepanjang November […]

NVIDIA Setuju Labur, Bantu Malaysia Bangunkan Ekosistem & Pusat Data AI
Malaysia Bakal Menerima Pelaburan Besar Bagi Mewujudkan Teknologi AI Malaysia dilaporkan bakal menerima pelaburan dalam mewujudkan teknologi Kecerdesan Buatan (AI) daripada syarikat teknologi multinasional, NVIDIA. Perkara itu dikongsikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran terbarunya di laman X sebentar tadi. Menurutnya, perkara itu berjaya direalisasikan selepas perbincangan penuh makna bersama Ketua Pegawai […]

Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Belanja Skill Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram
Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Berjaya Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram Seorang kanak-kanak berasal dari United Kingdom dilaporkan berjaya menangkap ikan keli seberat 68.94 kilogram semasa sedang bercuti di Sepanyol, lapor Daily Mail. Kejayaan itu sekaligus melayakkan, Joshua Davenport, 11, merangkul rekod Eropah kategori ikan air tawar terbesar yang pernah ditangkap oleh seorang kanak-kanak. Difahamkan, […]

Henti Komen Kes Kematian Zayn Rayyan – Polis Selangor
Henti Komen Kes Kematian Zayn Rayyan – Polis Selangor KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Polis menasihatkan orang orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan meninggal dunia di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selasa lepas. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ini susulan […]

MB Terengganu Turun Ke Stadium Malam Ini, Ingatkan Penyokong Jangan Lupa Solat
MB Terengganu Turun Ke Stadium Malam Ini, Ingatkan Penyokong Jangan Lupa Solat Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilapor akan turut hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi memberikan sokongan kepada pasukan Terengganu FC. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh beliau menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya sebentar tadi. Menerusi hantaran tersebut, […]

Gelagat Final Piala Malaysia, Penyokong Datang Stadium Pakai Baju Pengantin
Gelagat Final Piala Malaysia, Penyokong Datang Stadium Pakai Baju Pengantin Bahang kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 kian terasa. Penyokong pasukan yang bertanding, JDT dan Terengganu FC dilihat sudah mula membanjiri perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Menurut Stadium Astro, kawasan di sekitar perkarangan SNBJ sudah pun mula sesak dan meriah dengan kehadiran penyokong. […]

Ditinggalkan Pada 1937, Kamera Milik Pendaki Berjaya Ditemui Semula 85 Tahun Kemudian
Ditinggalkan Pada 1937, Kamera Milik Pendaki Berjaya Ditemui Semula 85 Tahun Kemudian Kamera yang dipasang dan ditinggalkan oleh seorang pendaki di kawasan pergunungan Yukon di Kanada pada 1937 berjaya ditemui semula 85 tahun kemudian. Menurut Unilad, selepas dianalisis, kamera itu didapati sempat merakam beberapa gambar panorama yang sangat indah. Kamera berkenaan dimiliki oleh seorang pendaki […]

Timbalan Menteri Indonesia Letak Jawatan Ekoran Dakwaan Rasuah
Timbalan Menteri Indonesia Letak Jawatan Ekoran Dakwaan Rasuah JAKARTA, 8 Dis (Bernama) — Presiden Joko Widodo menerima peletakan jawatan timbalan menteri Edward Omar Sharif Hiariej yang kini disiasat oleh agensi antirasuah KPK. Timbalan menteri undang-undang dan hak asasi manusia itu secara rasmi menyerahkan surat peletakan jawatannya pada Isnin. “Presiden menerima surat peletakan jawatan Edward Omar hari ini,” […]

Rayuan Individu Layak Terima eMadani Tapi Permohonan Ditolak Sedang Dipertimbang – Ahmad Maslan
Rayuan Individu Layak Terima eMadani Tapi Permohonan Ditolak Sedang Dipertimbang – Ahmad Maslan PONTIAN — Rayuan individu yang layak menerima kredit eMadani tetapi permohonannya ditolak sedang dipertimbangkan semula oleh Kementerian Kewangan, lapor Sinar Harian. Menurut Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, pengumuman mengenai rayuan eMadani tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Jelasnya, keluhan […]

Perkeso Sahkan Laman Sesawang Digodam, Operasi Harian Tidak Terjejas
Perkeso Sahkan Laman Sesawang Digodam, Operasi Harian Tidak Terjejas KUALA LUMPUR — Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memaklumkan bahawa sistem, pangkalan maklumat dan laman sesawang pertubuhan itu telah diserang penggodam sejak Sabtu. PERKESO dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan perkara tersebut. Berikutan itu, pertubuhan itu memaklumkan telah menggerakkan pelan pengurusan krisis yang diaktifkan pada hari yang […]

Polis Mohon Bantuan Kesan Pelajar Lelaki 14 Tahun Dilaporkan Hilang
Polis Mohon Bantuan Kesan Pelajar Lelaki 14 Tahun Dilaporkan Hilang KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi kali terakhir berada di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam […]

“Dia Tak Pernah Kacau Orang,” Pengasuh Sifatkan Zayn Rayyan Anak Yang Baik
“Dia Tak Pernah Kacau Orang,” Pengasuh Sifatkan Zayn Rayyan Anak Yang Baik Kehilangan Zayn Rayyan Abdul Matiin yang berusia enam tahun meninggalkan kesan yang mendalam terhadap orang ramai khususnya kenalan rapat keluarga mangsa termasuk pengasuhnya, Auni Afiqah Abas. Auni dalam satu temu bual ringkas berkata dia menyifatkan Zayn seorang kanak-kanak-kanak yang baik. “Masih terasa macam […]