Berita

Banjir: 18,735 Mangsa Dipindahkan Ke PPS Di Empat Negeri
Banjir: 18,735 Mangsa Dipindahkan Ke PPS Di Empat Negeri KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) — Seramai 18,735 mangsa dipindahkan ke 199 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri yang dilanda banjir. Menurut laporan terkini kejadian bencana yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) setakat 12 tengah malam tadi, Kelantan merekodkan jumlah mangsa […]

Kemalangan Dua Kenderaan, Kanak-Kanak Perempuan Dilapor Maut
Kemalangan Dua Kenderaan, Kanak-Kanak Perempuan Dilapor Maut KEMAMAN — Seorang kanak-kanak perempuan berumur setahun lapan bulan dilaporkan maut dalam nahas dua kenderaan berhampiran susur keluar Plaza Tol Kerteh, Lebuhraya Pantai Timur (LPT2), lapor Astro Awani. Difahamkan, kemalangan itu berlaku sekitar jam 8 malam Isnin membabitkan sebuah Perodua Kancil dan Perodua Alza di kilometer 323.4. Menurut […]

Banjir: TNB Tutup Beberapa Pencawang Elektrik Di Rantau Panjang
Banjir: TNB Tutup Beberapa Pencawang Elektrik Di Rantau Panjang KOTA BHARU, 26 Dis (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menutup bekalan di beberapa pencawang elektrik di Rantau Panjang, Pasir Mas susulan hujan dan banjir bermula malam tadi. TNB memaklumkan langkah itu dibuat bagi memastikan keselamatan pengguna. “Berikut adalah kawasan yang tidak mendapat bekalan elektrik ekoran […]

Pengantin Ditipu Jurusaji, Rugi Lebih RM13,000
Pengantin Ditipu Jurusaji, Rugi Lebih RM13,000 SEREMBAN, 25 Dis (Bernama) — Sebuah keluarga terpaksa memasak hidangan makanan kepada tetamu bagi majlis perkahwinan dianjurkan gara-gara pihak jurusaji tidak memberikan maklum balas pada saat akhir. Abang kepada pasangan pengantin terbabit, Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor, 31, dalam kenyataan menerusi Facebook berkata pihak jurusaji itu sepatutnya menyediakan hidangan untuk 1,000 tetamu […]

Sarawak Rekod Pendapatan Cecah RM13.1 Bilion Pada 2023 – Abang Jo
Sarawak Rekod Pendapatan Cecah RM13.1 Bilion Pada 2023 – Abang Jo KUCHING, 25 Dis (Bernama) — Sarawak telah merekodkan pendapatan mencecah RM13.1 bilion pada 2023, angka tertinggi yang pernah dicapai oleh negeri itu, kata Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Premier Sarawak itu berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Setiausaha Kewangan Negeri pada minggu […]

Geely Rancang Buka Universiti Di Tanjung Malim
Geely Rancang Buka Universiti Di Tanjung Malim IPOH — Syarikat kenderaan terkemuka China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) telah menghantar cadangan berhubung pembinaan sebuah universiti di Tanjung Malim kepada Kerajaan Perak, lapor Sinar Harian. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang menerima cadangan berkenaan. Kata Ahli Dewan Undangan […]

Rezeki Banjir, Penduduk Tangkap Ikan Kelah Merah Berharga Hampir RM4,000
Rezeki Banjir, Penduduk Tangkap Ikan Kelah Merah Berharga Hampir RM4,000 KUALA BERANG, 25 Dis (Bernama) — Seorang nelayan darat tidak menyangka musibah banjir membawa ‘durian runtuh’ dengan kemunculan seekor ikan kelah merah seberat 18 kilogram di Sungai Berang, dekat Kampung Pengkalan Ajal di sini. Nordin Embong, 57, berkata spesies ikan yang agak sukar dijumpai itu terperangkap […]

Polis Tahan Dua Warga Asing Terlibat Kes Tikam Wanita
Polis Tahan Dua Warga Asing Dipercayai Terlibat Kes Tikam Wanita JOHOR BAHRU — Polis berjaya menahan dua orang warga asing dipercayai terlibat dalam kes tikam seorang wanita warga asing, 41, hingga maut di sebuah rumah di kawasan Taman Ungku Tun Aminah hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Balveer Sing berkata, pihaknya telah […]

Tukar Kebun Sayur Jadi Taman Tema Demi Anak-Anak
Tukar Kebun Sayur Jadi Taman Tema Demi Anak-Anak KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) — Demi kasih dan sayang kepada enam anaknya, seorang bapa sanggup mengorbankan ratusan ribu ringgit untuk mengubah kebun mini di belakang rumahnya di sebuah daerah di Selangor bagi membina sebuah taman tema air mini. Mungkin jarang didengar, tetapi itulah yang dibuat seorang ahli perniagaan, Shukrie Ab […]

Polis Mohon Kesan Saksi Mayat Lelaki Ditemukan Dalam Longkang
Polis Mohon Kesan Saksi Mayat Lelaki Ditemukan Dalam Longkang KUALA LUMPUR — Pihak polis dalam satu kenyataan hari ini memohon bantuan orang awam bagi menjejaki saksi kes mayat seorang lelaki yang ditemukan di dalam longkang di Jalan TSB 9, Kota Damansara, Petaling Jaya, lapor Astro Awani. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt M […]

PAS Ucap Selamat Hari Krismas
PAS Ucap Selamat Hari Krismas Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam satu kenyataan mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada seluruh masyarakat beragama Kristian di negara ini yang menyambutnya pada Isnin. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berharap sambutan kali ini berjalan dengan lancar dalam suasana yang selamat dan harmoni sekali gus menjadi pembuka pintu kepada hari-hari muka […]

Ratusan Warga Bangladesh Berjalan Di Pengerang Ditahan, Bukan PATI – Polis
Ratusan Warga Bangladesh Berjalan Di Pengerang Ditahan, Bukan PATI – Polis Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan satu video yang memaparkan warga asing berjalan beramai-ramai di Pengerang, lapor Sinar Harian. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora mengesahkan dalam kejadian pada Rabu lalu, kesemua warga Bangladesh terbabit telah ditahan dan mereka bukan pendatang […]

Bekas KP MAMPU Mohd Nor Meninggal Dunia Di Hospital Ampang Puteri
Bekas KP MAMPU Mohd Nor Meninggal Dunia Di Hospital Ampang Puteri KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) — Bekas Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Dr Mohd Nor Abdul Ghani meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri di sini pada 4.15 petang semalam. Anak Allahyarham, Anuar Mohd Nor yang mengesahkan perkara itu […]

Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Kelantan, Terengganu Hingga Esok
Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Kelantan, Terengganu Hingga Esok KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) — Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu bermula hari ini hingga esok. MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran hujan sangat lebat berterusan di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota […]

Kes COVID-19 Meningkat 29 Peratus Pada ME51
Kes COVID-19 Meningkat 29 Peratus Pada ME51 KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) –– Kes COVID-19 bagi Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51) iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Dis meningkat kepada 22,413 kes berbanding 17,307 kes direkodkan pada minggu sebelumnya. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata peningkatan yang dicatatkan pada ME51 berbanding ME50 adalah sebanyak […]

Pekerja Hanya Diberi Bonus Penuh Jika Berjaya Bersenam 50 Km Sebulan
Pekerja Hanya Diberi Bonus Penuh Jika Berjaya Berlari 50 Km Sebulan Sebuah syarikat di China dilapor hanya akan memberi bonus kepada pekerjanya yang mengamalkan gaya hidup sihat. Memetik Oddity Central, Guangdong Dongpo Paper memilih kaedah itu bagi menggantikan skim pemberian bonus lama yang berpandukan kepada prestasi kerja semata-mata. Syarikat itu dikatakan mahu mempromosi gaya hidup […]

Tiga Penjenayah Warga Rohingya Ditembak Mati, Terlibat Lebih 50 Kes Jenayah
Tiga Penjenayah Warga Rohingya Ditembak Mati, Terlibat Lebih 50 Kes Jenayah KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) — Tiga penjenayah warga Rohingya yang ditembak mati tengah malam tadi di Selayang Jaya, di sini, merupakan ‘Geng Rantau Fiesta’ yang disyaki terlibat dalam lebih 50 kejadian samun dan pecah rumah di enam negeri. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein […]

Syafie Naswip Sah Tamatkan Zaman Bujangnya Dengan Gadis Pilihan Hatinya
Syafie Naswip Sah Tamatkan Zaman Bujangnya Dengan Gadis Pilihan Hatinya Pelakon, Syafie Naswip sah bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya, Nur Afiqah Ishak dengan hanya sekali lafaz, hari ini. Menurut Astro Gempak, pasangan itu telah selamat dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Jabatan Agama Islam Sepang, Ustaz Mohammad Nazri Sobirin. Pelakon filem popular ‘Mukhsin’ itu dikatakan […]

Anwar Yakin Tebuk Atap Tidak Akan Berlaku
Anwar Yakin Tebuk Atap Tidak Akan Berlaku PUTRAJAYA, 23 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan keyakinannya bahawa percubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan menerusi usaha menukar sokongan atau “tebuk atap” tidak akan berlaku berikutan sokongan padu yang diberikan Sarawak. Anwar berkata Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari […]

Bukan Kes “Straight Forward”, Polis Berdepan Cabaran Kesan Suspek Kes Bunuh Zayn Rayyan
Bukan Kes “Straight Forward”, Polis Berdepan Cabaran Kesan Suspek Kes Bunuh Zayn Rayyan Polis berdepan cabaran untuk mengenalpasti suspek kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan disebabkan kes ini bukan bersifat ‘straight forward‘. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata demikian memberi perkembangan berkenaan kes tersebut dalam satu sidang media, sebentar tadi. Beliau turut menjelaskan […]