Berita

Atas Permintaan Popular, Jualan Buku Big Bad Wolf Dilanjutkan Hingga 2 Jan 2024
Berikutan permintaan tinggi, Jualan Buku Big Bad Wolf akan dilanjutkan di Tropicana Gardens Mall sehingga 2 Januari 2024. Sebagai bonus, koleksi buku baharu akan diisi semula, maka para pencinta sastera boleh mencari lagi lebih banyak tajuk untuk ditambah dalam senarai bacaan tahun 2024 mereka bermula dari jam 10 pagi hingga tengah malam setiap hari. “Matlamat […]

Gadis Disimbah Asid: Polis Ambil Keterangan 12 Individu
Gadis Disimbah Asid: Polis Ambil Keterangan 12 Individu Polis telahpun merakam keterangan seramai 12 individu berhubung gadis disimbah asid pada 8 November lalu. Mangsa, Nadia Fasha Qistina (19) ketika kejadian sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Denai Alam. Menurut Sinar Harian, mangsa diserang oleh seorang individu yang menyamar sebagai pekerja e-hailing. Ketua Polis […]

DBKL Diarah Tingkat Rondaan Atasi Ulat Parkir
DBKL Diarah Tingkat Rondaan Atasi Ulat Parkir KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah meningkatkan rondaan dan pemantauan di sekitar ibu negara bagi menangani aktiviti ulat parkir yang mengundang resah warga kota. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata kegiatan haram seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan tindakan […]

Muhammad Safawi Tekad Balas Kepercayaan Pan Gon Di Qatar
Muhammad Safawi Tekad Balas Kepercayaan Pan Gon Di Qatar KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Pemain sayap kanan negara, Muhammad Safawi Rasid mahu membalas kepercayaan yang diberi ketua jurulatih Kim Pan Gon, selepas dipanggil memperkuatkan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi cabaran Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bulan depan. Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang […]

Kerani Mangsa Penipuan Pelaburan Rugi RM240,000
Kerani Mangsa Penipuan Pelaburan Rugi RM240,000 SIBU, 30 Dis (Bernama) — Seorang kerani sebuah syarikat di sini kerugian kira-kira RM240,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan wang dalam talian menerusi sebuah aplikasi. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata wanita berusia awal 50-an itu menerima mesej WhatsApp daripada suspek yang mempromosikan pelaburan saham itu melalui aplikasi […]

Lelaki Hilang Jari Selepas Nyalakan Bunga Api “Expired”
Lelaki Hilang Jari Selepas Nyalakan Bunga Api Expired Seorang lelaki di Indonesia menerima padah apabila bunga api yang sudah luput yang dinyalakannya meletup secara tiba-tiba. Akibat kejadian itu, mangsa dilapor mengalami kecederaan parah dan kehilangan beberapa batang jari. Menurut Detik, kejadian tragik tersebut berlaku dia daerah Merauke, Papua Selatan, malam 22 Disember. Video kejadian berkenaan […]

Gempa Bumi Kuat 6.0 Magnitud Landa Luar Pantai Barat Utara Sumatera
Gempa Bumi Kuat 6.0 Magnitud Landa Luar Pantai Barat Utara Sumatera KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Gempa bumi kuat berukuran 6.0 magnitud melanda luar Pantai Barat Utara Sumatera, Indonesia pada 1.19 petang tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 19 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 323 km barat dari Simeulue. […]

Bapa Terkilan, Anak Perempuan Melecur Teruk Disimbah Asid
Bapa Terkilan, Anak Perempuan Melecur Teruk Disimbah Asid Bapa kepada mangsa simbahan asid meluahkan rasa terkilan dengan insiden yang menimpa anak perempuan, bulan lepas. “Apa dosa anak saya sehingga sanggup anda merosakkan masa depannya? Saya sangat terkilan dengan apa yang berlaku terhadap Nadia” kata Azman Shah Mohammad, seperti dilaporkan Sinar Harian. Dalam kejadian yang berlaku […]

Pengusaha Sawah Padi Organik Di Dungun Tidak Dapat Hasil Optimum Akibat Banjir
Pengusaha Sawah Padi Organik Di Dungun Tidak Dapat Hasil Optimum Akibat Banjir DUNGUN, 30 Dis (Bernama) — Hasrat seorang pesawah di Kampung Durian Mentangau untuk meraih hasil optimum sawah padi organik yang diusahakannya terbantut susulan kejadian banjir yang melanda kawasan itu sejak seminggu lepas. Amirul Naim Zaidi, 28, berkata tanaman padi organik berkeluasan kira-kira lapan hektar […]

Melaka Rai 30 Pasangan Pengantin Mualaf Bersempena KIAM’23
Melaka Rai 30 Pasangan Pengantin Mualaf Bersempena KIAM’23 MELAKA, 30 Dis (Bernama) — Kerajaan negeri Melaka hari ini meraikan 30 pasangan pengantin mualaf menerusi Majlis Pernikahan dan Walimatulurus Mualaf Negeri Melaka Siri 3 bersempena Karnival Islamik Antarabangsa Melaka 2023 (KIAM’23) di perkarangan Stadium Hang Jebat di sini hari ini. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab […]

P.Pinang Arah PBAPP Ambil Lima Tindakan Segera Berhubung Kejadian Sungai Perai
P.Pinang Arah PBAPP Ambil Lima Tindakan Segera Berhubung Kejadian Sungai Perai GEORGE TOWN, 30 Dis (Bernama) — Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menerima laporan “post mortem” awal daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berhubung kejadian saluran paip pecah bawah permukaan air Sungai Perai, Butterworth dekat sini, dan mengarahkan lima tindakan segera diambil. Ketua Menteri […]

Pelajar Terjejas Banjir Dibenar Pakai Pakaian Biasa Ke Sekolah- JPNT
Pelajar Terjejas Banjir Dibenar Pakai Pakaian Biasa Ke Sekolah- JPNT KUALA TERENGGANU, 30 Dis (Bernama) — Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) memberi kelonggaran kepada pelajar yang terjejas akibat banjir untuk hadir ke sekolah dengan berpakaian biasa apabila sesi persekolahan bermula pada 2 Jan ini. Timbalan Pengarah JPNT (Sektor Pengurusan Sekolah) Azman Othman @ Abdullah berkata […]

Datuk Sani Kongsi Nasihat Berharga Tentang Bisnes
Datuk Sani Kongsi Nasihat Berharga Tentang Bisnes Pengarah Urusan Sani Express Berhad, Datuk Wan Mohammad Sani bin Wan Salleh baru-baru ini berkongsi kisah hidupnya yang berliku sebelum bergelar jutawan. Perkongsian itu dibuat ketika beliau menjadi panel program Inspirasi Tokoh Usahawan bersempena Sambutan 30 Tahun Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Program berkenaan diadakan di Dewan Perdana Universiti […]

Siasatan Kes Tun Daim Berdasarkan Maklumat Kertas Pandora – SPRM
Siasatan Kes Tun Daim Berdasarkan Maklumat Kertas Pandora – SPRM KUALA LUMPUR, 30 Dis lepas (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menjelaskan bahawa siasatan terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dibuat berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora. SPRM dalam kenyataan hari ini berkata kertas siasatan terhadap Daim dibuka pada Februari lepas. Kertas […]

Perkongsian Strategik Komprehensif Tingkatkan Hubungan Malaysia-Jepun
Perkongsian Strategik Komprehensif Tingkatkan Hubungan Malaysia-Jepun KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) yang terjalin antara Malaysia dan Jepun baru-baru ini menandakan pencapaian penting dalam jalinan hubungan diplomatik yang telah wujud selama ini. Di saat Malaysia dan Jepun memulakan lembaran kerjasama baharu ini, terutamanya pengaruh berterusan Dasar Pandang Ke Timur (LEP) yang […]

#GengSubuhMacamJumaat Hari 181 Hampir “Full House”
#GengSubuhMacamJumaat Hari 181 Hampir “Full House” Kempen #GengSubuhMacamJumaat terus mendapat sambutan memberansangkan biarpun sudah memasuki hari ke-181 sejak dilancarkan. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh penceramah terkenal, Ustaz Yaakub Yusra dalam hantaran di akaun Faceboknya baru-baru ini. “181 hari kempen #GengSubuhMacamJumaat almost full house!,” tulisnya dengan nada teruja dalam satu kenyataan di Facebook. Lebih bermakna, Ustza Yaakub […]

CEO AirAsia Riad Asmat Letak Jawatan
CEO AirAsia Riad Asmat Letak Jawatan KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Riad Asmat meletak jawatan hari ini. Dalam catatan di Instagram, Riad mengucapkan terima kasih kepada AirAsia dan pasukannya atas sokongan berterusan yang diberikan dalam tempoh baik atau sukar serta berkata: “amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama […]

Bilal Istimewa, Cekal Paut Dinding Masa Azan Buat Ramai Tersentuh
Bilal Istimewa, Cekal Paut Dinding Masa Azan Buat Ramai Tersentuh Walaupun berdepan dengan kekurangan, seorang bilal yang hebat dilihat masih berusaha gigih untuk melaungkan azan dan iqamah di sebuah masjid, baru-baru ini. Perkara ini telah dikongsikan oleh penceramah bebas, Ustaz Yaakub Yusra menerusi satu hantaran di Facebook. Dalam hantaran berkenaan, beliau menyaksikan sendiri peristiwa luar […]

Video Tular: Polis Siasat Anggota Tentera Didakwa Kasari Isteri
Video Tular: Polis Siasat Anggota Tentera Didakwa Kasari Isteri Polis membuka kertas siasatan berkenaan video tular menunjukkan seorang anggota tentera didakwa mengasari isterinya. Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di sebuah flat di Sungai Udang, Melaka baru-baru ini. Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Hj. Zainol Hj. Samah berkata, pihak polis telah mengesan video tular yang berdurasi […]

Seorang Tetap Perlu Ada Di Rumah Untuk Jaga Kediaman – Mangsa Banjir
Seorang Tetap Perlu Ada Di Rumah Untuk Jaga Kediaman – Mangsa Banjir TUMPAT, 30 Dis (Bernama) — Disebabkan rasa bimbang akan keselamatan kediaman, ramai kaum lelaki di Kampung Kabung Sawa di sini memilih untuk terus menginap di rumah masing-masing walaupun kawasan sekitarnya telah ditenggelami air. Penduduk Hisham Saamah, 45, berkata ini merupakan kelaziman setiap kali […]