Berita

Yana Luah Rasa Kecewa Najib Tak Dapat Pengampunan Penuh
Yana Luah Rasa Kecewa Najib Tak Dapat Pengampunan Penuh Anak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa meluahkan kekecewaan kerana bapanya tidak mendapat pengampunan penuh dan dibebaskan serta-merta. Menerusi kenyataan di laman Instagram miliknya, Nooryana atau lebih dikenali sebagai Yana berkata keluarganya kekal dengan pendirian dan yakin bahawa Najib tidak bersalah. “Walaupun kami menghargai […]

Tiga Anggota Tentera Maut Di Gurun Dari Kem Pengkalan Hulu
Tiga Anggota Tentera Maut Di Gurun Dari Kem Pengkalan Hulu ALOR SETAR, 2 Feb (Bernama) — Tiga anggota tentera yang maut dalam nahas di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Gurun hari ini adalah dari Batalion 3 Rejimen Sempadan Kem Pengkalan Hulu di Perak. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan […]

Najib Dibebaskan Ogos 2028, Denda Dikurangkan Kepada RM50 Juta
Najib Dibebaskan Ogos 2028, Denda Dikurangkan Kepada RM50 Juta KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dibebaskan lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2028 susulan keputusan Lembaga Pengampunan memberi pengurangan hukuman penjara dan denda terhadapnya. Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya membuat keputusan itu dalam mesyuarat ke-61 […]

MARDI Diarah Pantau Pertumbuhan, Pengeluaran Bawang Merah BAW-1 – Mohamad
MARDI Diarah Pantau Pertumbuhan, Pengeluaran Bawang Merah BAW-1 – Mohamad KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) — Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) diarah memantau rapat pertumbuhan dan pengeluaran Bawang Merah MARDI BAW-1 bagi memenuhi matlamat pengurangan import bawang. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata data-data yang akan diperoleh mampu membantu kementerian merangka […]

Selamat Bergraduasi Zayn Rayyan, Mommy Bangga – Ibu
“Selamat Bergraduasi Rayyan”, Ibu Hanya Mampu Sunting Gambar Bersama Perkongsian gambar graduasi kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan oleh ibunya hari ini mengundang hiba ramai pengguna media sosial. Ismanira Abdul Manaf, 29, memuat naik perkongsian tersebut di Facebook miliknya pagi tadi. Difahamkan, Zayn Rayyan merupakan salah seorang penerima anugerah dalam sambutan Majlis Konvokesyen Sekolah Kebangsaan (SK) Damansara […]

Sekolah Digalakkan Anjur Majlis Graduasi Sederhana Namun Meriah – Fadhlina
Sekolah Digalakkan Anjur Majlis Graduasi Sederhana Namun Meriah – Fadhlina KAJANG, 2 Feb (Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan majlis graduasi sekolah diadakan secara sederhana namun meriah dan penuh penghargaan bagi meraikan semua pelajar. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata bagaimanapun, perbincangan dengan ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing adalah […]

130 Tahanan Rohingya Larikan Diri Giat Diburu Imigresen
130 Tahanan Rohingya Larikan Diri Giat Diburu Imigresen Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menegaskan pihaknya sedang giat memburu seramai 130 tahanan Rohingya yang berjaya merlarikan diri dari Depot Imigresen Bidor. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata bahawa operasi itu sedang dijalankan dengan kerjasama agensi lain. “Maklumat awal melibatkan seramai 131 tahanan bertindak melarikan diri dari […]

Kandang Biri-biri Mewah 2 Tingkat Tular Di Media Sosial
Kandang Biri-biri Mewah 2 Tingkat Tular Di Media Sosial Kediaman mewah dua tingkat berkonsep minimalis di Indonesia yang disangka dihuni manusia pantas menjadi viral baru-baru ini. Menurut Detik.com, rumah mewah tersebut sebaliknya dijadikan kandang biri-biri, sekaligus menimbulkan perdebatan dalam kalangan warga maya. Berdasarkan video yang dimuat naik ke TikTok @afdholabadi, kandang biri-biri mewah itu terletak […]

KBS, MSN Hantar Permohonan Peruntukan RM3.9 Juta Untuk Skuad Hoki 5S
KBS, MSN Hantar Permohonan Peruntukan RM3.9 Juta Untuk Skuad Hoki 5S SEPANG, 2 Feb (Bernama) — Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menghantar permohonan peruntukan RM3.9 juta kepada Kementerian Kewangan (MOF) semalam bagi program latihan dan pembangunan sukan hoki lima sebelah (5s) untuk tempoh lima tahun mulai tahun ini. Menterinya Hannah Yeoh berkata peruntukan itu juga akan […]

Lewis Hamilton Tinggalkan Mercedes, Bakal Sertai Ferrari Tahun Hadapan
Lewis Hamilton Tinggalkan Mercedes, Bakal Sertai Ferrari Tahun Hadapan Juara Formula 1 (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton, 31, sah meninggalkan Mercedes dan menyertai Ferrari pada tahun hadapan. Perpindahan antara pelumba F1 paling berjaya itu dimaklumkan sendiri oleh kedua-dua pasukan gergasi dalam sukan itu. “Scuderia Ferrari dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Lewis Hamilton akan menyertai pasukan ini,” […]

Kenali “Ruhezeit”, Hari Sunyi Sepi Setiap Ahad Jadi Amalan Di Jerman
Kenali “Ruhezeit”, Hari Sunyi Sepi Setiap Ahad Jadi Amalan Di Jerman Setiap negara di dunia ini pasti memiliki budaya yang unik dan berbeza-beza dengan negara yang lain. Keunikan budaya ini biasanya adalah amalan sesebuah masyarakat yang diawarisi secara turun-termurun daripada generasi sebelumnya. Dalam pada masa yang sama, keunikan budaya ini lama-kelamaan akan menjadi lambang dan […]

Nenek, Cucu Rentung Dalam Kebakaran Di Ranau
Nenek Bersama Cucu Rentung Dalam Kebakaran Di Ranau Seorang nenek bersama cucunya dilapor maut selepas ditemui rentung dalam satu kejadian kebakaran rumah di Kampung Matan, Ranau pada Khamis. Memetik Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku kira-kira 10.30 malam. Dalam kejadian tersebut, mangsa yang berusia 60 tahun bersama cucunya yang berusia 4 tahun terkorban selepas terperangkap dalam […]

Skuad Hoki 5s Malaysia Dapat Insentif RM80,000 Dari KBS
Skuad Hoki 5s Malaysia Dapat Insentif RM80,000 Dari KBS Skuad Hoki 5s Malaysia menerima insentif berjumlah RM80,000 ekoran pencapaian yang cemerlang dalam Piala Dunia Hoki 5s baru-baru ini. Pemberian insentif itu telah disahkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, ketika ditemui wartawan Astro Arena, Faizal Bazari pada Jumaat. Dalam kejohanan yang berlangsung di Muscat, Oman […]

132 Tahanan Rohingya Lari Dari Depoh Tahanan Imigresen
132 Tahanan Rohingya Lari Dari Depoh Tahanan Imigresen, Satu Disahkan Maut Dalam Kemalangan Seramai 132 tahanan etnik Rohingya dilapor telah melarikan diri daripada Depoh Tahanan Imigresen Bidor pada Khamis, semalam. Difahamkan, semua tahanan yang berada di depoh tahanan imigresen itu merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI). Kejadian yang membabitkan tahanan di bawah seliaan Jabatan Imigresen […]

Brendan Gan Sah Tinggalkan Selangor FC
Brendan Gan Sah Tinggalkan Selangor FC PETALING JAYA — Kapten pasukan Selangor Football Club (FC), Brendan Gan sah meninggalkan pasukan itu dan tidak akan bersama pada musim 2024. Perkara itu dimaklumkan oleh The Red Giants dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi hari ini. “Kami ucapkan selamat tinggal kepada seorang wira dan salah seorang pemain […]

Hilang Hampir 90 Tahun Lalu, Pesawat Amelia Earhart Didakwa Ditemui
Hilang Hampir 90 Tahun Lalu, Pesawat Amelia Earhart Didakwa Ditemui Sebuah syarikat penerokaan laut dalam telah mengeluarkan imej sonar yang didakwa memaparkan tinggalan pesawat Amelia Earhart yang hilang di Lautan Pasifik pada tahun 1937, lapor AFP. Deep Sea Vision (DSV) iaitu sebuah firma yang berpangkalan di Carolina Selatan memberitahu imej itu ditangkap selepas satu carian […]

Pencen Ahli Politik: PM Bincang Peringkat Kabinet Sebelum Bawa Ke Parlimen
Pencen Ahli Politik: PM Bincang Peringkat Kabinet Sebelum Bawa Ke Parlimen REMBAU, 1 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana. Beliau berkata sebagai satu tanggungjawab moral, perkara itu perlu dibentang dan dijelaskan sepenuhnya berikutan sukar untuk dirasional sekiranya pemansuhan […]

Permohonan Sambung Reman Anggota Trafik Ditolak, Dibebas Dengan Jaminan Polis
Permohonan Sambung Reman Anggota Trafik Ditolak, Dibebas Dengan Jaminan Polis IPOH, 1 Feb (Bernama) — Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan bagi menyambung reman tiga anggota polis trafik yang disyaki meminta wang daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK), untuk menyelesaikan saman trafik di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands, baru-baru ini. Permohonan lanjutan […]

Tarif Air Baharu Di Perak Diumum Mac Depan – MB
Tarif Air Baharu Di Perak Diumum Mac Depan – MB IPOH, 1 Feb (Bernama) — Pelarasan tarif air baharu untuk pengguna domestik di Perak akan diumum pada Mac depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad. Beliau berkata pihaknya akan bermesyuarat dengan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Air Perak (LAP) pada 1 Mac dan dibawa ke mesyuarat […]

Tiga Lelaki Ditahan Kurung, Pukul Wartawan China – Polis
Tiga Lelaki Ditahan Kurung, Pukul Wartawan China – Polis KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) — Tiga lelaki tempatan ditahan polis semalam di sekitar Kajang, bagi membantu siasatan kes melibatkan mengurung dan menyamun seorang wartawan lelaki warga China, hujung tahun lepas. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan dalam kenyataan hari ini berkata pada kejadian […]