Berita

Paderi Australia Ditikam Sewaktu Lakukan Siaran Langsung
Paderi Australia Ditikam Sewaktu Lakukan Siaran Langsung SYDNEY — Seorang paderi dilaporkan telah ditikam sewaktu melakukan siaran langsung di sebuah gereja hari ini, lapor NBC News. Menurut Polis New South Wales dalam kemas kini di platform X, pihaknya menerima panggilan dari sebuah gereja di Wakekly, pinggir barat Sydney pada 7.10 malam waktu tempatan berhubung kejadian. […]

Kerajaan Pantau Konflik Timur Tengah, Pastikan Keselamatan Rakyat Terjamin – PM Anwar
Kerajaan Pantau Konflik Timur Tengah, Pastikan Keselamatan Rakyat Terjamin – PM Anwar KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Kerajaan akan terus memantau dengan teliti perkembangan konflik di Timur Tengah dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, sentiasa terjamin. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini berkata kepentingan negara akan […]

Polis Lepas Lima Das Tembakan Amaran Kereta Lari Sekatan
Polis Lepas Lima Das Tembakan Amaran Kereta Lari Sekatan BALING, 15 April (Bernama) — Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan amaran terhadap sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki dan tiga wanita dalam kejadian di Kuala Pegang, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata tiga wanita dan seorang lelaki ditahan sejurus selepas […]

Platform E-Dagang Diarah Padam Kandungan Iklan, Jualan “Kingu Ginseng Candy”
Platform E-Dagang Diarah Padam Kandungan Iklan, Jualan “Kingu Ginseng Candy” PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) — Platform e-dagang Lazada diarahkan untuk memadam kandungan iklan dan penjualan produk gula-gula ginseng keluaran tempatan iaitu “Kingu Ginseng Candy” yang dikesan mengandungi tadalafil, menurut Kementerian Kesihatan (KKM). Kementerian itu memaklumkan hasil siasatan Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) juga mendapati label produk terbabit tidak […]

Econsave Sumbang 30 Tan Tepung Ke Gaza
Econsave Sumbang 30 Tan Tepung Ke Gaza JOHOR BAHRU, 14 April (Bernama) — Pasaraya Econsave Cash and Carry (Econsave) telah menyumbang 30 tan tepung ke Gaza bagi menampung keperluan penduduk. Pengurus Besarnya Mas Imran Adam berkata sumbangan bernilai RM90,000 termasuk kos pengangkutan itu kini berada di Rafah sebelum dibawa masuk ke kawasan yang masih berdepan […]

Iran Lancar Serangan Udara, Peluru Berpandu Ke Atas Israel
Iran Lancar Serangan Dron, Peluru Berpandu Ke Atas Israel JERUSALEM — Iran telah melancarkan puluhan serangan terdiri daripada dron udara dan peluru berpandu ke atas Israel di tengah-tengah kemelut perang serantau, lapor Pasukan Pertahanan Israel (IDF). Memetik The Independent, serangan tersebut dibuat sebagai serangan balas pada kejadian 1 April di Damsyik, tetapi serangan tersebut dapat […]

Kejadian Tembak Menembak Di KLIA Terminal 1 Bersifat Peribadi – Polis
Kejadian Tembak Menembak Di KLIA Terminal 1 Bersifat Peribadi – Polis PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) — Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi, bagaimanapun keadaan terkawal dan selamat. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 pagi melibatkan seorang lelaki telah […]

Kegembiraan Rai Aidilfitri Bertukar Tragedi
Kegembiraan Rai Aidilfitri Bertukar Tragedi KUANTAN, 13 April (Bernama) — Kegembiraan sebuah keluarga meraikan Aidilfitri berakhir tragedi apabila seorang maut selepas kereta yang dinaiki terbabas dan melanggar pokok sebelum terbakar di Jalan Ulu Gali-Jelu, Raub, hari ini. Ketua Polis Daerah Raub Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam […]

11 Alas Kaki Dengan Corak Gambar Kaabah Dirampas Di Johor
11 Alas Kaki Dengan Corak Gambar Kaabah Dirampas Di Johor Sebanyak 11 alas kaki dengan corak gambar Kaabah dirampas daripada sebuah pasar raya di Batu Pahat, Johor Bahru, sehari sebelum Aidilfitri, lapor Sinar Harian. Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, rampasan dibuat dalam operasi selepas menerima aduan daripada orang ramai […]

Pelajar Malaysia Di Mesir Kumpul Hampir 200 Kitab Turath Ulama Alam Melayu
Pelajar Malaysia Di Mesir Kumpul Hampir 200 Kitab Turath Ulama Alam Melayu KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) — Seorang pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar, Mesir sanggup membelanjakan hampir RM20,000 wang simpanannya bagi mendapatkan 200 kitab turath atau kitab tradisi ilmu Islam karangan ulama alam Melayu dari sekitar 1920-an hingga 1960-an. Muhammad Nur Hadi Sallehuddin, 24, pelajar tahun akhir pengajian […]

Tesla ‘Selamatkan’ Lelaki Terkena Serangan Jantung, Pandu Sendiri 13 Batu Ke Hospital
Tesla ‘Selamatkan’ Lelaki Terkena Serangan Jantung, Pandu Sendiri 13 Batu Ke Hospital Seorang lelaki baru-baru ini berkongsi satu kisah benar dimana dia telah ‘diselamatkan’ oleh kereta elektrik (EV) Tesla ketika terkena serangan jantung ringan pada 2 April lepas. Max Paul Franklin berkata, dia amat bersyukur kerana memiliki sebuah kenderaan dengan pemanduan automasi ketika kejadian itu […]

Ibu, Bayi Maut Dalam Kemalangan Kereta Bertembung Dengan Lori Tangki
KOTA TINGGI, 13 April (Bernama) — Seorang ibu bersama bayi perempuannya berusia tiga bulan maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki di Jalan Tanjung Balau – Bandar Penawar berhampiran Taman Sri Penawar di sini semalam. Pegawai Bomba Kanan II KUP Azlan Mat Sani dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar […]

Pemandu Kereta Langgar Mati Warga Pakistan Mengaku Bersalah Ambil Dadah
Pemandu Kereta Langgar Mati Warga Pakistan Mengaku Bersalah Ambil Dadah TELUK INTAN, 12 April (Bernama) — Pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian langgar mati tiga warga Pakistan yang dalam perjalanan menunaikan solat sunat Aidilfitri Rabu lepas, mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Tertuduh, 36, membuat pengakuan itu selepas […]

Kuala Lumpur Melonjak 16 Anak Tangga Ke Kedudukan Ke-73 Bandar Raya Paling Pintar Di Dunia
Kuala Lumpur Melonjak 16 Anak Tangga Ke Kedudukan Ke-73 Bandar Raya Paling Pintar Di Dunia KUALA LUMPUR (Bernama) — Kuala Lumpur (KL) melonjak 16 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-73 dalam senarai bandar raya terpintar di dunia daripada kalangan 142 bandar raya, demikian menurut Indeks Bandar Pintar (SCI) 2024 yang dikeluarkan oleh Institute for […]

Keputusan UPKK 2023 Diumum 18 April Ini
Keputusan UPKK 2023 Diumum 18 April Ini PUTRAJAYA, 12 April (Bernama) — Keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2023 akan diumumkan pada 18 April ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff. Beliau berkata ibu bapa atau penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon pada hari berkenaan […]

Hasrat Beli Baju Raya Anak Tidak Kesampaian, Suami Isteri Rentung Kemalangan
Hasrat Beli Baju Raya Anak Tidak Kesampaian, Suami Isteri Rentung Kemalangan SEREMBAN, 8 April (Bernama) — Hasrat sepasang suami isteri untuk membeli baju raya empat anaknya tidak kesampaian, apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Bukit Mantin menghala ke Seremban, pagi tadi. Hasmadi Ahmad, 56, berkata anak perempuannya Noor Azeana Azreen dan menantunya Abdul […]

Kes Tembak Kunak: Anggota Maritim Cedera Di Mata, Alami Buta Kekal Sebelah Mata
Kes Tembak Kunak: Anggota Maritim Cedera Di Mata, Alami Buta Kekal Sebelah Mata TAWAU, 8 April (Bernama) — Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang cedera di mata kiri selepas terkena tembakan penjenayah dalam kejadian di perairan di Kunak semalam, disahkan buta kekal pada mata kirinya. Ketua Pengarahnya Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd […]

Lelaki Israel Miliki Enam Senjata Api Dijangka Dihadap Ke Mahkamah Minggu Ini – KPN
Lelaki Israel Miliki Enam Senjata Api Dijangka Dihadap Ke Mahkamah Minggu Ini – KPN KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Lelaki warga Israel yang ditahan bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di sini 27 Mac lepas, dijangka akan dituduh di mahkamah minggu ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain […]

Logo Kasut Didakwa Mirip Kalimah Allah: Polis Rampas 1,145 Pasang Kasut
Logo Kasut Didakwa Mirip Kalimah Allah: Polis Rampas 1,145 Pasang Kasut KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Polis merampas 1,145 pasang kasut berjenama bagi membantu siasatan berhubung laporan mengenai logo kasut yang dikatakan mirip kalimah Allah. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata rampasan kasut itu dilakukan di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan […]

Aidilfitri: Aliran Trafik Dijangka Meningkat Susulan Tol Percuma Bermula Hari Ini
Aidilfitri: Aliran Trafik Dijangka Meningkat Susulan Tol Percuma Bermula Hari Ini KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula hari ini. Bagaimanapun, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat 8 pagi ini, jumlah kenderaan masih terkawal dan trafik di […]