Berita

Wanita Dijemput Ilahi Selepas Sebulan Bapa & Abang Meninggal Dunia
Wanita Dijemput Ilahi Selepas Sebulan Bapa & Abang Meninggal Dunia Seorang lagi mangsa kemalangan jalan raya di Kilometer 21, Jalan Kuala Pilah-Tampin yang berlaku pada 29 September lalu telah meninggal dunia pada Isnin, lapor Sinar Harian. Anak keempat daripada lima beradik, Izni Shafiqah Abu Zaini, 28 tahun disahkan meninggal dunia di Institut Kanser Negara (IKN) […]

Dipercayai Cas Telefon Ketika Tidur, Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik
Dipercayai Cas Telefon Ketika Tidur, Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Seorang lelaki berusia 35 tahun meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik selepas dipercayai mengecas telefon bimbitnya ketika tidur, lapor Radar Surabaya. Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa di Bitung, Tangerang, Indonesia itu, tangan mangsa turut dilihat tersentuh pada kabel plag yang dilihat rosak dan menggelupas. Dalam […]

MLBB Sah Dipertandingkan Di Sukan SEA 2025 Thailand
MLBB Sah Dipertandingkan Di Sukan SEA 2025 Thailand KUALA LUMPUR (Bernama) — Permainan sukan elektronik (e-sukan) Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) telah disahkan sebagai acara pingat di Sukan SEA 2025 di Thailand. Seperti edisi sebelumnya di Kemboja, permainan berpasukan itu akan menawarkan dua pingat emas dalam kategori lelaki dan wanita. Ray Ng, Ketua Ekosistem E-sukan […]

Siti Nurhaliza Dinobat Biduanita Negara 2024
Siti Nurhaliza Dinobat Biduanita Negara 2024 Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru sahaja dianugerahkan gelaran berprestij Biduanita Negara. Pengiktirafan ini diterimanya dalam satu majlis gilang-gemilang, Anugerah Seni Negara (ASN) 2024, yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu. Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, sebagai tanda […]

Adik Alisa Umairah Telah Menghembuskan Nafas Terakhir
Adik Alisa Umairah Telah Menghembuskan Nafas Terakhir Adik Alisa Umairah yang dilaporkan berada dalam kritikal dan dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi di salah sebuah hospital sebelum ini telah menghembuskan nafas terakhir. Perkara itu dimaklumkan stesen radio Malaysia, ERA Malaysia menerusi satu muat naik di Facebook. Sebelum ini, menerusi beberapa hantaran di laman Instagram @era.je, […]

Banyak Bakti Kepada Negara, Siapa Sebenarnya Tun Daim Zainuddin?
Banyak Bakti Kepada Negara, Siapa Sebenarnya Tun Daim Zainuddin? Bila sebut nama Tun Daim Zainuddin, ramai rakyat Malaysia terutama generasi muda mungkin tidak mengenali figura ini dengan mendalam. Namun, bagi mereka yang mengikuti perkembangan ekonomi negara sejak beberapa dekad yang lalu, Tun Daim bukanlah nama yang asing. Seorang tokoh yang sangat disegani dalam bidang ekonomi […]

Laluan Terjejas Tanah Runtuh Di Cameron Highlands Telah Dibuka
Laluan Terjejas Tanah Runtuh Di Cameron Highlands Telah Dibuka KUANTAN, 13 Nov (Bernama) — Laluan di Kilometer (KM) 54, Jalan Besar Tanah Rata-Ringlet di Cameron Highlands yang terjejas akibat tanah runtuh dan pokok tumbang pada 4 petang tadi telah dibuka kepada semua jenis kenderaan dan selamat untuk dilalui. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata insiden itu menyebabkan laluan […]

Bekas Pembantu Jurulatih KL City Sertai Manchester United
Bekas Pembantu Jurulatih KL City Sertai Manchester United Bekas pembantu jurulatih Kuala Lumpur (KL City), Emanuel Ferro sah menyertai barisan kejurulatihan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, lapor Stadium Astro. Difahamkan, Emanuel merupakan individu kedua dalam barisan kejurulatihan yang menyertai kelab tersebut. Kini, The Red Devils akan dipimpin oleh Ruben Amorim bekas pengendali Sporting […]

Wanita Maut, Lelaki Cedera Parah Dihempap Kontena
Wanita Maut, Lelaki Cedera Parah Dihempap Kontena BUKIT MERTAJAM, 13 Nov (Bernama) — Wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh daripada treler dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Bukit Tengah di sini hari ini. Mangsa yang maut, Lee Zi Rou, 21, memandu kereta Perodua Bezza manakala Tan Chou Theng, […]

Penumpuan Angin Timuran Dijangka Bermula Esok, Potensi Hujan Lebat Di Timur Semenanjung
Penumpuan Angin Timuran Dijangka Bermula Esok, Potensi Hujan Lebat Di Timur Semenanjung Jabatan Meteorogi Malaysia (MET Malaysia) hari ini memaklumkan mengenai penumpuan angin timuran dijangka berlaku di timur Semenanjung bermula pada 14 hingga 21 November 2024. Menerusi hantaran @metmalaysia di laman X, keadaan tersebut menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi menghasilkan ribut petir, hujan lebat dan […]

MetMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga 6 Petang
MetMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga 6 Petang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir bakal landa 12 negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 6 petang. Amaran yang dimuat naik di laman Facebook menunjukkan hujan lebat di seluruh negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan […]

Adik Alisa Umairah Kini Kritikal, Dimasukkan Dalam ICU
Adik Alisa Umairah Kini Kritikal, Dimasukkan Dalam ICU Sebelum ini, kisah adik Alisa Umairah yang disahkan menghidap kanser mata tahap empat telah meraih perhatian orang ramai apabila telah bebas kanser tersebut selepas menjalani tujuh kitaran kimoterapi. Menerusi beberapa hantaran di laman Instagram @era.je, adik Alisa kini dilaporkan berada dalam kritikal dan dimasukkan ke wad Unit […]

Tunku Azizah Dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif UITM
Tunku Azizah Dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif UITM SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) — Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) atas sumbangan dalam memperkasa serta memartabatkan seni warisan budaya pada peringkat antarabangsa. Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Istiadat Konvokesyen […]

Saya Kehilangan Sahabat Yang Berjuang Bersama – Tun Mahathir
Saya Kehilangan Sahabat Yang Berjuang Bersama – Tun Mahathir KUALA LUMPUR, 13 November (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemergian bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini sebagai kehilangan seorang sahabat seperjuangan. Menerusi hantaran di Facebook hari ini, bekas perdana menteri itu berkata beliau berasa sedih atas pemergian Allahyarham. “Saya […]

Hujan Lebat, Ribut Petir Dijangka Landa 12 Negeri Petang Ini
Hujan Lebat, Ribut Petir Dijangka Landa 12 Negeri Petang Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir bakal landa 12 negeri dan 2 Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 4 petang. Menerusi muat naik di laman Facebook, MetMalaysia menjangkakan seluruh negeri Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Johor serta WP Kuala Lumpur […]

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Meninggal Dunia
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Meninggal Dunia KUALA LUMPUR, 13 November (Bernama) — Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun di sebuah hospital swasta, pagi ini. Pemergian Allahyarham atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin disahkan peguam beliau Datuk Dr Gurdial Singh Nijar. Menurut Gurdial Singh, Allahyarham dimasukkan ke hospital […]

35 Maut, 43 Cedera Selepas Dirempuh Kereta Di Pusat Sukan
35 Maut, 43 Cedera Selepas Dirempuh Kereta Di Pusat Sukan Sekurang-kurangnya 35 maut dan 43 orang awam cedera selepas dirempuh oleh sebuah kereta di pusat sukan di bandar Zhuhai, selatan China pada Selasa, lapor AFP. Menurut kenyataan polis tempatan, kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 62 tahun disyaki dengan sengaja merempuh […]

Wanita Nekad Pasang “Sel Penjara” Di Rumah Demi Lindungi Diri, Jiran-Jiran
Wanita Nekad Pasang “Sel Penjara” Di Rumah Demi Lindungi Diri, Jiran-Jiran Seorang wanita warga emas di Thailand nekad untuk melindungi diri dan jiran-jirannya dengan memasang sel penjara di rumah. Menurut Oddity Central, wanita berusia 64 tahun itu bertindak sedemikian bagi mengurung anaknya yang berusia 42 tahun. Difahamkan, anak lelakinya itu boleh ‘bertindak ganas’ dan menjadi […]

Lelaki Ditahan Susulan Penemuan Mayat Wanita Dalam Peti Sejuk
Lelaki Ditahan Susulan Penemuan Mayat Wanita Dalam Peti Sejuk KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Seorang lelaki ditahan susulan penemuan mayat seorang wanita dalam peti sejuk di sebuah rumah di Taman OUG dekat sini pagi tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan pada 8.48 pagi […]

Betulkan Bahu Terkehel Kurang Dari 10 Saat, Aksi Petinju Thailand Ini Raih Perhatian Ramai
Betulkan Bahu Terkehel Kurang Dari 10 Saat, Aksi Petinju Thailand Ini Raih Perhatian Ramai Petinju Muaythai dari Thailand, Wutichok Srichai, menarik perhatian ramai setelah satu klip video berdurasi 17 saat yang memaparkan aksinya dalam pertandingan Thai Fight menjadi tular. Dalam klip itu, Srichai, yang lebih dikenali sebagai Pakthongchai, ‘memukau’ penonton apabila dia dengan pantas membetulkan […]