Berita

Kerajaan Australia Paksa Bank Bayar Ganti Rugi Kepada Mangsa Penipuan
Kerajaan Australia Paksa Bank Bayar Ganti Rugi Kepada Mangsa Penipuan CANBERRA, 31 Julai (Bernama) — Bank di Australia akan dipaksa membayar ganti rugi kepada pelanggan yang kehilangan wang akibat penipuan di bawah undang-undang baharu yang dicadangkan oleh kerajaan, lapor Xinhua. Dalam ucapan kepada Kelab Akhbar Nasional di Canberra pada Rabu, Penolong Bendahari Stephen Jones berkata […]

Masjid Di Bawah JAKIM, JAWI Diminta Buat Solat Jenazah Ghaib Untuk Ismail Haniyeh
Masjid Di Bawah JAKIM, JAWI Diminta Buat Solat Jenazah Ghaib Untuk Ismail Haniyeh KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meminta semua masjid yang berada di bawah agensi itu untuk membuat solat jenazah ghaib buat pemimpin Hamas Ismail Haniyeh yang dilaporkan terbunuh hari ini. […]

Paris 2024: Ga Eun Tamatkan Cabaran Jin Wei
Paris 2024: Ga Eun Tamatkan Cabaran Jin Wei ARIS, 31 Julai (Bernama) — Cabaran pemain perseorangan wanita profesional Malaysia Goh Jin Wei di Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir selepas tewas pada aksi kedua Kumpulan H hari ini. Pemain berusia 24 tahun itu terpaksa akur dengan kekalahan dalam permainan tiga set 17-21, 22-20, 21-23 kepada pemain ranking ke-17 dunia Kim Ga Eun selepas […]

Usahawan Menang Saman Terhadap Pelakon, Peroleh Ganti Rugi RM250, 000
Usahawan Menang Saman Terhadap Pelakon, Peroleh Ganti Rugi RM250, 000 KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Seorang usahawan dan syarikatnya memperoleh ganti rugi RM250,000 selepas menang dalam kes samannya terhadap pelakon Rafidah Ibrahim, berhubung dakwaan enggan membayar hasil kerja selebriti itu, tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee […]

Iran Sahkan Pembunuhan Haniyeh, Siasatan Sedang Dijalankan
Iran Sahkan Pembunuhan Haniyeh, Siasatan Sedang Dijalankan ANKARA, 31 Julai (Bernama-Anadolu) — Kementerian Luar Negeri Iran pada Rabu mengesahkan kematian Ismail Haniyeh, ketua kumpulan Hamas, dengan menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan. Dalam satu kenyataan, jurucakap Kementerian Luar Negeri Iran, Nasser Kanani mengucapkan takziah atas kesyahidan Ismail Haniyeh kepada bangsa Palestin yang berbangga. Beliau menegaskan bahawa […]

Bapa Rogol Anak OKU Dipenjara 30 Tahun, 30 Sebatan
Bapa Rogol Anak OKU Dipenjara 30 Tahun, 30 Sebatan KUALA TERENGGANU, 31 Julai (Bernama) — Seorang lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU). Buruh berumur 45 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas tiga pertuduhan […]

Tagih Hutang RM300 Daripada Rakan, Lelaki Dipukul ‘Separuh Mati’
Tagih Hutang RM300 Daripada Rakan, Lelaki Dipukul ‘Separuh Mati’ Seorang lelaki duda telah dipukul ‘separuh mati’ oleh sekumpulan lelaki hingga menyebabkan keretakan pada tempurung kepalanya selepas tagih hutang sebanyak RM300 daripada rakannya. Norhayati A Razak, 53, menyatakan bahawa kejadian yang berlaku pada jam 5.10 petang, 15 Julai lalu di Kampung Setanggi, Johor Bahru itu melibatkan […]

Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel Di Tehran
Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel Di Tehran ISTANBUL, 31 Julai (Bernama-Anadolu) — Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di ibu negara Iran, Tehran, umum kumpulan itu pada awal pagi Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA). “Hamas berdukacita kepada rakyat Palestin, kepada negara Arab dan […]

Reban Ayam ‘Dijilat Api’, Kira-Kira 14,000 Anak Ayam Rentung
Reban Ayam ‘Dijilat Api’, Kira-Kira 14,000 Anak Ayam Rentung Kira-kira 14,000 anak ayam rentung dalam kebakaran yang melibatkan sebuah reban ayam di pusat ternakan ayam di Jalan Kelatuan Batu 1 Gadong, Papar, pada Rabu. Kejadian berlaku sekitar jam 1.50 pagi, melibatkan sebuah blok reban ayam jenis tidak kekal yang terbakar sepenuhnya. Ketua Balai Bomba dan […]

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang
Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang KUALA LUMPUR — Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, yang dilaporkan hilang sejak Ahad. Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata remaja itu ialah Puteri Damia Darwisyah Abdullah, yang mempunyai ketinggian 155 sentimeter dengan berat anggaran 60 […]

Salah Seorang Pencipta Tiramisu, Roberto ‘Loli’ Linguanotto Meninggal Dunia
Salah Seorang Pencipta Tiramisu, Roberto ‘Loli’ Linguanotto Meninggal Dunia Roberto ‘Loli’ Linguanotto, seorang tukang masak pastri terkenal dari Itali yang dipercayai sebagai salah seorang pencipta tiramisu, telah meninggal dunia pada Ahad, lapor Daily Mail. Roberto, 81, menghembuskan nafas terakhir di Itali selepas lama menghidap penyakit. Beliau merupakan seorang cef pastri di restoran terkenal Le Beccherie […]

Terjatuh Dari Skylift, Pekerja Kontraktor Maut
Terjatuh Dari Skylift, Pekerja Kontraktor Maut PERAI — Seorang pekerja dilaporkan maut selepas terjatuh dari ketinggian 5.2 meter sewaktu melakukan kerja pemasangan anak tangga di sebuah kilang pembuatan pada Khamis lepas, lapor Sinar Harian. Menurut jurucakap Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang (JKKP), mangsa yang juga seorang pekerja warga asing, 21, disahkan meninggal dunia […]

Dua Lelaki Ditemukan Maut, Terperangkap Dalam Lubang Pembetung Di Jitra
Dua Lelaki Ditemukan Maut, Terperangkap Dalam Lubang Pembetung Dua lelaki dijumpai maut selepas terperangkap dalam lubang pembetung di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting dekat, Jitra hari ini, lapor Astro Awani. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Mohd Bustan Karudin berkata, laporan daripada orang awam yang memaklumkan ada mangsa terperangkap dalam lubang […]

Penyanyi Lagu Manusia Miskin Kaya, Nona Asiah Meninggal Dunia
Penyanyi Lagu Manusia Miskin Kaya, Nona Asiah Meninggal Dunia Penyanyi legenda yang mencipta nama di era kegemilangan filem Melayu di Singapura, Nona Asiah dilapor meninggal dunia pada usia 94 tahun, pada Selasa. Menurut Astro Awani, Allahyarhamah menghembuskan nafas akibat pelbagai komplikasi, di Hospital Besar Changi, Singapura kira-kira jam 4.25 pagi. Berita pemergian arwah turut disahkan […]

Motif Penculikan Albertine Loe Didedah Selepas Siasatan Lengkap
Motif Penculikan Albertine Loe Didedah Selepas Siasatan Lengkap JOHOR BAHRU, 30 Julai (Bernama) — Motif kes culik Albertine Leo Jia Hui, 6, pada 20 Julai lepas akan didedahkan hanya selepas polis melengkapkan siasatan berhubung kes itu tidak lama lagi, kata Ketua Polis Johor CP M Kumar. Beliau berkata buat masa ini maklumat berkenaan tidak didedahkan […]

WHO Suarakan Kebimbangan Dengan Prospek Penularan Wabak Polio Di Gaza
WHO Suarakan Kebimbangan Dengan Prospek Penularan Wabak Polio Di Gaza Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan mengenai prospek penularan wabak polio dan penyakit lain di Gaza, lapor AFP. Agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata, vaccine-derived type-2 poliovirus telah dikesan dalam sampel yang dikumpul dari kumbahan di Deir al-Balah dan Khan Younis di Genting Gaza pada […]

Warga Emas Dipercayai Mangsa Langgar Lari Ketika Lintas Jalan Disahkan Meninggal Dunia
Warga Emas Dipercayai Mangsa Langgar Lari Ketika Lintas Jalan Disahkan Meninggal Dunia Seorang wanita warga emas yang dipercayai merupakan mangsa langgar lari ketika hendak melintas jalan awal pagi semalam disahkan meninggal dunia pada sebelah petangnya. Menurut Astro Awani, insiden malang menimpa wanita berusia 64 tahun itu berlaku berdekatan lampu isyarat Jalan Pasir Puteh-Jalan Lahat, di […]

Penerbangan United Airlines Dilencongkan Ke Washington Selepas Kecemasan “Biobahaya”
Penerbangan United Airlines Dilencongkan Ke Washington Selepas Kecemasan “Biobahaya” ISTANBUL, 29 Julai (Bernama-Anadolu) — Sebuah penerbangan United Airlines terpaksa dilencongkan selepas kejadian “biobahaya” di dalam pesawat menyebabkan anak kapal muntah dan penumpang meminta pelitup muka, lapor Agensi Anadolu. Penerbangan 2477 yang dalam perjalanan ke Boston dari Lapangan Terbang Antara Benua George Bush di Houston pada pagi Ahad itu […]

Pukul Lalat Kecil Hinggap Di Muka, Seorang Lelaki Terpaksa Jalani Pembedahan Buang Bola Mata Kiri
Pukul Lalat Kecil Hinggap Di Muka, Seorang Lelaki Terpaksa Jalani Pembedahan Buang Bola Mata Kiri Seorang lelaki di China terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang bola mata kirinya selepas memukul lalat kecil di mukanya, lapor Oddity Central. Menurut laporan dari Yangcheng Evening News, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Wu, membunuh lalat yang berlegar di kepalanya dengan […]

Polis Kenal Pasti Keluarga Remaja 14 Tahun Pandu Kereta Bawa Dua Adik
Polis Kenal Pasti Keluarga Remaja 14 Tahun Pandu Kereta Bawa Dua Adik KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Polis sudah mengenal pasti keluarga seorang remaja berusia 14 tahun yang memandu kereta dan membawa dua kanak-kanak di sebuah kawasan perumahan dipercayai di Sepang, Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan […]