Berita

Kereta Dipandu Kanak-Kanak 10 Tahun Terbabas, Langgar Van
Kereta Dipandu Kanak-Kanak 10 Tahun Terbabas, Langgar Van Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun bernasib baik kerana terselamat selepas memandu kereta Toyota Corolla milik keluarganya dan terlibat dalam kemalangan. Kejadian itu berlaku sekitar jam 9.30 malam pada Selasa, di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian, Seremban. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che […]

SPRM Mulakan Siasatan Projek 1BESTARINET
SPRM Mulakan Siasatan Projek 1BESTARINET KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011. Menurut sumber, SPRM telah membuat penggeledahan di pejabat kerajaan dan pejabat YTL Communications Sdn Bhd di sini […]

Sharp Corporation Umum Tutup Kilang Panel TV LCD Terakhir Di Jepun
Sharp Corporation Umum Tutup Kilang Panel TV LCD Terakhir Di Jepun Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sharp Corporation, sebelumnya dikhabarkan bakal menghentikan operasi kilang panel paparan cecair-kristal (LCD) di Osaka menjelang September. Bagaimanapun, baru-baru ini, Sharp Corporation mengumumkan bahawa kilang tersebut telah secara rasmi ditutup pada 21 Ogos lalu. Menurut MSN, kilang panel TV LCD terakhir […]

MB Kedah Sahkan Sudah Berkahwin Dua Dengan Pegawai Polis
MB Kedah Sahkan Sudah Berkahwin Dua Dengan Pegawai Polis Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menamatkan spekulasi sejak beberapa minggu lalu apabila mengesahkan sudah bernikah dengan seorang pegawai polis sebagai isteri kedua. Menurut Astro Awani, Sanusi memaklumkan pernikahan mengikut proses dan undang-undang perkahwinan yang sah. Malah, majlis peminangan isteri kedua itu turut […]

Peniaga Pasar Malam Di Perlis Wajib Henti Berniaga Semasa Maghrib
Peniaga Pasar Malam Di Perlis Diarah Henti Berniaga Waktu Maghrib Peniaga pasar malam di Perlis wajib menghentikan operasi perniagaan masing-masing semasa waktu Maghrib, bagi menghormati waktu solat tersebut. Perkara berkenaan dimaklum oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Negeri, Asrul Aimran Abd Jalil melalui satu hantaran Faecbook hari ini. Menurut Asrul, peraturan […]

Harga Motosikal Baharu Enjin 150cc Ke Atas Dijangka Meningkat
Harga Motosikal Baharu Enjin 150cc Ke Atas Dijangka Meningkat Harga motosikal model baharu dengan enjin berkapasiti 150cc ke atas dijangka meningkat antara RM100 hingga RM200, susulan langkah kerajaan mewajibkan penggunaan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada model-model ini. Bagaimanapun, penganalisis industri automotif, Hezeri Samsuri, berpendapat bahawa hanya sedikit model popular yang bakal terjejas akibat kenaikan ini. […]

Bijak, Budak 8 Tahun Sesat Jalan Minta Bantuan Guna Mesin ATM
Bijak, Budak 8 Tahun Sesat Jalan Minta Bantuan Guna Mesin ATM Tindakan pantas dan bijak seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun untuk mendapatkan bantuan selepas tersesat jalan meraih pujian warga maya. Menurut SCMP, kanak-kanak berusia lapan tahun yang berasal dari Quzhou, di Zhejiang itu pada awalnya terpisah daripada datuknya ketika dalam perjalanan pulang dari kelas […]

Harga Petrol RON97, Diesel Turun Lagi
Harga Petrol RON97, Diesel Turun Lagi Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing dilaporkan turun sebanyak 2 sen seliter. Kini, harga RON97 ditetapkan pada RM3.40 seliter, manakala diesel pada RM3.16 seliter. Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan pada Rabu mengumumkan bahawa harga baharu ini akan berkuat kuasa mulai Khamis sehingga 11 September […]

Atlet Olimpik Paris Cedera Parah Diserang, Dibakar Hidup-Hidup
Atlet Olimpik Paris Cedera Parah Diserang, Dibakar Hidup-Hidup Seorang atlet maraton yang mewakili Uganda, Rebecca Cheptegei, dilaporkan cedera parah dan berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai diserang oleh bekas kekasihnya. Cheptegei mengalami kecederaan serius dengan 75 peratus bahagian badan termasuk wajahnya terbakar. Kini, atlet yang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 itu sedang menerima rawatan […]

PERKESO Hentikan Sementara Tuntutan Pencarum Di Sebuah Hospital
PERKESO Hentikan Sementara Tuntutan Pencarum Di Sebuah Hospital Proses tuntutan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang disemak oleh Jemaah Doktor di sebuah hospital di Pulau Pinang dihentikan sementara. Arahan ini dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berikutan siasatan yang sedang dijalankan berkenaan pembongkaran rangkaian kartel penipuan tuntutan pencarum. Siasatan ini merupakan kerjasama antara pihak PERKESO, […]

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Di Tujuh Kawasan Petang Ini
Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Di Tujuh Kawasan Petang Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh kawasan hingga jam 5 petang ini. Dalam hantaran tersebut, kawasan yang diramal terlibat adalah sebahagian kawasan di Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. “Bagi Terengganu, daerah […]

DBKL Nafi Kadar Baharu Parkir Di Kuala Lumpur
DBKL Nafi Kadar Baharu Parkir Di Kuala Lumpur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan mengenai penetapan kadar bayaran baharu bagi tempat meletak kenderaan di Kuala Lumpur yang tular di media sosial. Menerusi hantaran di laman Facebook, DBKL memaklumkan gambar yang memaparkan kadar bayaran tempat meletak kenderaan tersebut merupakan hantaran lama yang dimuat naik semula. BACA: […]

Risikan PERKESO Dedah Isu Kartel
Risikan PERKESO Dedah Isu Kartel Kuala Lumpur: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui siasatan dalaman oleh Bahagian Anti Fraud, Etika dan Integriti (AEFI) pada tahun ini telah membongkar kewujudan rangkaian kartel penipuan tuntutan palsu faedah Hilang Upaya Kekal (HUK) yang beroperasi sejak beberapa tahun lalu. Berikutan siasatan dalaman tersebut, PERKESO telah mengambil inisiatif untuk melaporkan perkara […]

Lori Terbalik Masuk Longkang, Seorang Maut
Lori Terbalik Masuk Longkang, Seorang Maut KUBANG PASU — Sebuah lori jenis Hino dilaporkan terbabas lalu terbalik ke dalam longkang mengakibatkan seorang maut manakala tiga lagi cedera pada pagi Rabu, lapor Astro AWANI. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bustan Karudin, laporan mengenai kejadian yang berlaku di Kilometer 33.1 […]

Siasatan Kes Pemerdagangan Manusia Dikaitkan Bekas Menteri, Dilakukan Dengan Tertib, Cermat
Siasatan Kes Pemerdagangan Manusia Dikaitkan Bekas Menteri, Dilakukan Dengan Tertib, Cermat TANAH MERAH, 4 Sept (Bernama) — Proses siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang didakwa membabitkan bekas menteri dan suami akan dilakukan secara tertib dan cermat dengan mengambil kira pelbagai aspek. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak polis juga akan […]

Buaya Masih Bebas, PERHILITAN Selangor Giat Pantau
Buaya Masih Bebas, PERHILITAN Selangor Giat Pantau SHAH ALAM — Kemunculan seekor buaya di sekitar Tasik Seksyen 7 baru-baru ini dilaporkan masih belum ditangkap, petik Astro AWANI. Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh. Pun begitu, pihaknya kini sedang giat melakukan […]

PM New Zealand Puji Potensi Malaysia, Perkukuh Hubungan Dua Negara
PM New Zealand Puji Potensi Malaysia, Perkukuh Hubungan Dua Negara KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) — Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon mengakhiri lawatan rasminya ke Malaysia pada Selasa dan kunjungannya bukan sahaja membabitkan urusan rasmi, tetapi turut mendalami budaya dan warisan sejarah negara termasuk menikmati hidangan tempatan. Berbeza dengan lawatan rasmi pemimpin asing sebelum […]

Central Kitchen Kami Telah Menerima Sijil Halal JAKIM – Dolly Dim Sum
Central Kitchen Kami Telah Menerima Sijil Halal JAKIM – Dolly Dim Sum Syarikat restoran makanan popular, Dolly Dim Sum dalam memaklumkan dapur berpusat (central kitchen) yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangannya telah menerima sijil halal dari pihak JAKIM. Menerusi satu hantaran, restoran itu berkata sijil halal tersebut telah diterima pada 1 […]

Isu Sijil Halal JAKIM: Ini Maklum Balas Restoran Johnny’s dan Black Canyon
Isu Sijil Halal JAKIM: Ini Maklum Balas Restoran Johnny’s dan Black Canyon Pengurusan Johnny’s Restaurants dan Black Canyon Malaysia menjelaskan restoran makanan itu masih belum disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Walau bagaimanapun, pihaknya menyakinkan kedua-dua restoran makanan ini menggunakan bahan makanan yang diambil daripada pembekal yang memiliki sijil halal. “Pihak pengurusan restoran […]

Tiga Doktor Ditahan SPRM: KKM Beri Kerjasama
Tiga Doktor Ditahan SPRM: KKM Beri Kerjasama GEORGETOWN — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan akan memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan penahanan tiga doktor kanan yang didakwa mempunyai kaitan pemalsuan tuntutan hilang Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Pulau Pinang baru-baru ini. Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata pihaknya mengambil maklum tentang perkara […]