Berita

Banjir: Dua Beranak Hilang Selepas Dihanyutkan Arus Deras Di Kuala Nerang
Banjir: Dua Beranak Hilang Selepas Dihanyutkan Arus Deras Di Kuala Nerang ALOR SETAR, 28 Sept (Bernama) — Dua beranak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba meredah banjir kilat di Kampung Tanjung Kiri, dekat Kuala Nerang, pagi tadi. Operasi mencari dan menyelamat sedang ditingkatkan bagi mengesan Salmah Mat Zain, 46, dan anak lelakinya yang […]

Pelakon Harry Potter, Maggie Smith Meninggal Dunia
Pelakon ‘Harry Potter’, Maggie Smith Meninggal Dunia Pelakon Britain, Dame Maggie Smith yang pernah membintangi siri filem terkenal Harry Potter dan drama Downtown Abbey dilapor meninggal dunia pada usia 84 tahun. Menurut CNN, berita mendukacitakan itu diumumkan oleh anak lelakinya menerusi satu kenyataan, hari ini. “Kami hari ini bersedih dengan pemergian Dame Maggie Smith. Mendiang […]

Pekan Kuala Nerang Dilanda Banjir Kilat Malam Ini
Pekan Kuala Nerang Dilanda Banjir Kilat Malam Ini ALOR SETAR, 27 Sept (Bernama) — Beberapa kawasan di daerah Padang Terap mengalami banjir kilat susulan hujan lebat selama kira-kira dua jam malam ini. Berdasarkan beberapa video yang dikongsikan di media sosial, kawasan premis perniagaan di Pekan Kuala Nerang dilaporkan ditenggelami air, termasuk perkarangan Hospital Kuala Nerang […]

Mangsa Serangan Gajah Di Mersing Ditidurkan
Mangsa Serangan Gajah Di Mersing Ditidurkan MERSING, 27 Sept (Bernama) — Seorang pekerja pembersihan kontrak yang cedera parah akibat diserang gajah di kawasan belukar di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Tenggaroh 5 di sini semalam, kini ditidurkan. Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing DSP Sharif Shai Sharif Mondoi berkata mangsa, Zalini Dahlan, 51, masih lagi menerima rawatan […]

WCE Kutip Tol Di Plaza Tol Banting Bermula 30 Sept, Ini Jumlah Bayaran Ikut Kelas Kenderaan
WCE Kutip Tol Di Plaza Tol Banting Bermula 30 Sept, Ini Jumlah Bayaran Ikut Kelas Kenderaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) memaklumkan kutipan tol di Plaza Tol Banting akan dilaksanakan bermula tengah malam pada 30 September ini. Perkara berkenaan dimaklumkan oleh WCE melalui satu kenyataan yang dimuat naik laman Facebook rasmi lebuhraya tersebut sebentar tadi. Menurut […]

BMI Unjur Ringgit RM4 Hujung 2024, RM3.55 Menjelang Akhir Tahun Depan
BMI Unjur Ringgit RM4 Hujung 2024, RM3.55 Menjelang Akhir Tahun Depan KUALA LUMPUR, Sept 27 (Bernama) — BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit Fitch Solutions, menyemak naik unjuran ringgit bagi akhir 2024 kepada RM4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada RM4.55 sebelum ini. Perkembangan itu turut memaparkan prestasi cemerlang ringgit dalam suku ketiga […]

Sanusi Menjunjung Kasih Sultan Selangor Perkenan Permohonan Ampun
Sanusi Menjunjung Kasih Sultan Selangor Perkenan Permohonan Ampun ALOR SETAR, 27 Sept (Bernama) — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor merakamkan ucapan menjunjung kasih atas limpah perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima permohonan ampun sebagaimana yang dititahkan baginda, semalam. Muhammad Sanusi juga berazam akan mematuhi titah nasihat Sultan Selangor untuk […]

Penulis & Penyanyi OST Anime, Sayuri Meninggal Dunia
Penulis & Penyanyi OST Anime, Sayuri Meninggal Dunia Jepun – Penulis dan penyanyi lagu-lagu tema (OST) anime terkenal, Sayuri, 28 tahun, disahkan telah meninggal dunia pada 20 September lalu, lapor Anime News Network. Berita duka itu disampaikan oleh suami mendiang menerusi laman X milik mendiang pada hari ini. Menerusi perkongsian tersebut, mendiang meninggal dunia akibat […]

Negara Berdepan Isu Banjir Di Kawasan Tidak Pernah Berlaku Sebelum Ini
Negara Berdepan Isu Banjir Di Kawasan Tidak Pernah Berlaku Sebelum Ini PUTRAJAYA, 27 Sept (Bernama) — Negara kini berhadapan cabaran serius iaitu kerap berlaku banjir dan banjir di kawasan yang tidak pernah dilanda bencana itu, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin. Beliau berkata ketika ini kadar dan intensiti banjir semakin meningkat […]

Tiada Lagi Beg Plastik Di 20 Pasar Raya, Kedai Serbaneka, Rangkaian Farmasi Mulai 1 Okt Ini – Nga
Tiada Lagi Beg Plastik Di 20 Pasar Raya, Kedai Serbaneka, Rangkaian Farmasi Mulai 1 Okt Ini – Nga PETALING JAYA, 26 Sept (Bernama) — Sebanyak 20 pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka, serta kedai rangkaian farmasi, kesihatan dan kecantikan akan menghentikan penggunaan beg plastik sepenuhnya di 8,000 premis perniagaan mereka bermula 1 Okt ini. […]

Timang Anak Kembar Lima, Pasangan Ibu Bapa Terima Insentif RM529,000
Timang Anak Kembar Lima, Pasangan Ibu Bapa Terima Insentif RM529,000 Korea Selatan, negara dengan kadar kesuburan paling rendah di dunia menyambut kelahiran sensasi pasangan bayi kembar lima, baru-baru ini. Berita tersebut menjadi tumpuan penduduk disana selepas pasangan ibu bapa kepada kembar itu bakal menerima geran lumayan daripada kerajaan. Menurut Korea Herald, ibu bapa bayi kembar […]

Lubang Benam Selebar 30 Meter Muncul Di Tengah Kota Di Jepun
Lubang Benam Selebar 30 Meter Muncul Di Tengah Kota Di Jepun Satu kejadian lubang benam berukuran kira-kira 3o meter lebar dan sedalam satu meter dilapor berlaku di Nishi, Hiroshima di Jepun hari ini, lapor Mothership. Menurut pihak berkuasa tempatan, lubang benam yang muncul kira-kira jam 8.50 pagi (waktu tempatan) itu menyebabkan sebahagian jalan runtuh dan beberapa […]

Kucing Redah 1,287km Selama 2 Bulan, Cari Tuannya
Kucing Redah 1,287km Selama 2 Bulan, Cari Tuannya Seekor kucing baka Siam dilapor meredah perjalanan ribuan kilometer, dipercayai dalam misi untuk bersatu dengan tuannya. Kucing diberi Rayne Beau itu dilapor terpisah dari tuannya ketika dibawa berkhemah di sebuah kawasan perkhemahan di Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat. Pemilik kucing itu, Benny dan Susanne Anguiano berkata, mereka […]

Sultan Selangor Berkenan Terima Permohonan Ampun Sanusi
Sultan Selangor Berkenan Terima Permohonan Ampun Sanusi DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah berkenan menerima permohonan ampun daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu warkah yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Selangor bertitah bahawa baginda menerima permohonan ampun itu di atas nama ukhwah sesama […]

Keracunan Makanan: Kantin SK Chepor Diarah Tutup 14 Hari
Keracunan Makanan: Kantin SK Chepor Diarah Tutup 14 Hari IPOH, 26 Sept (Bernama) — Kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor di sini, diarah tutup selama 14 hari hingga 8 Oktober ini selepas 101 murid mengalami keracunan makanan. Pengarah Kesihatan Negeri Perak Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata arahan penutupan di bawah Seksyen (11) Akta Makanan 1983 dikeluarkan […]

GISBH: Guru Dipenjara 10 Tahun Rotan Kanak-Kanak Lelaki, Tekan Dada Guna Lutut
GISBH: Guru Dipenjara 10 Tahun Rotan Kanak-Kanak Lelaki, Tekan Dada Guna Lutut KLANG, 26 Sept (Bernama) — Seorang guru agama dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya tiga kanak-kanak lelaki dengan merotan dan menekan dada mangsa menggunakan lututnya di dua sekolah yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd […]

NRES Arah MetMalaysia Kaji Semula SOP Penyebaran Maklumat, Amaran Cuaca
NRES Arah MetMalaysia Kaji Semula SOP Penyebaran Maklumat, Amaran Cuaca PUTRAJAYA, 26 Sept (Bernama) — Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengarahkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) untuk mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) penyediaan dan penyebaran maklumat, nasihat atau amaran cuaca. Menteri berkenaan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata hal ini supaya maklumat itu dapat […]

Kanak-kanak & Bayi Hanyut Dibawa Arus Disahkan Adik-Beradik
Kanak-kanak & Bayi Hanyut Dibawa Arus Disahkan Adik-Beradik Seorang kanak-kanak dan bayi yang dilaporkan hanyut dalam kejadian banjir di Kampung Dalit, Sook, dekat Keningau Selasa lalu telah dikenal pasti sebagai adik-beradik, lapor Sinar Harian. Kedua adik-beradik itu, Tipah Ashrul yang berusia dua tahun dan adiknya, Fadlie berusia dua bulan dilaporkan masih belum ditemui oleh pasukan […]

Akhirnya Terbongkar, Lelaki Ditahan Kerana Bunuh Teman Wanita 16 Tahun Lalu
Akhirnya Terbongkar, Lelaki Ditahan Kerana Bunuh Teman Wanita 16 Tahun Lalu Seorang lelaki di Korea Selatan yang ditahan polis telah mengaku membunuh teman wanitanya 16 tahun lalu, lapor AFP. Agensi Polis Daerah Gyeongnam menerusi Balai Polis Geoje mengesahkan suspek yang kini berusia dalam lingkungan 50an itu dituduh membunuh seorang wanita pada Oktober 2008 ketika berlaku […]

Warga Emas Cedera Ditetak Anak Kandung
Warga Emas Cedera Ditetak Anak Kandung Indonesia – Seorang wanita nekad menyerang ibu kandungnya menggunakan parang dipercayai akibat tidak dapat menerima teguran. Kejadian tersebut berlaku di Makassar pada Selasa, lapor Tribun Timur. Ketua Perhubungan Awam Polis Makassar, Pesuruhjaya AKP Wahiduddin berkata kejadian tersebut bermula apabila suspek ditegur oleh mangsa untuk mengemas rumah. Suspek bertindak mengambil […]