Berita

418 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Beaufort, Membakut Mula Dilanda Banjir
418 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Beaufort, Membakut Mula Dilanda Banjir KOTA KINABALU, 8 Mac (Bernama) — Seramai 418 orang daripada 121 dipindahkan di Beaufort akibat banjir setakat 8 pagi ini, manakala daerah Membakut mula dilanda banjir, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini. Menurut kenyataan itu, seramai 374 mangsa daripada 106 keluarga […]

Adik Perempuan Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Ditemukan Selamat
Adik Perempuan Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Ditemukan Selamat KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) — Selepas 12 hari hilang, adik perempuan bekas pemain bola sepak kebangsaan Hadin Azman akhirnya ditemukan selamat di rumah keluarga angkatnya di Jalan Sikamat Lama, Seremban Putra, Negeri Sembilan hari ini. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail dalam kenyataan ringkas mengesahkan […]

Hujan Lebat Diramal Badai 5 Negeri Pagi Ini
Hujan Lebat Diramal Badai 5 Negeri Pagi Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 5 negeri sehingga jam 4 pagi ini. Amaran berkenaan dikeluarkan di negeri Perak, Kelantan, Pahang, Selangor dan Sarawak. Di Perak, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Hulu […]

Aidilfitri: KPM Umum 3 Hari Cuti Tambahan
Aidilfitri: KPM Umum 3 Hari Cuti Tambahan PUTRAJAYA — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan sebanyak tiga hari cuti tambahan bersempena Hari Raya Aidilfitri menerusi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026. Pemberian cuti tambahan berkenaan adalah untuk memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan pelajar bersempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri. Cuti tambahan ini bagaimanapun tertakluk di bawah […]

Masters Orleans: Perjalanan Pearly-Thinaah Terhenti Di Suku Akhir
Masters Orleans: Perjalanan Pearly-Thinaah Terhenti Di Suku Akhir KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) — Hasrat beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, untuk meraih gelaran sulung musim ini tidak kesampaian selepas tersingkir pada peringkat suku akhir Masters Orleans di Perancis, malam ini. Dalam aksi yang berlangsung di Palais des Sports, pasangan beregu keenam dunia itu terpaksa […]

Dipercayai Cas Telefon Ketika Tidur, Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik
Dipercayai Cas Telefon Ketika Tidur, Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik Seorang remaja perempuan di Thailand dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik selepas dipercayai mengecas telefon bimbitnya ketika tidur, lapor The Thaiger. Dalam pada itu, pihak polis turut mendapati kesan terbakar daripada kabel pengecas telefon sewaktu kejadian. Pegawai bertugas, Sarjan Den Wanyang, menerusi hantaran di Facebook […]

11 Lapangan Terbang Jerman Dijangka Alami Gangguan Susulan Mogok Pada Isnin
11 Lapangan Terbang Jerman Dijangka Alami Gangguan Susulan Mogok Pada Isnin FRANKFURT, 7 Mac (Bernama-dpa) — Pekerja sektor awam dan kakitangan darat di 11 lapangan terbang Jerman, termasuk hab utama Frankfurt dan Munich, dijangka akan melancarkan mogok pada Isnin susulan pertikaian gaji yang berterusan, umum Kesatuan Sekerja Verdi, lapor agensi berita Jerman dpa. Pekerja di […]

Hujan Lebat Dijangka Landa 10 Negeri, 1 Wilayah
Hujan Lebat Dijangka Landa 10 Negeri, 1 Wilayah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di 10 negeri termasuk satu Wilayah Persekutuan (WP) hingga 9 malam ini. Menurut ramalan yang dimuat naik di laman Facebook, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat di seluruh negeri Pulau Pinang dan WP Kuala Lumpur. Keadaan di Kedah menunjukkan […]

Cuaca Panas Diramal Tidak Seteruk Tahun Lepas – Nik Nazmi
Cuaca Panas Diramal Tidak Seteruk Tahun Lepas – Nik Nazmi PUTRAJAYA, 7 Mac (Bernama) — Cuaca panas ketika ini diramal tidak seteruk tahun lepas disebabkan pengaruh La Nina lemah yang menyebabkan cuaca sedikit lembap, namun jerebu tempatan masih boleh berlaku sekiranya insiden pembakaran terbuka tidak dikawal, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi […]

Abu Dzar Ukir Sejarah, Imam Tarawih Di Jepun
Abu Dzar Ukir Sejarah, Imam Tarawih Di Jepun Seorang lelaki dari Kuala Lumpur, Abu Dzar mencipta sejarah apabila menjadi imam pertama dari Malaysia yang berkhidmat di Masjid Kobe, Jepun. Perkara itu dikongsikan oleh masjid berkenaan di akaun Instagram @kobemuslimmosqueofficial. “Imam Abu Dzar amat menantikan peluang ini untuk bersama jemaah Masjid Kobe dalam bulan yang penuh […]

Video Hina Islam: Suspek Dipercayai Berada Di Luar Negara – KPN
Video Hina Islam: Suspek Dipercayai Berada Di Luar Negara – KPN KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) — Lelaki yang disyaki menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam dipercayai berada di luar negara. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama hari ini berkata usaha mengesan suspek sedang dijalankan. “Namun kita percaya dia […]

Monsun Timur Laut: Cuaca Dijangka Lebih Panas, Kering Berbanding Biasa
Monsun Timur Laut: Cuaca Dijangka Lebih Panas, Kering Berbanding Biasa KUALA LUMPUR — Cuaca lebih panas dan kering berbanding biasa dijangka berlaku di kebanyakan kawasan terutamanya di kawasan Utara Smenanjung Malaysia, berikutan fasa akhir Monsun Timur Laut yang diramal berakhir pertengahan Mac ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam […]

Hari Wilayah 2025: Dr Zaliha, Fahmi Antara 32 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat
Hari Wilayah 2025: Dr Zaliha, Fahmi Antara 32 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, merupakan antara 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 hari ini. Yang di-Pertuan Agong […]

Dua Pelajar Maut Motosikal Dilanggar Kereta
Dua Pelajar Maut Motosikal Dilanggar Kereta SEREMBAN, 7 Mac (Bernama) — Dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Persiaran Senawang 1 berhampiran persimpangan lampu isyarat Matahari Height menghala ke Paroi, di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata dalam kejadian […]

Malaysia Hindu Sangam Terima Permohonan Maaf Daripada Tiga Penyampai Radio
Malaysia Hindu Sangam Terima Permohonan Maaf Daripada Tiga Penyampai Radio KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) — Permohonan maaf yang dikemukakan tiga penyampai radio berhubung video dikatakan memperlekehkan ritual kavadi sempena Thaipusam, telah diterima oleh Malaysia Hindu Sangam (MHS). Presiden MHS T.Ganesan berkata adalah penting bagi personaliti media dan pencipta kandungan untuk lebih peka dan sensitif dalam […]

Mantan Timbalan Naib Canselor USM Tan Sri Dr Kamal Salih Meninggal Dunia
Mantan Timbalan Naib Canselor USM Tan Sri Dr Kamal Salih Meninggal Dunia KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) — Bekas Timbalan Naib Canselor (Akademik) Universiti Sains Malaysia (USM) Tan Sri Dr Kamal Salih meninggal dunia hari ini, di kediamannya di Southville City di Dengkil, Selangor. Perkara itu disahkan rakan terdekat Allahyarham, Pengarah Eksekutif Institut Asia-Eropah (AEI) […]

Dua Anggota DBKL Dicederakan Penjaja Tidak Berlesen
Dua Anggota DBKL Dicederakan Penjaja Tidak Berlesen KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan dua anggota penguat kuasanya cedera ketika menjalankan tugas pemantauan di Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Benteng di sini, semalam. DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan insiden itu berlaku apabila anggota terbabit melaksanakan tindakan […]

PDRM Siasat Video Hina Agama Islam
PDRM Siasat Video Hina Agama Islam KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) — Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial sejak semalam yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti individu yang memuat naik video berdurasi selama lebih tiga minit […]

Donald Trump Dicalonkan Sebagai Penerima Hadiah Nobel Keamanan
Donald Trump Dicalonkan Sebagai Penerima Hadiah Nobel Keamanan Lebih 300 individu dan organisasi telah dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan tahun ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Institut Nobel Norway pada Rabu. Walaupun senarai rasmi kekal rahsia selama 50 tahun mengikut peraturan Nobel, beberapa nama besar telah disebut, termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, […]

Tekanan Pada Leher Akibat Jerutan Punca Kematian Pegawai Tribunal Rayuan Kastam
Tekanan Pada Leher Akibat Jerutan Punca Kematian Pegawai Tribunal Rayuan Kastam PUTRAJAYA, 6 Mac (Bernama) — Proses bedah siasat selama hampir tiga jam ke atas mayat Pegawai Tribunal Kastam mendapati tekanan pada leher akibat jerutan menggunakan ligatur menjadi punca kematian, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa. Rusdi ketika dihubungi media hari ini […]