Berita

“Syarikat Malaysia” Ini Ambil Alih Cawangan Cold Storage, Giant Di Singapura
“Syarikat Malaysia” Ini Ambil Alih Cawangan Cold Storage, Giant Di Singapura Semua cawangan pasar raya Cold Storage dan Giant di Singapura akan dibeli oleh kumpulan peruncitan Malaysia, Macrovalue, dengan harga permulaan AS$125 juta (sekitar RM554 juta). Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik semasa, DFI Retail Group, dan Macrovalue pada 24 Mac, perjanjian ini melibatkan 48 […]

Isu Tapak Kuil Selesai, Pengurusan Kuil Setuju Pindah Lokasi Baharu – Dr Zaliha
Isu Tapak Kuil Selesai, Pengurusan Kuil Setuju Pindah Lokasi Baharu – Dr Zaliha KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Isu berhubung tapak kuil berhampiran Jalan Masjid India di sini akhirnya selesai apabila pihak pengurusan kuil berkenaan bersetuju untuk rumah ibadat berkenaan dipindahkan ke lokasi baharu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri […]

Lelaki Disyaki Muat Naik Hantaran Hina Islam Ditahan
Lelaki Disyaki Muat Naik Hantaran Hina Islam Ditahan KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun kerana disyaki memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap agama Islam menerusi akaun Facebook baru-baru ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata lelaki itu ditahan sepasukan polis Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman di sebuah […]

Penduduk Batam Pilih Malaysia Sebagai “Laluan Balik Raya”
Penduduk Batam Pilih Malaysia Sebagai “Laluan Balik Raya” Sejumlah penduduk Batam, Kepulauan Riau, memilih untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri 2025 dengan menggunakan laluan melalui Malaysia. Keputusan ini dibuat dipercayai kerana kos perjalanan melalui Malaysia didapati lebih murah berbanding penerbangan terus dari Lapangan Terbang Hang Nadim. Bagas, penduduk Batam Center, merupakan salah seorang yang […]

Yang di-Pertuan Agong Bayar Zakat RM10 Juta
Yang di-Pertuan Agong Bayar Zakat RM10 Juta Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan membayar zakat sebanyak RM10 juta bagi tahun ini. Hal itu dimaklumkan menerusi satu kemas kini di Facebook rasmi baginda. Cek zakat diserahkan baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Hasrin Kamal Hashim. Ia disaksikan Mufti Johor, Dato’ Yahya […]

PM Dedah Sistem Digital MAHB Diserang, Penggodam Tuntut USD10 Juta
PM Dedah Sistem Digital MAHB Diserang, Penggodam Tuntut USD10 Juta KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sistem digital Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah diserang baru-baru ini dengan penggodam menuntut bayaran USD10 juta. Beliau berkata kerajaan bagaimanapun tidak tunduk kepada ugutan itu, selain menyatakan keperluan meningkatkan sistem negara […]

Tengku Zafrul Terharu Dicalonkan Terajui BAM
Tengku Zafrul Terharu Dicalonkan Terajui BAM Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meluahkan rasa terharu setelah dicalonkan untuk menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai presiden bagi penggal 2025-2029. Menerusi hantaran @tzafrul_aziz di laman X, beliau berikrar untuk berkhidmat kepada BAM dan memperkukuhkan sukan badminton dengan sebaik mungkin demi para penyokong di seluruh Malaysia sekiranya […]

Sisik Ikan Dijadikan Serunding, Pelajar KV Keningau Juarai Pertandingan Pengurusan Sisa
Sisik Ikan Dijadikan Serunding, Pelajar KV Keningau Juarai Pertandingan Pengurusan Sisa Pelajar Tahun Akhir Seni Kulinari Kolej Vokasional (KV) Keningau, Danial Jauhari Sidar memenangi pertandingan Reimagine Waste anjuran Catalyst of Change ASEAN. Pertandingan ini bertumpu kepada penggunaan semula bahan buangan. Bagi menempah tiket kemenangan, Danial menghasilkan serunding yang diperbuat daripada sisik ikan. Dengan jumlah mata […]

Pengarah “No Other Land” Hilang, Didakwa Ditangkap Tentera Israel
Pengarah “No Other Land” Hilang, Didakwa Ditangkap Tentera Israel Pengarah bersama bagi dokumentari ‘No Other Land’ yang memenangi anugerah Oscar baru-baru ini didakwa telah diserang oleh sekumpulan individu bertopeng dan ditangkap oleh tentera Israel di Tebing Barat, pada Isnin. Yuval Abraham, yang juga merupakan pengarah bersama filem berkenaan, menerusi hantaran di X mendakwa bahawa kumpulan […]

Sebuah Rumah, Dua Jeti, Sebuah Van Musnah Dalam Kebakaran Di Sekinchan
Sebuah Rumah, Dua Jeti, Sebuah Van Musnah Dalam Kebakaran Di Sekinchan SHAH ALAM, 25 Mac (Bernama) — Sebuah rumah dan dua jeti di kawasan Jeti Achok Lorong 11, Sekinchan, Sabak Bernam musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran yang berlaku pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata […]

Lelaki Maut “Ditelan” Lubang Benam Muncul Tengah Jalan Raya
Lelaki Maut “Ditelan” Lubang Benam Muncul Tengah Jalan Raya Seorang lelaki terjatuh ke dalam lubang benam di tengah jalan raya ditemui maut di Seoul, Korea Selatan BBC News. Menurut jabatan bomba tempatan, mangsa yang berusia lingkungan 30-an ketika itu sedang menunggang motosikal di jalan di daerah Gangdong sebelum jalan yang dilalui tiba-tiba runtuh pada jam […]

Hari Polis: Lebih 127,000 Anggota PDRM Bakal Nikmati Insentif Rebat Rahmah
Hari Polis: Lebih 127,000 Anggota PDRM Bakal Nikmati Insentif Rebat Rahmah PUTRAJAYA, 25 Mac (Bernama) — Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan pemberian Insentif Rebat RAHMAH secara sekali bayar kepada lebih 127,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersempena Sempena Hari Polis Ke-218. Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu memaklumkan bahawa tawaran berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama penyedia […]

Pembinaan Masjid Di Jalan Masjid India Diteruskan – PM Anwar
Pembinaan Masjid Di Jalan Masjid India Diteruskan – PM Anwar KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata majlis pecah tanah bagi pembinaan masjid di Jalan Masjid India akan diteruskan. Berucap pada Sambutan Hari Polis Ke-218 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), beliau berkata ia akan dijalankan seperti dirancang […]

Kerat 27 Bahagian Sebelum Buang, Lelaki Bunuh Rakan Serumah
Kerat 27 Bahagian Sebelum Buang, Lelaki Bunuh Rakan Serumah UNITED KINGDOM — Seorang lelaki mengaku tidak bersalah selepas membunuh rakan serumahnya dengan mengerat anggota badan mangsa kepada 27 bahagian sebelum membuang di beberapa lokasi berbeza tahun lalu, lapor BBC News. Mahkamah Manchester menerima laporan, tertuduh, 42, telah membunuh mangsa, 67, menggunakan tukul sebelum mengerat badan […]

Aidilfitri: JPJ N.Sembilan Tingkat Penguatkuasaan Di Tujuh Kawasan ‘Hotspot’ Kemalangan
Aidilfitri: JPJ N.Sembilan Tingkat Penguatkuasaan Di Tujuh Kawasan ‘Hotspot’ Kemalangan SEREMBAN, 25 Mac (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan akan meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan di tujuh kawasan ‘hotspot’ kesesakan atau kerap berlaku kemalangan di negeri ini menerusi Op Hari Raya (Op HRA) 2025 sehingga 8 April ini. Pengarahnya Hanif Yusabra Yusuf berkata kawasan […]

Atlet Sakit Jantung Di Atas Padang, Kini Bertarung Nyawa
Atlet Sakit Jantung Di Atas Padang, Kini Bertarung Nyawa Bekas kapten pasukan kriket Bangladesh yang juga pernah menyinar bersama kelab Essex, Tamim Iqbal, kini berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami serangan jantung ketika beraksi di padang. Difahamkan, insiden cemas itu berlaku semasa Perlawanan Liga Perdana Dhaka. Pemain berusia 36 tahun tersebut dilaporkan mengadu sakit di […]

Tang Jie-Ee Wei Direhatkan Sementara Waktu – Nova Widianto
Tang Jie-Ee Wei Direhatkan Sementara Waktu – Nova Widianto KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei sah direhatkan buat sementara waktu daripada sebarang kejohanan susulan perselisihan faham antara mereka ketika ini. Ketua jurulatih beregu campuran negara Nova Widianto berkata beliau mengambil keputusan itu bagi memberi ruang buat pasangan keempat […]

Letupan Mercun: Pelajar Hilang Pergelangan Tangan Di Tanah Merah
Letupan Mercun: Pelajar Hilang Pergelangan Tangan Di Tanah Merah TANAH MERAH, 24 Mac (Bernama) — Seorang pelajar, Afiq Amsyar Lamizul, 16, yang putus pergelangan tangan kiri akibat letupan mercun buatan sendiri dalam kejadian di asrama sebuah sekolah agama di Jeli semalam, selamat menjalani pembedahan di Hospital Tanah Merah (HTM) di sini hari ini. Dalam kejadian pada 4.40 petang itu, […]

BKKA Untuk Penjawat Awam Kerajaan Negeri Terengganu
BKKA Untuk Penjawat Awam Kerajaan Negeri Terengganu Penjawat awam Kerajaan Negeri Terengganu bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM500 yang akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Bantuan ini diumumkan susulan lawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu pada 21 Mac 2025. Menurut Kementerian Kewangan dalam […]

Isteri Edika Yusof Failkan Cerai
Isteri Edika Yusof Failkan Cerai Pelakon senior, Edika Yusof dilaporkan kini dalam proses perceraian apabila isterinya, Nor Hidayah Yusri memfailkan cerai terhadapnya pada pertengahan Februari lalu, lapor Gempak. Peguam, Mohd Yazid Hazim mengesahkan berita ini ketika hadir bagi sebutan pertama kes anak guamnya, Hidayah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin. “Untuk hari […]